Monday 27 June 2016

Bengkel Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Kali ini saya ingin berkongsi bengkel-bengkel kendalian saya selepas cuti hari raya 2016 nanti.


Bengkel ini dikendalikan oleh saya sendiri.

Siapa saya?
Saya merupakan seorang pengajar kemahiran yang telah ditauliahkan sebagai Pakar Pengajar dalam Direktori Pakar Industi Negara khas dalam bidang Penjagaan dan Pendidikan Awal kanak-Kanak.
Antara kerjaya saya dalam bidang pendidikan Awal Kanak-Kanak ini ialah sebagai pengajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Sudah berapa lama saya mengajar dan membimbing pelajar SKM ini?

Secara umumnya saya mempunyai pengalaman lebih dari 16 dalam bidang Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak secara komersial. Kalau diikutkan sebelum itu lagi saya telah mempunyai pengalaman menjaga anak-anak kecil sendiri di rumah termasuklah juga mengasuh anak jiran.

Fokus dalam kemahiran,  tahun ini sudah masuk tahun ke lapan saya menjadi pengajar kemahiran dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Hendak tahu apakah bezanya kemahiran dengan pendidikan akademik khas dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini?
Bezanya kemahiran dalam pendidikan awal kanak-kanak ini berbanding dengan program akademik ialah semua modul yang diajar dan dibimbing kepada pelajar menekankan kerja dan kemahiran yang dibuat. Objektif pembelajaran ialah untuk memastikan pelajar terampil atau tahu buat sesuatu tugas harian terutamanya di TASKA.

Lapan tahun mengajar SKM, hasilnya kebanyakan bekas pelajar SKM saya telah bekerja di TASKA bahkan mereka mahir serta tidak kekok menjalankan kerja-kerja rutin di TASKA.



Untuk bengkel Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak saya ambil modul SKM daripada Unit Kompetensi yang bertajuk 'Child Grooming' dimana saya fokus pada penjagaan bayi di TASKA.

Berikut adalah kemahiran yang bakal dipelajari:


  1. Menyambut kedatangan Bayi di TASKA
  2. Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas Bayi
  3. Membuat persediaan persekitaran yang kondusif untuk persiapan diri Bayi
  4. Memandikan Bayi
  5. Mengurut Bayi
  6. Mempersiapkan Bayi

Bengkel yang seterusnya;





Bengkel seterusnya ialah Bengkel Kreativiti dan Pergerakan Kreatif. 
Bengkel ini akan memberikan  pelbagai idea kepada para pengasuh@pendidik TASKA TADIKA mengenai aktiviti kreativiti dan juga pelbagai idea pergerakan kreatif  melalui nyanyian yang boleh dijalankan kepada kanak-kanak di TASKA.

JADI, sekiranya anda merupakan pengusaha TASKA TADIKA, jom sertai bengkel-bengkel saya ini.
DAN jangan lupa bawa sekali pengasuh@pendidik di TASKA TADIKA anda,
SEBAB saya sediakan diskaun untuk penyertaan berkumpulan.

JIKA anda seorang ibu dan bapa, tiadalah salahnya untuk menghadirkan diri sambil pertingkatkan kemahiran keibubapaan anda.
JOM JADI IBU BAPA yang mahir dan terbaik dalam mendidik serta mengasuh anak sendiri


UNTUK BENGKEL KREATIVITI DAN PERGERAKAN KREATIF ini, yurannya juga RM70.
DAN ada diskaun untuk penyertaan berkumpulan.


OLEH ITU, jika anda berminat menghadiri bengkel di atas, Whatapp atau sms nombor saya 0167235080 /019 2115642.

Terima kasih.

***********************************************************************

Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25






HUBUNGI SAYA, 016 7235080 / 019 2115642


No comments:

Post a Comment