Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image : carian google
RANCANGAN
PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)
RPA  Aktiviti kanak-kanak - Kenali Kucing dan Arnab
Nama Pendidik 
 | 
  |||
Minggu 
 | 
  
Tarikh: 
 | 
  
Hari: 
 | 
  
Masa: 
 | 
 
Umur 
 | 
  
3 – 4 tahun 
 | 
  
Bil. Kanak-Kanak : 5 
 | 
 |
Bidang Perkembangan 
 | 
  
PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN.  
 | 
 ||
Pengetahuan sedia ada 
 | 
  
Kanak-Kanak sudah boleh mengenal haiwan peliharaan (kucing) 
 | 
 ||
Objektif 
 | 
  
1.       Kanak-kanak
  boleh mengenal haiwan peliharaan (kucing dan arnab) (P.DPDP) 
2.       Kanak-kanak
  boleh melompat seperti kucing dan arnab. ( P. Fizikal) 
3.       Kanak-kanak
  boleh membuat corak pelbagai mengikut kreativiti sendiri. (P. Kreativiti dan
  Estetika) 
 | 
 ||
Tema 
 | 
  
Haiwan Peliharaan 
 | 
 ||
Tajuk 
 | 
  
Kucing dan Arnab saya 
 | 
 ||
Tempat/Ruang 
 | 
  
Ruang Aktiviti TASKA 
 | 
 ||
Bahan 
 | 
  
Topeng muka arnab , Topeng muka kucing, model arnab dan  model kucing (diperbuat daripada kertas
  kotak), Gambar arnab dan kucing tanpa warna 
  dalam kertas bersaiz A4. Warna Air, Video kucing dan Arnab 
 | 
 ||
Langkah Pelaksanaan 
 | 
  
1.       Pendidik
  membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti. 
2.       Pendidik  meminta kanak-kanak duduk dalam bulatan. 
3.       Pendidik
  bermesra bersama kanak-kanak dengan bertanyakan khabar kepada kanak-kanak. 
4.       Pendidik
  memulakan aktiviti dengan memasang video berkaitan kucing terlebih dahulu dan
  bertanya samada kanak-kanak mengenali kucing atau tidak. 
5.       Pendidik
  bertanya kepada kanak-kanak; 
“Siapa tahu, haiwan apakah
  ini?” 
“Siapa yang pernah lihat dan
  pegang kucing?” 
6.       Pendidik
  kemudiannya memasang pula video mengenai arnab dan mula bercerita  mengenai arnab sebagai haiwan peliharaan
  manusia. 
7.       Pendidik
  mengulang cerita agar kanak-kanak faham dan tahu. 
8.       Pendidik
  memberikan topeng kucing dan juga topeng arnab kepada kanak-kanak dan meminta
  kanak-kanak memebuat aksi melompat seperti 
  yang telah ditunjukkan dalam video tadi. 
9.       Pendidik
  juga meminta kanak-kanak pula bercerita mengenai kucing dan arnab. 
10.   Pendidik
  memberi galakan kepada kanak-kanak terus berbual mengenai arnab dan kucing. 
11.   Pendidik
  memastikan yang kanak-kanak tahu bahawa kucing dan arnab adalah antara haiwan
  peliharaan manusia. 
12.   Pendidik
  memberi pujian kepada kanak-kanak yang telah mengenal kucing dan arnab
  sebagai haiwan peliharaan di rumah. 
13.   Pendidik
  terus beri galakan dan bimbingan jika sekiranya ada kanak-kanak yang belum
  dapat tahu. 
14.   Pendidik
  seterusnya memberi setiap seorang kanak-kanak gambar arnab dan kucing di atas
  kertas bersaiz A4 dan meminta kanak-kanak untuk membuat corak menggunakan cop
  hujung jari mengikut kreativiti kanak-kanak. 
15.   Pendidik
  sekali lagi menguji kefahaman kanak-kanak mengenai haiwan peliharaan kucing
  dan arnab. 
16.   Selesai
  aktiviti, pendidik memninta kanak-kanak mencuci tangan dan mengucapkan terima
  kasih kepada kanak-kanak. 
 | 
 ||
PEmerhatian 
 | 
  
1.      
  Pastikan kanak-kanak sihat untuk menjalankan
  aktiviti. 
2.      
  Pastikan persekitaran tempat aktiviti adalah
  selamat. 
3.      
  Pastikan bahan yang digunakan selamat. 
 | 
 ||
Refleksi 
 | 
  |||
RPA Pelaksanaan Aktiviti TASKA ini mengandungi 70 RPA untuk aktiviti bayi hingga 4 tahun yang merangkumi semua aspek perkembangan kanak-kanak.


No comments:
Post a Comment