Thursday 2 November 2017

Kanak-Kanak , belajar membaca atau bermain lebih utama?

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Kanak-kanak, belajar membaca atau bermain lebih utama?

Letakkan 2 pilihan ? Mana lebih utama untuk anak-anak yang berumur antara 2 hingga 4 tahun, ajar hingga pandai membaca atau latih hingga boleh bercakap dengan lancar serta membina keyakinan diri?


Bagaimana seorang anak misalnya seusia 3 atau 4 tahun,  boleh  cepat dapat@pandai membaca dengan lajunya, kekadang tanpa nada titik koma mahupun noktah berhenti.  Adakah mereka tahu@faham apa yang di baca?  Sebagai orang dewasa samada ibu bapa atau pendidik, tentulah teruja melihat anak seusia 3, 4, 5 dn 6 tahun sudah boleh baca buku.  Wah, siapakah yang berjaya mendidik anak tersebut hingga begitu awal boleh mambaca? Diam-diam orang dewasa tersebut merasa diri hebat dan merasa teruja kerana telah menyebabkan anak-anak awal usia boleh membaca.
Bagaimana anak-anak boleh pandai membaca?
Jawapannya , tentulah ia telah diajar@dilatih tanpa henti.  Mana mungkin seorang kanak-kanak begitu cepat boleh baca tanpa diajar.  Jadi, persoalannya, kaedah  atau pendekatan apakah yang orang dewasa terutamanya pendidik awal kanak-kanak telah gunakan sehingga kanak-kanak awal usia boleh membaca buku?  Adakah kaedah atau pendekatan pembelajaran awal bacaan tersebut menepati hak atau emosi seorang kanak-kanak? Apakah tujuan ingin anak seawal 3 atau 4 tahun boleh membaca?  Adakah itu kemahuan kanak-kanak ataupun kehendak orang dewasa?

Cubalah jawab semua persoalan di atas dengan telus dan tulus?  Hakikatnya , bagi membolehkan anak-anak seawal 3 atau 4 tahun boleh membaca,  anak-anak perlu di latih tubi, mereka perlu diminta fokus dan perlu perlu belajar dengan serius serta lebih kerap.  Tak kisahlah melalui apa jua pendekatan, point nya bila dilatih tubi, maka anak-anak ini akan dapat apa yang dipelajari.  Anak-anak adalah ibarat span yang menyerap segala ilmu dengan cepat walaupun ketika proses itu,  emosi  mereka mungkin  terganggu.

Manakan tidak, cuba berikan anak  di bawah 4 tahun, hatta di bawah 7 tahun sekalipun,  berikan anak pilihan,  belajar baca atau bermain?  Manakah yang akan dipilih oleh kanak-kanak?
Jawapannya tentu, satu pilihan orang dewasa sendiri yang inginkan , maka yang pilihan satu lagi  itu tetap dipilih oleh hati  naluri seorang kanak-kanak.
Lalu, orang dewasa, fikirkan bersama dan putuskan sesuatu kehendak dengan menyelami jiwa dan hak seorang kanak-kanak di zaman kanak-kanaknya.


Tahukah orang dewasa, antara sifat semulajadi seorang anak ialah bermain.  Banyak bermain tidak memungkinkan anak awal usia cepat baca buku.  Namun banyak bermain pelbagai permainan semulajadi yang bermakna dalam kehidupan anak, sangat memungkinkah anak-anak belajar tentang ilmu kehidupan secara tidak langsung.  Dengan bermain , kanak-kanak beroleh pengalaman. 

Bermain mewujudkan emosi yang sihat, positif dan ceria dalam diri dan jiwa anak.  Kerana hanya itu yang anak-anak tahu. Mereka tidak seharusnya diberatkan dengan tanggungjawab untuk belajar hingga pandai.  Mereka itu, kanak-kanak di tahap TASKA dan TADIKA, di mana , naluri utama mereka adalah bermain.  Maka jadikan bermain satu modul pembelajaran yang utama di TASKA TADIKA.

Jangan ingat dengan bermain kanak-kanak tidak belajar.  Sangat salah jika berfikiran sedemikian,  Mungkin anak lambat baca tapi kerana banyak bermain , mereka akan banyak bergaul dengan kawan-kawan , kanak-kanak menjadi petah dan lancar berbicara sepetah usianya.  Kanak-kanak jadi seorang individu yang yakin serta berani.  Tiada apa yang mengganggu emosinya kerana yang dia tahu ialah bermain dan terus bermain.  Maka sebagai pendidik awak maupun ibu bapa , fahamilah hakikat ini dan jadikan bermain satu modul utama dalam pembelajaran formal atau tidak formal seorang kanak-kanak samada di TASKA  TADIKA maupun di rumah.






No comments:

Post a Comment