Tuesday, 6 November 2018

Latihan kemahiran

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Anak- anak yang tidak lama lagi bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), apa pilihan anak-anak selepas itu? ; ada difikirkan tak?
Ingin teruskan pembelajaran akademik?
Atau..;
Ingin mengikuti latihan kemahiran tertentu?

Samada mempunyai pendidikan akademik atau  kemahiran, dua- dua sama penting. Jika ada kedua - duanya lagi baik. Namun, ada anak  lebih cenderung ke arah akademik. Manakala pasti ada  sesetengah anak menunjukkan minat atau cenderung dalam sesuatu kemahiran.
Menjadi diri saya yang memiliki pendidikan akademik dan akhirnya saya cenderung mencintai pelaksanaan kemahiran, saya buktikan saya boleh pergi jauh hanya kerana memiliki sesuatu kemahiran.

Hakikat bidang pekerjaan masa kini pula, selalu menunjukkan bahawa  mempunyai kelulusan akademik yang tinggi sahaja belum memadai bagi menjamin laluan kerjaya yang baik buat diri seseorang. Paling tidak, ilmu akademik yang dimiliki mesti dijana bersama dengan sesuatu kemahiran tertentu. 

Sebenarnya, nak bina kemahiran senang sahaja,  samada ikuti  sesuatu latihan kemahiran atau jana kemahiran melalui pengalaman.
Untuk ikuti latihan  kemahiran, kalau di peringkat anak-anak, bolehlah pilih ikuti apa sahaja bidang kemahiran yang disukai samada di institusi latihan awam ataupun swasta.
Bidang apa?
Eh....banyak bidang kemahiran yang boleh diikuti, tengok apa minat dan kecenderungan kita.
Namun, jika pada kawan- kawan, sahabat-sahabat, adik-adik, kakak-kakak atau sesiapa sahajalah  yang telah sedia ada menjana tahun demi tahun pengalaman dalam sesuatu bidang, tetapi tidak memiliki sebarang sijil kemahiran , macamana?
Hah...inilah yang saya nak kongsikan...


Sekadar makluman, di negara kita ini,   ada satu bentuk persijilan iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang boleh mengiktiraf dan memperaku pengalaman, kemahiran dan keterampilan sediada seseorang  dalam apa sahaja standard bidang industri yang diceburinya.
Persijilan kemahiran Malaysia melalui pengiktirafan pencapaian terdahulu.
Bagaimana?

Kemahiran seseorang  boleh diiktiraf dalam bentuk persijilan.  Katakan kita telah bertahun-tahun menceburi bidang kecantikan atau jahitan atau masakan, tentunya  pengalaman dan kemahiran kita boleh diperakui hanya melalui persijilan kemahiran Malaysia ini.
Biasanya orang berkemahiran tertentu ini terdiri dari orang yang berbisnes.
Hmmmm..... Jadinya, bila ada sijil, barulah ada ummpp nak bercakap tentang produk kecantikan, jahitan baju atau masak- masak ini. Tentu juga, boleh bantu tingkatkan keyakinan pelanggan terhadap bisnes kita.
Betul tak?

Al misalnya, bidang kemahiran  saya, Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak dan juga Pendidikan Prasekolah. Ia suatu kemahiran kan...?, bila ada skil mengendalikan kanak- kanak, barulah boleh dikatakan telah  memahami dunia pendidikan awal kanak-kanak.
Barulah boleh terampil dalam industri ini. Tahu teorinya, tahu pula pelaksanaannya secara amali.
Seperti saya,  akhirnya, sekian lama bergelumang dalam  industri ini semenjak tahun 2000 lagi,  saya bangga memiliki pengiktirafan kemahiran melalui SKM ini.
Teruja tau... walau hanya Sijil Kemahiran. Alhamdullillah hasil penat lelah, cabaran pahit manis semuanyalah  terhimpun dan diperakui dalam satu persijilan iaitu SKM. Hah..bukan seberono saja tau persijilan ini.
Nak dapat pun bukan  senang-senang gitu jer tau. Saya berusaha ke arah persijilan ini sedari tahun 2009 lagi.
Saya adalah saya, semuanya dengan izin Allah.

Anda yang berminat nak dapatkan sijil perakuan ini, nak tahu?
Berpandukan kepada National Occupational Standard System / Sistem Standard Pekerjaan Kebangsaan, terdapat beratus- ratus bidang kemahiran yang boleh diperaku kepada mana- mana individu berkaitan yang layak.
Jadi.....
Apa lagi, jom kumpul pengalaman kita untuk diperakukan melalui persijilan kemahiran MALAYSIA ini.
Jangan malu hanya kerana ada sijil kemahiran.
Kemahiran kan suatu kerjaya.
Catatan;
#Norazura




No comments:

Post a Comment