Sunday 18 June 2017

Aspek keselamatan di TASKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Kanak – kanak merupakan nadi utama kepada sesebuah institusi TASKA. Premis TASKA juga merupakan tempat di mana perkembangan dan tahap kebolehan kanak-kanak dikenalpasti dan digilap. Pelbagai aspek pendidikan harus dititikberatkan merangkumi aspek fizikal mahupun rohani yang lebih komprehensif agar lebih menyeluruh.

Namun begitu, aspek keselamatan tidak boleh dipandang mudah oleh pihak pengusaha mahu pun pendidik. Ia merupakan satu aspek yang penting di mana kanak – kanak ini lebih mudah terdedah kepada bahaya tidak kira di mana sahaja. Antara aspek keselamatan di TASKA yang harus diberi perhatian ialah dari aspek penyediaan persekitaran yang kondusif,  keselamatan pencegahan kebakaran  dan keselamatan diri semua individu yang berada di dalam TASKA.

Sering kali kita lihat di media elektronik, media cetak mahu pun media sosial, kanak – kanak menjadi mangsa dalam pelbagai kemalangan yang boleh berlaku di TASKA tanpa disedari. Oleh itu, kemahiran dalam mengendalikan aspek keselamatan dan juga latihan dalam mengawal waktu kecemasan sangat penting diterapkan di kalangan personel di setiap TASKA. Misalnya, setiap TASKA wajib menjalankan  program  latihan kebakaran untuk semua kakitangannya dan juga kanak – kanak yang berada di TASKA tersebut.adalah amat penting di semua tempat amnya dan di TASKA khasnya. Ini bagi menyediakan diri mereka lebih bersedia dan tidak mudah panik ketika menghadapi situasi berkenaan.

Ini menjadi kayu ukur akan kepentingan untuk menyertai latihan kebakaran untuk kanak – kanak yang disertai oleh personel TASKA itu sendiri. 

Menurut laporan Borneo Post Online, terbitan 2 November 2016, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Nor Hisham Mohammad telah berkata “Kami sedar kanak-kanak adalah kumpulan yang paling ramai dalam masyarakat kita menyebabkan kebakaran berlaku dan menjadi mangsa,” Ini menunjukkan bahawa kanak – kanak ini lebih mudah terdedah kepada bahaya di persekitaran mereka. Oleh itu, pihak TASKA harus mengambil tindakan yang lebih produktif untuk mengekang masalah ini.

            Bermula di peringkat pengusaha TASKA sendiri, sesi penerangan hendaklah dijalankan kepada semua personel termasuk kanak – kanak ini tentang punca – punca kebakaran. Selain itu, kita hendaklah mengenal pasti akan tempat yang mudah terbakar terutama sekali di dapur, Seperti yang dipetik dalam keratan akhbar Berita Harian bertarikh 28 Febuari 2017, Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program pendidikan keselamatan yang direka khusus untuk meningkatkan kesedaran mengenali bahaya, punca, pencegahan kebakaran yang sewajarnya dipraktikkan. Kaedah yang sama boleh diterapkan kepada setiap TASKA dengan mewajibkan aktiviti penerangan tentang keselamatan, langkah – langkah pencegahan, punca dan cara untuk menyelamatkan diri dari kebakaran boleh dilakukan bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku.

Berdasarkan pada kenyataan di atas, pihak TASKA boleh menyediakan polisi keselamatan yang merangkumi semua aspek termasuk langkah keselamatan kebakaran bagi kanak – kanak. Antara langkah lain yang telah diambill ialah:

  • Menyediakan SOP pengendalian aspek keselamatan di TASKA
  • Menyediakan persekitaran kondusif, peralatan dan kemudahan keselamatan keseluruhan TASKA.
  • Memberi penerangan tentang peralatan dan perkakas yang berbahaya dan mudah terbakar
  • Memastikan kanak – kanak sentiasa dalam pengawasan pengasuh
  • Menampal pelekat bahaya kepada alatan yang berbahaya
  • Tidak meletakkan peralatan dan perkakas yang berbahaya di tempat yang mudah digapai oleh kanak – kanak
  • Melakukan sesi simulasi menyelamatkan diri dari kebakaran dari semasa ke semasa di bawah seliaan pihak berwajib.
  • Menyediakan pelan tindakan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini
  • Menyediakan tempat berkumpul kepada semua kanak – kanak dan personel apabila berlaku kebakaran
  • Menyediakan pemadam api mudah alih di dalam TASKA.


Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          








No comments:

Post a Comment