Monday 10 July 2017

Pemakanan kanak-kanak di TASKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Penyediaan dan pemberian makanan yang seimbang dan berkhasiat adalah antara aspek penting dalam bab pengendalian makanan kanak-kanak di setiap TASKA yang beroperasi.  Mengikut Akta TASKA 1984 (Pindaan 2007) di bawah peraturan TASKA 2012 ada menyatakan bahawa:

Jadual makan;
43 1)    Pengusaha, pengurus atau penyelia,mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan jadual makan bagi kanak-kanak di Taman Asuhan Kanak-Kanak.

2)         Jadual makan hendaklah disediakan mengikut:
a.         Skala diet yang dinyatakan dalam Jadual Keempat dan
b.         Kaedah penyusuan yang dinyatakan dalam Jadual kelima

Secara umumnya jadual menu makan kanak-kanak di TASKA dan cara pemberian makanan perlulah merujuk juga kepada Piramid Pemakanan Malaysia (Kementerian Kesihatan Malaysia KKM, 2012) di mana ia memberi panduan untuk mengimbangi pengambilan makanan setiap hari. Piramid pemakanan  ini juga turut menyatakan apakah jenis makanan yang sesuai dan perlu diambil oleh kanak-kanak bagi memastikan tahap perkembangan kanak-kanak senatiasa dalam baik dan positif. KKM menyediakan pelbagai panduan pemakanan bagi membolehkan pihak TASKA  mematuhi prosedur penyedian dan pemberian makanan kepada kanak-kanak. Ini untuk memastikan hanya makanan yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak serta makanan yang berkhasiat sahaja dibenarkan disediakan di TASKA.  Sebarang makanan yang tidak berkhasiat perlu dielakkan sama sekali di TASKA.
Antara yang dimaksudkan dengan makanan yang tidak berkhasiat ialah semua jenis makanan ringan, makanan segera dan makanan sejuk beku serta bahan-bahan masakan yang mengandungi perasa, pewarna atau pengawet makanan.

Kumpulan makanan yang tidak berkhasiat seperti yang dinyatakan adalah makanan yang tidak dibenarkan sama sekali di sediakan di TASKA.  Pemberian makanan tidak berkhasiat ini dapat mengganggu perkembangan kanak-kanak di samping ia turut menggalakkan minat dan kecenderungan kanak-kanak terhadap makanan yang tidak berkhasiat dalam jangka masa yang panjang.  Justeru iu pihak TASA perluah ada pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan dan pemberian makanan kepada kanak-kanak di TASKA.  Dengan kata lain, individu yang berkhidmat di TASKA perlulah peka terhadap apa yang boleh disediakan dan apa yang tidak boleh disediakan di TASKA.  Pihak TASKA juga mesti boleh menerangkan sebab-sebab mengapa sesuatu makanan itu tidak dibenarkan disediakan dan diberi kepada kanak-kanak di TASKA.


Makanan ringan  atau yang dipanggil junk food misalnya boleh memudaratkan kerana ianya mengandungi karbohdrat jenis biasa, lemak tepu dan garam dengan kadar tinggi di samping rendah atau tiada langsung bahan serat , protin dan zat-zat yang diperlukan dalam tumbesaran kanak-kanak. Kandungan bahan perasa dan pewarna yang boleh merbahaya kepada kesihatan kanak-kanak dalam jangka masa yang panjang turut ada di dalam makanan ringan.  Kesan yang nyata dari keburukan makanan segera seperti junk food itu juga tentunya turut beri kesan terhadap tahap perkembangan pembelajaran kanak-kanak samada di TASKA atau ketika berada di rumah sendiri.

JOM, PASTIKAN ANAK-ANAK KITA HANYA DIPERKENALKAN DENGAN MAKANAN YANG BERKHASIAT SAHAJA YA..

Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          






HUBUNGI SAYA DI 0167235080

No comments:

Post a Comment