Wednesday 4 October 2017

SKM Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com




Pernahkan anda mendengar Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) dalam bidang Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak  dan juga Pra sekolah?
Tahukah anda bahawa SKM boleh diperolehi melalui pengiktirafan pengalaman terdahulu (PPT) sahaja?

Tentu mereka yang berada dalam industritersebut telah mendengar dan mungkin ketika ini sedang sibuk mengikuti program tersebut.
Dalam tinjauan pemerhatian saya SKM dalam kedua-dua bidang di atas sedang umpama pisang goreng panas di mana ramai orang berpengalaman dalam industri berlumba-lumba untuk mendapatkan SKM ini.

Sekadar makluman semua, SKM terdiri dari tahap berikut :

SKM 1
SKM 2
SKM 3
SKM 4 ( Diploma Kemahiran Malaysia)
SKM 5 (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia)

Namun bagi  kedua-dua bidang di atas SKM terdiri dari tahap berikut :


Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak
- SKM 3
- SKM 4
- SKM 5

Pra Sekolah
- SKM 3



Hakikatnya, adakah semudah 123 maupun abc bagi kita  memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) secara pengiktirafan pengalaman terdahulu(PPT)  tanpa kita benar-benar bersungguh mengemukakan bukti keterampilan kita dalam industri pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak ini?  Saya teringat lebih kurang 7 tahun lalu,  apabila sesi verifikasi akhir saya dan kawan-kawan yang memulakan penglibatan dalam industri SKM ini telah disahkan gagal hanya atas alasan dan sebab yang remeh temeh. Aduhai ketika itu,  rasanya susah betul untuk mendapatkan  pengiktirafan SKM ini.  Ketika itu juga, keperluan mendapatkan SKM sangat penting bagi membolehkan kami didaftarkan sebagai seorang personel di Pusat Bertauliah Kemahiran. 


Hmmm, anda hendak tahu tak?
Ketika itu saya sebenarnya sedang  berkhidmat di salah sebuah anatara 3 buah Pusat Bertauliah yang mula- mula sekali menjalankan program skm childcare ini. Di situlah saya mula menimba pelbagai pengalaman bermakna beserta sokongan padu bekas majikan saya.
Sangat diakui, apabila sesi verifikasi kami tidak berjaya, terasa tertekan betul dengan pellbagai anasir luar yang mempengaruhi keputusan verifikasi kami itu.
Kenapa dan mengapa sukarnya mendapatkan SKM ketika itu?
Sedih sungguh, sebab untuk diri saya sendiri yang ketika itu telah mempunyai lebih dari 8 tahun pengalaman dalam industri tetapi masih   gagal mendapatkan SKM secara PPT dengan mudah.
Berikutan itu , kami berusaha terus lagi untuk memastikan kami dianugerahkan SKM memandangkan kami memang berada dalam industri persijilan ini. Bukan sedikit  usaha kami  dikala ketika itu juga SKM kurang dikenali auranya dalam industri semasa.


Ketika diberi peluang sekali lagi mengemukakan permohonan SKM , akhirnya selepas berhempas pulas mengemukakan bukti pengalaman, akhirnya saya dan rakan di pusat bertauliah berjaya juga memperolehi SKM iaitu pada awal tahun 2013. Syukur sangat ketika itu. Sungguh teruja dan tekad nak teruskan ke tahap seterusnya. Masa pun terus berlalu pantas.
Justeru untuk diri saya sendiri, saya tidak lagi menoleh ke belakang , bermula saat itu, saya terus  pulun pelbagai persijilan dalam program Kemahiran ini. 


Alhamdullillah, bukan setahun dua untuk saya memahami perjalanan persijilan Kemahiran  Malaysia ini. Tetapi bertahun-tahun hingga ke hari ini saya masih terus belajar ntuk menjadi seorang personel kemahiran yang faham sepenuhnya pelaksanaan kemahiran Malaysia, berada terus dalam industri kelolaan JPK  ini dan seterusnya saya dapat pula membantu memperkenalkan dan mempermudahkan orang lain pula bagi mendapatkan persijilan kemahiran ini.
Sungguh sama sekali, pengalaman lalu mematangkan ilmu dan kemahiran di dalam diri kita. Saya tidak berbicara kosong tetapi bicara saya ialah melalui pengalaman saya yang sebenar bergelumang dengan gelombang onak duri  di dalam dan di persekitaran perjalanan sebuah pusat bertauliah Kemahiran.


Justeru itu, sekadar pesanan saya pada mereka  yang ingin berkecimpung seperti saya, belajarlah dari mereka yang arif dan rasailah semua cabaran ini. melaluii pengalaman sendiri.

Bak kata seorang sifu ecce,
'nak buat..., .buat betul-betul'.
Semoga dipermudahkan.


Kepada sesaiap dalam industri berkaitan yang ingin mendapatkan SKM secara pengiktirafan pengalaman, bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Nor Azura Ismail - 016 7235080 / 0192115642

Catatan seorang pajar DPIN (pakar pengajar Kemahiran Malaysia)

#Norazuraskmpractitioner


Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:



RM 20                                          








RM 40     / RM 30



DAPATKAN PENGIKTIRAFAN PENGALAMAN ANDA MELALUI SKM





1 comment:

  1. Assalamualaikum puan..

    pelaksanaan dan pentaksiran bagi SKM3 DKM beza ke antara PPT dgn bukan PPT?

    ReplyDelete