Oleh : NorAzura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Andakah anda perasan bahawa ibu bapa masa kini mempunyai sikap begini terhadap anak-anak;
- tidak suka jika anak-anak main pasir atau main air apatah lagi jika anak pijak lopak atau lumpur.
- marah jika anak pijak rumput tanpa memakai kasut atau berjalan di depan lama rumah tanpa memakai alas kaki
- pastinya sangat marah jika anak main dengan hujan.
- tidak izinkan anak petik daun-daun atau rumput kemudian main masak-masak
- pasti juga tidak benarkan anak kutip batu atau ranting
- tentu juga anak dilarang duduk tepi longkang kecil di halaman rumah apatah lagi keluar masuk longkang
- tidak boleh sama sekali bermain di halaman bila hari mula panas
- memang tidak boleh panjat pokok kerana pokok pun tiada
- marah anak berlari-lari di halaman apatah lagi jika tiada alas kaki.
dan lain-lain lagi lah yang dirasakan mengotorkan tangan dan kaki atau kotorkan baju atau mungkin akan dapat sakit.
Hah, itu adalah larangan ibu bapa di luar rumah. Jika di dalam rumah pula, mungkin berikut adalah sikap ibu bapa.
- jangan conteng dinding
- jangan sepahkan rumah
- jangan berlari dalam rumah
- jangan usik hiasan dalam rumah.
dan seterusnya lah.
Jadi, apa yang anak boleh buat? Mungkin ini yang ibu bapa mahukan;
- Jangan main bahan-bahan kotor (pada persepsi mereka) di luar rumah
- Pakai alas kaki walau sekadar berdiri di depan pintu rumah
- Dilarang berdiri dalam cuaca panas , jika perlu pakai topi atau pakai payung. Begitu jika ketika hujan mula turun.
- Ikut peraturan di dalam rumah
- Duduk diam main 'Hphone atau menonton televisyen.
- Buat homework, belajar dan baca buku kerap.
- Jangan makan bersepah
-Jangan bising-bising
Seorang pakar kanak-kanak ada mengatakan bahawa anak yang berpeluang terdedah kepada apa yang tidak disukai oleh ibu bapa adalah anak yang cergas, aktif serta ceria dan anak ini mempunyai jiwa yang kental dan mampu berdikari dan mampu pula menghadapi cabaran hidup bila telah dewasa kelak.
Seperkara lagi anak yang expose dengan pelbagai bahan alam yang semulajadi seperti main tanah, pasir, air daun serta berpeluang duduk atas pokok, boleh terkena panas dan hujan adalah anak yang secara langsung dapat membentuk imunisasi semulaji di dalam badan mereka.
Didapati walaupun main kotor, dia tidak mudah dihidapi penyakit. waluapun terkena hujan, dia juga tidak mudah diserang demam. Sebabya kerana anak telah terbiasa dengan aktiviti bermain bersama alam. Dengan kata lain, anak yang expose pada alam akan jadi anak yang lebih kuat dan mempunyai daya ketahanan badan yang lebih kuat.
Justeru itu, tanya pada diri,
Adakah kita ingin anak yang pasif yang seharian belajar asyik dengan buku, yang duduk diam sahaja dan yang asyik leka dengan gadget.
Beri peluang anak-anak bermain secara semulajadi.
Jangan risau, sediakan persekitaran yang selamat dan beri anak peluang bermain.
Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA
RM40 / RM 30
HUBUNGI SAYA DI 0167235080
No comments:
Post a Comment