Thursday, 7 December 2017

Mulakan bisnes TASKA di Rumah

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Bisnes TASKA di Rumah.
Selalu sahaja saya menerima pertanyaan bagaimana cara untuk memulakan bisnes TASKA di Rumah.
Ya, sememangnya jika ada di antara anda yang cenderung untuk memulakan perniagaan TASKA, mulakan dengan bisnes TASKA di Rumah terlebih dahulu. Ia lebih mudah, tidak banyak  kos awal dan kurang risiko apatah lagi  jika anda memang seorang yang baru dalam industri pendidikan awal kanak-kanak ini.


Ramai individu di luar sana yang asalanya adalah mungkin pekerja sepenuh masa di mana-mana sektor yang kemudiannya bercadang dan berhasrat berhenti kerja serta  memulakan perniagaan TASKA di Rumah.  Mungkinkah anda salah seorang daripada individu tersebut?


Jika ya, nampak seperti bisnes TASKA ini adalah mudah tetapi  adakah anda benar-benar telah memahami dunia pendidikan awal kanak-kanak? Atau anda  sekadar ikut-ikut sahaja.
Sejauhmana anda mempunyai idea dan kefahaman tentang bagaimanakah anda boleh mulakan bisnes TASKA di Rumah ini.

Jom saya beri definisi TASKA Rumah terlebih dahulu.


TASKA di Rumah didefinisikan sebagai mana-mana  individu yang memberi perkhidmatan asuhan dan didikan di rumah sendiri di mana bilangan kanak-kanak tidak melebihi 9 orang dalam satu-satu masa ( tidak termasuk anak sendiri) serta menerima upah dari jagaan tersebut.


Manakala berikut adalah antara definisi kategori TASKA yang lain.

TASKA Institusi - Mana-mana premis yang manjaga kanak-kanak di bawah umur  4 tahun melebihi 4 orang dalam satu-satu masa dan menerima upah dari jagaan tersebut.

TASKA Komuniti - Mengikut definisi perkhidmatan TASKA yang asal tetapi dikendalikan oleh komuniti tertentu. Biasanya kategori TASKA ini mendapat bantuan daripada pihak kerajaan.

TASKA di Tempat Kerja - Juga mengikut defisi utama TASKA tetapi beroperasi di tempat kerja di mana fokus utamanya ialah bagi memberi khidamat asuhan dan didikan kepada pekerja di sesebuah agensi berkaitan.


Perbezaan TASKA di Rumah berbanding dengan kategori TASKA yang lain.

1. TASKA di Rumah hanya berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga perlu mendaftarkan nama perniagaannya di Syarikat Suruhanjaya Malaysia(SSM). TASKA di Rumah tidak memerlukan lesen perniagaan.

2. Bisnes TASKA di Rumah tidak memerlukan premis khas yang lain memadai dengan menggunakan rumah sendiri yang disesuaikan mengikut keperluan penjagaan kanak-kanak.

3. TASKA di Rumah hanya dibenarkan menjaga kanak-kanak tidak lebih dari 9 orang dengan bilangan pengasuh@pendidik sekurang-kurangnya seorang sahaja.


4. TASKA di rumah kurang modal permulaan berbanding  kategori TASKA yang lain. Bahan dan peralatan disediakan mengikut keperluan sahaja.

5. Pangasuh@pendidik di rumah lebih fokus kepada bilangan kanak-kanak yang tidak ramai.



Bagi membolehkan seseorang mendaftarkan TASKA di Rumah, dia perlu mengikuti Kursus TASKA di Rumah atau boleh juga terus mengambil kursus penuh iaitu Kursus Asuhan PERMATA. Kursus tersebut dikendalikan oleh agensi yang telah mendapat pengiktirafan daripada pihak JKM.
Melalui kursus tersebut, selain menjadi pra sayarat pendaftaran TASKA, ia juga banyak mendedahkan individu tentang konsep pendidikan awal kanak-kanak yang lebih menyeluruh.

Namun, untuk tambah nilai, anda digalakkan untuk mengikuti pelbagai kursus berkaitan pendidikan awal kanak-kanak bagi memastikan anda benar-benar terampil sabagai pendidik awal kanak-kanak.


Susahkah mengendalikan TASKA di Rumah?

Setakat hari ini, saya telah berjumpa beberapa individu yang sukses dalam mengendalikan bisnes TASKA di Rumah.  Mereka bukan sekadar menjaga anak di rumah ala-ala pengasuh rumah tetapi merkea berjaya menunjukkan keprofesionalan dalam menjalankan operasi TASKA tersebut.

Pastikan jika anda benar-benar berhasrat untuk memulakan bisnes TASKA di Rumah ini, bertindaklah segera. Penuhi ilmu yang perlu dan jadilah pendidik awal yang berketerampilan.


Jom mulakan bisnes TASKA di Rumah hari ini dan bersama memeriahkan industri pendidikan awal kanak-kanak.

Anda juga boleh dapatkan ebook -ebok saya seperti di bawah ini.

Opps!!! Ebook adalah buku dalam bentuk PDF Softcopy dan ia dihantar melalui emel sahaja. Mudah sahaja, terima emel dan anda boleh terus print out.




SIAPA SAYA?

Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)


Harga kini, RM 30









PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA







No comments:

Post a Comment