Friday 10 August 2018

TADIKA masakini

Oleh:Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Program hari ini.
Jalan -jalan survey TADIKA, sekadar nak dapatkan situasi semasa pelaksanaan program TADIKA dalam industri.
Saya singgah ke sebuah premis pendidikan awal kanak -kanak katanya. Apa yang saya lihat?
Dalam kelas kanak-kanak umur 4 dan 5 tahun, penuh dengan tampalan perkataan dan elemen-elemen pembelajaran akademik semata, tiada pun unsur keceriaan atau sesuatu gambar yang menarik untuk tahap kanak-kanak. Kelihatan kanak-kanak sedang meniru apa yang ditulis oleh cikgu di papan putih. Mereka kelihatan fokus menulis dan mendengar cikgu Tadika mengajar persis seperti di sekolah. 
Ada banyak kelas di situ, dan semua kanak-kanak di dalam kelas tersebut sedang menghadap buku kerja.

Apa yang sudah terjadi ?
Inikah bentuk pengajaran dan pembelajaran sebenar di Tadika kita.
Mana dia kreativiti cikgu dalam mengendalikan kelas?
Tidak kelihatan pun sebarang aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan.
Saya tercari-cari pula bahan pembelajaran yang menarik, mana?
Terdengar pengendali menerangkan objektif permis pendidikan awal kanak-kanaknya,   iaitu untuk memastikan anak-anak TADIKA pandai baca seawal 3 tahun. Dari mula dia asyik bercakap tentang keupayaan akademik kanak-kanak.  Saya membisu membiarkan dia berkata-kata. Kalau saya bersuara, tentu habis-habisan saya sekolahkan dia semula. 


Hakikatnya, bila pengamal pendidikan awal kanak-kanak sendiri tidak benar-benar memahami maksud pendidikan awal kanak-kanak yang sebenarnya......,
Lalu, jadilah anak-anak di TADIKA umpama produk laris laku yang kualiltinya dinilai dari sudut kebolehan boleh baca dan boleh mengira semata.

Dalam hati, saya menggelengkan kepala tanda tidak setuju dengan corak pembelajaran begini. Kesiannya anak-anak dan malangnya ibu bapa yang juga kurang faham.
Pendidikan awal kanak-kanak.

Biarkan mereka bermain dengan bermakna.
Biarkan mereka berfikir, meneroka, mencuba dan mendapatkan pengalaman
Biarkan mereka belajar dalam persekitaran menyeronokkan.
Setiap kanak-kanak adalah individu unik yang mempunyai potensi dan kebolehan yang berbeza. Ingat tu.


Catatan pandangan saya.
#Norazurachildcarepractitioner
Anda boleh hubungi saya:




Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 8 tema dulu.


HARGA RPA BERTEMA ( 35 RPA DENGAN 9 TEMA) - RM25




PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642




Terima kasih.

No comments:

Post a Comment