Friday 3 November 2017

Saya Pendidik

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Sewaktu  kecil, biasanya cikgu di sekolah akan bertanya, 'Apa cita -  cita awak? Spontan saya akan menjawab,
' Bila sudah besar, saya nak jadi cikgu'
Sewaktu di sekolah menengah,  saya mempunyai 'diari'  di mana dalam diari inilah saya akan lakarkan bakat terpendam kebolehan saya dalam menulis.  Biasanya dalam diari tu, ada ruang untuk biodata diri, maka di ruang cita- cita, saya akan tulis perkataan ' Pensyarah'  Dalam hati, memang  tersemat cita-cita ingin menjadi pensyarah bila dewasa kelak.
Ingat tak pula zaman mengisi autograph kawan-kawan? Pun...saya akan tulis cita-cita saya itu, nak jadi prnsyarah...........nak jadi pensyarah....
Inginnya saya menjadi seorang pendidik sehingga saya pernah menang dalam Pertandingan Syarahan ketika di  sekolah menengah dulu.  Boleh menulis boleh berbicara, lengkap pakej bakat  saya sebagai seorang pendidik,  kurniaan nikmat Allah kepada saya. Cuma, malangnya bakat saya tidak terlalu terserlah sebab tiada siapa nampak, tiada yang memberi dorongan dan sokongan apatah lagi yang ingin memuji.  Di tambah lagi,  peribadi dirii saya yang tidak suka menonjokan diri ,  lalu dirasakan tidak kesampaianlah cita-cita saya itu.
Bila difikir-fikirkan, setelah bertahun-tahun,  rupanya Allah mendengar kata hati ini.
Sahabat dan teman, rupa-rupanya apa yang kita fikirkan, kita sebut dan kita rasa atau yang kita ingin perolehi, ia tanpa disedari merupakan suatu doa tulus dari hati kita kepada Tuhan. Rupanya telah lama saya menitipkan doa untuk bergelar pendidik.
Alhamdullillah, cita-cita yang saya sebut dulu   perlahan-lahan menjadi realiti dalam kehidupan saya kini. Apa yang kita fikirkan, insyAllah itulah diri  kita.
Akhirnya kini, dengan takdir Allah, saya benar-benar telah menceburi dunia melebarkan ilmu dan kemahiran kepada orang lain. Benarlah kini, saya seorang pendidik yang saya sendiri pernah cita-citakan suatu ketika dulu.
Kesimpulannya, hendak mencapai sesuatu kena tetapkan matlamat dari awal  dan selepas itu berusaha dan  bertawakallah.
Saya suka kerjaya saya sebagai insan pemberi ilmu yang berterusan.
Saya Pendidik.


#Norazurachildcarepractitioner
#Norazuraskmpractitioner

No comments:

Post a Comment