Wednesday 13 June 2018

Masalah pemakanan di kalangan kanak-kanak di TASKA


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Gambar : carian google


Masalah Pemakanan di kalangan kanak-kanak di TASKA.
Pemasalahan besar berkaitan pemakanan di kalangan kanak-kanak di TASKA ialah secara umumnya kanak-kanak sangat suka dan sangat menggemari makanan segera dan lebih teruk lagi apabila sesetengah ibu bapa tidak menghiraukan apa sahaja hidangan  pemakanan  anak mereka. Contoh makanan yang kanak-kanak gemari ialah makanan ringan, berlemak, manis dan minuman berkarbonat. Makanan tersebut ialah salah satu makanan yang tidak baik untuk diamalkan kerana boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan kanak-kanak.  

Memandangkan pengambilan makanan tidak berkhasiat yang tinggi di kalangan kank-kanak  di TASKA, menyebabkan kanak-kanak sering tidak mendapat keseimbangan nutrisi penting dalam pemakanan mereka.  Seringkali nutrisi tertentu yang diperlukan dalam tumbesaran dan perkembanagn kanak-kanak diambil dalam kuantiti yang tidak mencukupi.  Contohnya seperti pengambilan protin dari sumber makanan yang pelbagai.

Gaya hidup yang moden juga  merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kanak-kanak turut dihidangkan dengan makanan  yang lebih cepat dan mudah di sediakan . 
Samada di rumah maupun di TASKA, mereka yang menyediakan makanan kepada kanak-kanak sering mengambilmudah cara penyediaan pemakanan kepada kanak-kanak tanpa memikirkan sumber nutrisi yang diperlukan oleh kanak-kanak dalam membesar.  Dengan kata lain, kesimbangan nutrisi dalam setiap hidangan menu kanak-kanak sering tidak menepati dan mencukupi bagi keperluan tumbesaran kanak-kanak. Misalnya, kebanyakan kanak-kanak di TASKA  kurang gemar kepada sumber makanan yang mengandungi vitamin mineral seperti sayuran.  Begitu juga dalam pengambilan protin, kanak-kanak hanya suka kepada sumber protin tertentu tetapi tidak menyeluruh seperti suka makan ayam sahaja. 


Sumber protin seperti yang terdapat dalam ikan kurang digemari dan dipilih oleh kanak-kanak.  Ini mungkin disebabkan faktor kanak-kanak tidak diperkenalkan kepada sumber protin ikan sedari awal lagi.   Antara faktor lain kekurangan sumber protin dalam menu makan kanak-kanak ialah kerana harga ikan yang mahal.  Jika di TASKA tentunya pihak TASKA tidak mampu menyediakan pelbagai hidangan yang berasaskan ikan.  Apatah lagi, kanak-kanak yang hadir di TASKA memang kurang menggemari ikan.

Pihak TASKA sendiri lebih suka mengambil sumber protin dalam ayam dan menjadikan menu ayam sebagai protin utama di dalam jadual Menu di TASKA. Jika dirujuk kepada Jadual menu sediada di TASKA, kebanyakan jadual menu memasukkan sumber protin yang datangnya daripada ayam.  Jarang atau mungkin tiada terdapat langsung menu berasaskan ikan dalam jadual menu kanak-kanak di TASKA.  Selain dari itu,  turut mempengaruhi menu ini ialah berkaitan dengan tabiat kanak-kanak  yang memang tidak suka makan ikan.

Justeru, beberapa masalah pemakanan di kalangan kanak-kanak di TASKA ini perlulah diatasi oleh semua pihak yang terlibat dalam asuhan kanak-kanak. Kanak-kanak yang sihat dan cergas pastinya kanak-kanak yang sentiasa mendapat keseimbangan dalam menu pemakanannya.

Jom cuba menu mudah dalam menyediakan makanan kanak-kanak di TASKA.


BEBOLA MATA IKAN 
Bahan-bahan:
1 ekor isi ikan kembung yang direbus (buang tulang)
1 BIJI UBI KENTANG
Daun bawang yang dicincang

Cara penyediaan
1.       Gaulkan isi ikan dengan ubi kentang yang dilenyek.
2.       Campurkan dengan daun bawang yang telah dicincang.
3.       Gaulkan sehingga sebati.
4.       Bentukkan bahan-bahan yang digaul tadi dalam bentuk yang bulat.

5.       Bahan-bahan ini boleh digoreng atau direbus. Sedia dihidangkan.


           CORNFLAKES  MILO
Bahan-bahan:
100g marjerin
100g cornflakes
100g serbuk milo
4 sudu makan madu

Cara penyediaan:
1.       Cornflakes dihancurkan (sederhana) disimpan di tempat bekas.
2.       Masak mentega hingga cair di api yang sederhana besar.
3.       Apabila sudah cair masukkan madu (kacau hingga sebati)
4.       Masukkan milo (kacau hingga sebati)
5.       Bila sudah sebati tuangkan ke dalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan.
6.       Bulatkan semasa masih panas. Kemudian masukan ke dalam peti sejuk.

S     Sekian, selamat mencuba.








No comments:

Post a Comment