Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image : Carian google
Image : Carian google
Tahukah anda bahawa salah satu kategori kanak-kanak bekeperluan khas ialah Anak Pintar Cerdas dan berbakat. Umumnya ibu bapa dan masyarakat hanya mengetahui bahawa kanak-kanak bekeperluan khas hanya terdiri dari anak yang mempunyai kekurangan anggota fizikal atau mental serta bermasalah dari segi emosi sahaja. Namun, ketahuilah bahawa anak-anak yang terlalu pintar cerdas dan berbakat yang tidak sepadan dengan usianya juga memerlukan keperluan khas lain yang berbeza untuk mereka belajar dan mengharungi kehidupan.
Definisi anak Pintar Cerdas dan berbakat jika mengikut panduan kurikulum PERMATA NEGARA ialah anak yang menunjukkan tahap pencapaian akademik yang tinggi berbanding tahap pencapaian rakan sebaya. Mereka juga menunjukkan bakat semulajadi hebat dalam bidang tertentu yang agak tinggi serta advance berbanding rakan-rakan seusia.
Ramai ibu bapa tidak perasan yang mungkin ada anak mereka tergolong dalam kategori anak pintar cerdas dan berbakat. Jangan terperanjat jika saya katakan bahawa anak yang boleh membaca di bawah umur 5 tahun dengan mudah , mungkin boleh juga dikategorikan sebagai kanak-kanak bekeperluan khas.
Mengapa anak pintar cerdas dàn berbakat ini dikategorikan sebagai anak bekeperluan khas kerana mereka adalah individu yang tahap pencapaiannya dan bakatnya tidak normal mengikut tahap perkembangan kanak-kanak yang sebenarnya. Sukar untuk mentafsirkan anak seperti ini namun saya ingin kongsikan sesuatu mengenai anak saya.
Saya tidak akan nyatakan secara panjang lebar di sini mengenai ciri-ciri anak pintar cerdas dan berbakat ini ( boleh rujuk pada banyak laman web atau blog yang berkaitan tajuk) memadai ingin berkongsi kisah anak saya.
Dia tidaklah di diagnos sebagai anak keperluan khas tetapi bagi saya yang membesarkan nya telah mengenalpasti beberapa ciri anak pintar cerdas dan berbakat yang ada di dalam dirinya.

Anak saya kini berumur 19 tahun dan sedang mengikuti pembelajaran dalam bidang 'Advance Computer Programming' di sebuah Kolej tajaan MARA.
Sedari kecil lagi anak saya telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam akademiknya yakni sedari umurnya 4 tahun lagi. Kali pertama saya perasaaan kecerdikannya ialah ketika di umur 4 tahun secara bersahaja dia telah mengeja perkataan 'karbohidrat' dan menyebutnya dengan jelas. Dia terus menunjukkan pencapaian akademik yang baik sehinggalah ke tahap sekolah menengah. Namun yang sangat pelek dia jarang membaca dan menelaah buku.
Cikgu di sekolah memaklumkan bahawa dia umpama pelajar jarak jauh kerana dia akan tidur ketika guru mengajar. Kerja rumah juga jarang disiapkan tetapi bila peperiksaan, dia mampu menjawab dan beroleh keputusan yang dengan baik.

Di awal sekolah menengah rendah, dia mengikuti aliran agama (disuruh oleh saya) namun disebabkan dia kurang minat dengan matapelajaran bahasa arab, lalu semasa PMR dia menunjukkan keputusan peperiksaan yang sangat pelek bagi seorang yang cerdik belajar. Dia memperoleh A dan ada B untuk subjek lain tetapi memperoleh D untuk Bahasa Arab. Bila ditanya mengapa? Dia memaklumkan bahawa dia memang sengaja tidak jawab dengan betul.sebab dia tidak minat belajar matapelajaran Bahasa Arab.
Begitu juga ketika keputusan SPM (sains tulen) dia memperoleh keputusan yang memang melayakkan dia untuk mengikuti jurusan yang lebih baik di universiti tempatan namun secara selamba dia beritahu dia tidak mahu belajar program yang boleh menyusahkan kepala untuk belajar. Justeru itu, dia memilih bidang komputer kerana katanya dia hendak.mencipta program permainan game online
Maka saya ikutkan sahaja kehendaknya itu.
Maka saya ikutkan sahaja kehendaknya itu.
Pembaca semua, anak saya memang cerdik dan bijak namun hakikatnya dia jarang belajar.
Seperkara lagi, rupanya cerdik dan bijak nya itu hanya tertumpu pada bidang akdemik sahaja dan bukan dalam pengurusan kehidupannya sendiri.
Pernah, saya krim wang pada dia untuk membayar yuran sekolah asramanya, namun dia simpan wang tersebut sehinggalah pada waktu ingin mengambil keputusan peperiksaan, pihak sekolah menyekat kepetusannya kerana tidak menjelaskan yuran.
Pernah juga beberapa kali dia di buli disekolah oleh kawan-kawan dan pernah juga dibuli oleh cikgu sendiri lantaran dia tidak pandai membela dirinya sendiri.
Pernah dan selalu dia diberi tanggungjawab yang mudah untuk menguruskjan sesuatu berkaitan dirinya sendiri namun acapkali tidak memuaskan.
Dia kurang pandai bergaul dan banyak menumpukan masanya hanya kepada permainan game sahaja.
Persoalannya, adakah dia juga boleh dikategorikan sebagai anak keperluan khas kerana walaupun terserlah cerdik pandainya rupanya banyak perkara gagal diuruskannya dengan baik.
Apa pun kitalah yang memerhati dan menilai perkembangan anak kita. Justeru itu, kenalpasti setiap kebolehan dan potensi mereka. Namun, jika kelihatan potensinya luar biasa melebihi anak lain yang normal, cuba-cubalah meneliti dan memberi lebih perhatian terhadap perkara tersebut .
Semoga perkongsian ini membuka mata kita dalam menilai apa jua pencapaian anak-anak kita.
Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA
No comments:
Post a Comment