Monday 5 November 2018

Tiada lagi peperiksaan untuk anak awal usia

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Musim anak menghadapi peperiksaan di sekolah baru berlalu. Tidak lama lagi akan bermulalah cuti sekolah yang panjang. Pada sesetengah anak- anak, seolah - olah baru bebas dari kesesakan jiwa raga, minda dan emosi. Yelah, manakan tidak, ..sebelum peperiksaan  bermula, penguatkuasaan pun bermulalah di rumah.
Mengulangkaji buku umpama meng'copy paste' ilmu masuk ke dalam otak untuk diterjemahkan di atas helaian kertas peperiksaan nanti.
Lagi...
Kena pergi kelas  tambahan( tuisyen)  secara lebih  intensif.
Banyak buat ulangkaji dan latih tubi.
TV !!!, Katakan tidak pada TV.
Melayari internet untuk program kesukaan, pastinya tidak diberi peluang.
Lagi....
Tidak boleh main bola dan sebagainya dengan kawan- kawan.
Aktiviti pergi jalan-jalan  atau cuti dibekukan sama sekali.  Kekadang nak pergi rumah sedara pun ditangguhkan kerana anak nak hadapi peperiksaan.
Ibu bapa sendiri terus kalut...
Hah...persediaannya, umpama anak hendak pergi berperang lagaknya.
Haha...., memang tak salah pun. Kekadang anak- anak  perlukan dorangan dan sedikit paksaan untuk belajar dan berusaha.


Ya., Sungguh memang .tidak salah.....jika anak itu mungkin akan hadapi peperiksaan besar atau mungkin anak yang di sekolah menengah.
Itupun kena tengok juga potensi dan keupayaan anak.
Akan tetapi, apa cerita jika penguatkuasaan seperti tadi dibuat kepada anak yang sekadar di TADIKA atau di awal usia persekolahan,  agak-agak lah yer....
Anak- anak itu baru berusia 5, 6, 7 ,. 8 hatta 10 tahun sekali pun.
Jangan keterlaluan hingga mendera emosi anak  tanpa disedari.
Patutkah anak-anak  terus rasa terdera oleh orang dewasa yang objektif utamanya ingin melihat pencapaian akademik yang cemerlang ( yang dibuktikan atas helaian kertas) dari  seawal usia anak lagi.
Cuba renungkan dan jom buat sedikit anjakan paragdigma dan minda anda sebagai ibu bapa atau pendidik.


Tiada lagi peperiksaan untuk anak awal usia....
Alhamdullillah...
Akhirnya..suara hati mereka yang benar- benar memahami maksud pendidikan awal kanak- kanak telah didengari.

Berbaloilah beberapa penulisan saya yang berkaitan dimana saya memberi pandangan tentang kelemahan pendidikan awal kanak-kanak bukan sekadar di TASKA TADIKA.  bahkan anak di bawah 10 tahun di sekolah rendah.

Saya bezakan dengan beri contoh  2 keadaan di bawah ini.
Pertama, dulu... tatkala anak saya di TADIKA,   cikgu di TADIKA telah mengingatkan ibu bapa supaya memberi perhatian kepada pelajaran anak- anak memandangkan peperiksaan tidak lama lagi. Dia minta ibu bapa pastikan anak- anak buat ulangkaji lebih kerap.
Menerima pesanan itu, saya bayangkan wajah anak saya... Ohh Tidaklah....!!!  saya pasti sukar  akan buat begitu kepada anak saya yang kerjanya asyik main dan asyik buat aktiviti sahaja. Anak saya pun tak faham maksud peperiksaan itu walaupun dia sangat petah bercerita perkara yang dia suka.
Akhirnya. Hah..padan muka, dapat nombor hampir- hampir akhir dalam.kelas TADIKA kan.
Cikgu pun tak pandang... Adakah patut kan??

Hal kedua, baru-baru ini saya terbaca tulisan seseorang yang saya kira  arif tentang pendidikan awal kanak- kanak, bilamana ada ibu bapa yang tanya pada dia, tip mencari TADIKA.
2 tip yang sangat saya setuju dan boleh terima iaitu  , tip pertama,; cari TADIKA yang cikgunya  tidak berjanji bahawa dalam tempoh 3 bulan, anak TADIKA  PASTI boleh baca buku dengan baik dan lancar.
Tip kedua, cari TADIKA yang tiada 'worksheet' dan  tidak beri 'homework' kepada kanak- kanak.
Hmmm..tentu ibu bapa tersebut berfikir-fikir. Betulkah tip ini?

Sehinggalah menteri memaklumkan...tiada lagi peperiksaan di peringkat TADIKA dan awal sekolah rendah bermula tahun depan. Tiada lagi peperiksaan untuk anak awal usia.
Saya tepuk tangan bergembira walaupun saya tidak ada lagi mempunyai anak di tahap itu.( Anak saya yang bongsu, 10 tahun umurnya pada  tahun depan)

Jadi...saya menyeru mereka yang berkaitan kanak-kanak,
Baca dan fahamilah kenyataan menteri ini, sungguh menampakkan beliau sangat memahami dan prihatin terhadap perkembangan awal kanak- kanak apatah lagi di peringkat awal  persekolahan.
Justeru itu..kita selaku pendidik awal, guru  di peringkat  sekolah rendah   dan juga ibu bapa perlulah menukar persepsi kurang tepat  kita selama ini terhadap maksud sebenar pendidikan awal kanak-kanak.
Berlaku adillah kepada anak-anak kita kerana mereka juga punya hak dan perasaan sebagai seorang kanak-kanak.
Seawal pendidikan yang utama ialah pendidikan akhlak dan pembinaan jati diri serta sikap.
Seawal didikan diri yang utama ialah membentuk kemahiran awal dalam diri kanak- kanak.
Seawal asuhan yang utama ialah membenarkan anak-anak membesar melalui kerja hakiki mereka iaitu bermain, meneroka dan terus bermain yang dengan sendiri membantu membina pelbagai aspek perkembangan anak  secara semulajadi.
Apabila tiba masanya, kenalpasti potensi mereka dan bimbing anak memilih laluan kerjaya yang diminatinya.


Apapun..tulisan ini sekadar pandangan saya, mungkin ramai yang lebih pakar mempunyai pandangan yang lebih baik.
Sekian.

Catatan;
#Norazura

No comments:

Post a Comment