Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
RM250 cukup beli barangan keperluan sekeluarga sebulan??
Catatan lalu;
Aku dan keluarga besarku.
Aku dan keluarga besarku.
Suatu ketika dulu, aku shopping barangan kering keperluan rumah sebulan sekali sahaja yakni masa dapat gaji. Dengan kos belanja lebih kurang tidak sampai rm250 itu lah, macam-macam barang dapat dibeli. Settle lah beli barang kering dapur untuk sebulan, termasuk juga lampin pakai buang bayi dan juga susu formula. Ditambah lagi dengan susu tepung penuh krim yang wajib diminum seisi keluarga, al maklum lah anak-anak masih kecil ketika itu.
Dengan rm250 itu juga, barangan asas rumah dapat dibeli termasuk jugalah beli jajan-jajan. Kiranya, bila pergi shopping bulanan itu, penuhlah troli dengan barang hingga kekadang terpaksa ambil dua troli.
Ha, seronoknya berbelanja masa itu, masih boleh shopping besar dengan nilaian wang yang berbaloi. Namun jangan terperanjat pula, masa itu aku usahakan TADIKA dengan yuran bulanannya cuma rm70 ke rm80 sahaja.
Itu dulu....
Setelah berbelas tahun yang lalu...waktu itu di awal-awal tahun 2000.
Setelah berbelas tahun yang lalu...waktu itu di awal-awal tahun 2000.
Sekarang.....??
Bagaimana kos perbelanjaan keperluan keluarga aku??
Bagaimana kos perbelanjaan keperluan keluarga aku??
Kos belanja beli barangan rumah kini.... cukupkan dengan rm250 itu juga?
Yuran TADiKA pun, sudah seperti yuran masuk kolej, itu yang aku dengar, semuanya sebab kos yang semakin meningkat.
Yang pasti kini, rasanya dalam sebulan berkali-kali aku mesti kena pergi membeli barangan rumah dan setiap kali beli barangan rumah, walaupun seplastik sahaja , mesti melayang lebih dari rm100. Kata orang rm50 sudah seperti nilai rm10 sahaja.
Kalau dulu aku membayar lebih kerana membeli susu dan diapers anak, tetapi kini tiada lagi (sebab anak-anak semua sudah besar) namun kini aku tetap perlu pula membayar lebih lagi ketika berbelanja.
Itulah realiti kehidupan kini;
aku dan mereka-mereka sekeliling aku.
Semua merasa.
Hishhh......belum lagi ambil kira perbelanjaan sekolah dan keperluan anak-anak yang lain.
Sangatlah mencabar keadaan ekonomi kini, lalu wanita seperti aku sudah pasti tidak boleh duduk diam menunggu sang suami cover segalanya.
Sangatlah mencabar keadaan ekonomi kini, lalu wanita seperti aku sudah pasti tidak boleh duduk diam menunggu sang suami cover segalanya.
Tidak kiralah di mana, surirumah atau wanita yang membina kerjaya luar.....
Wanita seperti aku kini, mesti bangun dan terus mara bergerak ke hadapan demi membantu ekonomi keluarga tersayang.
Inilah pilihan yang pasti.
Lupakan seketika usia yang kian menginjak ini, kerana aku masih boleh terus bangkit berusaha.
Aku ingin kaya untuk keluarga dan kaya juga untuk membela nasib insan- insan yang memerlukan.
Inilah pilihan yang pasti.
Lupakan seketika usia yang kian menginjak ini, kerana aku masih boleh terus bangkit berusaha.
Aku ingin kaya untuk keluarga dan kaya juga untuk membela nasib insan- insan yang memerlukan.
Tetapkan dalam diri apa yang ingin dicapai.
InsyAllah, DiA AlLAH akan sentiasa bersama aku. DIA yang mengizinkan segalanya. Maka DIA lah sebaik-baik perancang.
InsyAllah, DiA AlLAH akan sentiasa bersama aku. DIA yang mengizinkan segalanya. Maka DIA lah sebaik-baik perancang.
Fikir positif.
Fikir boleh.
Fikir kejayaan.
Fikir yang baik-baik.
Itulah aku.
Agar selalu nanti...rm berapa pun,
aku pasti mampu jua..
InsyAllah....InsyAllah.
Fikir boleh.
Fikir kejayaan.
Fikir yang baik-baik.
Itulah aku.
Agar selalu nanti...rm berapa pun,
aku pasti mampu jua..
InsyAllah....InsyAllah.
Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA
No comments:
Post a Comment