Wednesday 1 May 2019

Biar kanak-kanak menjadi kanak-kanak.

Oleh :Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Biarkan kanak-kanak yang bersama dengan kita menjadi kanak-kanak yang sebenarnya.
Bagaimana?
.
Senang sahaja..., tak usahlah kalut sangat nak bagi anak kita pandai, sepandai anak jiran sebelah yang boleh baca buku seawal umur 3 tahun.
.
Usah stress nak fikir di mana nak hantar anak kita yang umur 5 dan 6 tahun ni pergi kelas tuisyen yang terbaik.
.
Tak perlu meroyan, minta anak kita yang di TASKA TADIKA tu hafal dan tulis nombor dan perkataan hingga tak cukup mukasurat buku tulis tu.
Atau, tak usahlah membazir duit untuk bagi macam-macam program akademik kepada anak-anak kita yang baru jer sekitar umur 3, 4, 5, 6 bahkan 7 atau 8 tahun tu. Memadai sudah...
.
Tolong..., janganlah terlalu mengharapkan setinggi kesempurnaan pada diri anak - anak kita hingga kita nak segalanya bertertib, berdispin mengikut aturan yang kita kehendaki.
.
Tak perlulah kita meroyan. Sepanjang masa nak control minat dan hobi anak-anak, tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Yang boleh hanya buat apa yang kita nak sahaja.
.
Akhirnya nanti, kita yang ter 'over stress' dan kita rupanya sedang menyalurkan juga 'stress' berpanjangan kepada anak-anak kita pula.
.
Kesian...
Mereka hanyalah individu yang bergelar kanak-kanak.
Individu cilik ini memang dilahirkan begitu. Dalam dunia kanak-kanak ini, mereka hanya fikir nak buat sesuatu yang menyeronokkan sahaja.
.
Biarkan mereka menjadi kanak-kanak yang sebenar. Hak mereka hanyalah  untuk merasa seronok dan gembira BUKAN untuk berkongsi citarasa 'stress' bersama orang dewasa.
.
Hak mereka juga untuk mencuba itu mencuba ini.
Hak mereka memang untuk menunjukkan bakat, potensi dan kepandaian mereka sahaja. Kalau boleh mereka seolah nak menjerit sekuatnya memberitahu dunia tentang keriangan mereka.
.
Tentu sekali, hak mereka untuk menyuarakan keinginan dan apa yang disukai. Semua  hak kanak-kanak  ini, hanya
dapat direalisasikan semudahnya melalui memberi laluan penuh kepada fitrah dan kerja  hakiki mereka iaitu bermain.
.
Biarkan anak bermain....
Main....
Main...
dan terus main....sepuasnya.
Bermain sambil memperolehi pengalaman hidup dan kemahiran tertentu.
.
Jadinya, jika nak anak-anak belajar sesuatu, pastikan kita gunakan pendekatan bermain. Tak payahlah nak fikir pendekatan lain yang merumitkan minda seorang kanak-kanak.
.
InsyAllah, tak rugi pun untuk penuhi masa anak-anak dengan bermain. Sebab kehendak naluri  bermain itu semulajadi  ada dalam diri mereka sebaik sahaja anak lahir ke dunia.
.
Lalu..
Hanya melalui bermain, kanak-kanak  menjadi kanak-kanak yang sebenar.
Catatan,
#Norazura
Trainer & Fasilitator
Personel Kemahiran.


Anda boleh hubungi saya:


Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA


EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 12 tema.


HARGA RPA BERTEMA ( 50 RPA DENGAN 12 TEMA) - RM28




PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA



** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642

No comments:

Post a Comment