Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Cuba lihat remaja hari ini,
senang sekali dikaitkan dengan pelbagai masalah sosial dan pergaulan bebas.
Mohon doakan tidak terjadi kepada
anak-anak remaja kita sendiri. Namun jika
kita ingin remaja hari ini menjadi baik, kita yang dewasa ini juga perlu betulkan sikap
dan nilai diri kita sendiri.
Kadang kala, kenakalan remaja berpunca dari kita
juga sebagai role model mereka ini.
Bagaimana kita orang dewasa
kadang kala menjadi penyebab kenakalan remaja dewasa ini. Saya sekadar kongsikan
satu sketsa persekitaran biasa yang saya lihat hampir hari-hari.
Saya pernah bekerja di sebuah
kolej swasta. Dikalangan pensyarah di
kolej ini, saya memang senior sedang yang lain-lain samada baru mula kerjaya di bidang pekerjaan atau mereka yang dalam umur
golongan belia. Kerana saya senior,
mereka memang hormat pada saya dan saya sendiri jarang ambil tahu atau
menyertai kebanyakan program-program mereka.
Bukanlah saya seperti kera sumbang, tetapi kerana saya merasa ada yang
tidak kena berkaitan pergaulan mereka sesama kakitangan. Dan majoriti kami di sini adalah beragama
Islam.
Saya kongsikan sedikit
persekitaran biasa di kolej ini. Mungkin juga banyak berlaku dimana-mana kolej
dan premis pekerjaan pun. Bilalah kita
akan berubah? Hati saya selalu seperti meronta-ronta ingin menegur. Tapi,
bagaimana cara terbaik perlu dilakukan?
Tahukah kita Islam telah mengajar
batas pergaulan antara bukan muhrim. Semuanya untuk mengelak daripada berlaku
perkara-perkara yang tidak diingini. Kalau untuk remaja tentu sekali dapat mengelak
dari berlakunya gejala sosial seperti pergaulan bebas. Hanya remaja yang nampak hala tuju matlamat
kehidupan sahaja yang selamat dari budaya pergaulan bebas ini. Yang
lain-lainnya , seperti buta jantina. Perempuan dan lelaki sama sahaja. Bertepuk tampar dan bergurau senda seperti suatu kebiasaan bagi remaja yang dikatakan
moden dan up to-date. Ini yang selalu saya lihat berlaku di
kalangan pelajar-pelajar kolej. Lalu, tidak hairan lah kalau ada anak luar
nikah pernah dilahirkan oleh sisiwi dari kolej ini. Sedih melihat dan
mengenangkan hakikat ini.
Jadi, apakah peranan kita sebagai
orang yang lebih dewasa?
Bagaimana pula jika pergaulan benas
berlaku dikalangan belia dan pertengahan
yang berumur antara 25 ke 35 tahun.
Siapakah mereka ini? Samada
mereka masih bujang, maupun mereka isteri dan suami orang. Mengapa golongan
seperti ini pun terdedah kepada pergaulan bebas? Jika di kolej, sesetengah dari
mereka adalah merupakan pendidik. Sepatutnya mereka menjadi contoh ikutan yang
baik. Budaya apakah yang boleh remaja contohi dari mereka yang selalu lalai dan
leka ini. Mungkinkah golongan belia dan pertengahan juga tidak cukup merasa
keseronakan dan kelpaan zaman remaja mereka dulu? Adakah kerana pengaruh media atau mereka
sepattnya perlu segera menoleh kepada
apa yang Islam ajarkan.
Tidak hairan lah dewasa ini banyak
betul terjadi kemasukan orang ketiga yang menganggu gugat kerohanian dalam
rumahtangga. Semuanya kerana kemesraan yang dibajai setiap hari bersama orang
ketiga atas faktor bekerja di tempat yang sama.
Aduhai, saya sendiri melihat situasi
seperti ini sering berlaku di depan mata. Tidak kira mereka bujang, mereka isteri atau
mereka adalah suami seseorag, cara berbual, cara berkomunikasi dan bermesra
persis seperti lupa status masing-masing.. Paling penting sekali
sebenarnya mereka sangatlah lupa
batas-batas aurat dan pergaulan dalam Islam.
Bagaimana boleh menjadi contoh
kepada para remaja hari ini atau pelajar di kolej ini? Saya selalu melihat tatkala
berada di kolej tempat saya bekerja ini, nun di tepi sudut sana, si dara bujang
dan si suami orang beranak satu sedang dengan mesranya menonton You tube . Asyik sekali walaupun mereka berada di tempat terbuka
di dalam ofis. Sesekali terdengar sang suami orang itu memanggil si
dara dengan panggilan sayang. Aduhai sakit mata melihat. Sakit lagi hati jika si isteri kepada suami
tersebut, melihat situasi ini. Katanya,
mereka tidak ada membina apa-apa hubungan, tapi itu sekarang bagaimana kelak,
jika terus bermesraan seperti itu? Bukankah itu petanda bakal kacau bilau
sebuah institusi rumahtangga nanti..
Di satu sudut lain pula, si janda
beranak satu dan si lelaki beranak tiga pun sedang asyik berbual-bual dan
berbincang mesra persis suami isteri.
Mungkinlah agaknya si lelaki ketika itu sedang lupa isteri dan anak-anak bertiga di rumah. Selalu benar
kelihatan mesra berdua. Dan yang
lain-lain juga lelaki maupun perempuan
bila berurusan , bila berbual, bila bergurau persis seperti kawan-kawan
sejantina.
Aduhai adik-adik semua. Kembalikan kepada apa yang Islam ajarkan. Jika anda generasi belia dan pertengahan ini
tidak mengambil berat tentang etika pergaulan lelaki perempuan, bagaimana pula
generasi anak-anak anda nanti. Bagaimana
pula para remaja melihat anda sebagai contoh yang harus diikuti.
Suami orang, isteri orang, ingat
ya siapa anda?
Ingat juga ya, semakin ramai
anak-anak luar nikah dilahirkan dan dibuang begitu sahaja.
Salah siapakah sebenarnya?
No comments:
Post a Comment