Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Percaya tak?
Saya tidak pernah belikan anak-anak handphone, game atau gadget seumpamanya. Apatah lagi untuk belikan mereka motosikal atau kereta. Yang saya adakan ialah keperluan utama mereka sahaja.
Sedari kecil, saya tidak mewahkan mereka. Kami sentiasa bersederhana. Tidak semua yang diingini, diperolehi semudah tiupan angin. Saya didik anak berdikari.
They have to know this!..
Huishhh.. kedekutnya saya!
Tapi Alhamdullillah, kini... jika anak-anak saya hendak memiliki aset di atas, mereka tahu untuk usaha dan atas kesungguhan mereka sendiri. Mereka pandai simpan duit dan bila-bila ada kelapangan seperti cuti semester panjang, anak-anak ini pasti akan cari kerja-kerja part time. Sedang ketika masih belajar pun, mereka pandai cari duit.
Ajar tuisyen lah, jadi tutor ke rumah oranglah, kerja kedai makanlah dan ahh.. panjang jer lah akal mereka untuk cari duit poket yang halal. Semua yang mereka dapat, bukan untuk bagi pada saya atau untuk tambah pendapatan keluarga tetapi cukuplah buat mengisi poket mereka sendiri.
Saya tak mintak pun.
Mereka beli apa yang ingini dengan usaha sendiri, tentu mereka pasti lebih menginsafi lagi memahami setiap titik peluh keringat yang mengalir demi untuk dapatkan duit.
Hmmm.. Begitulah penatnya ibu dan bapa bekerja buat membesarkan anak-anak
Justeru itu, mereka beli aset guna duit usaha mereka sendiri.. Saya tolong top up sahaja. Bukan tak boleh nak belikan, tapi nak bagi mereka pandai berdikari dan menyelami kehidupan.
Agar mereka sedar, bukan semudah itu nak menjadi senang. Jika semua parents adakan;
Minta itu, dapat, nak itu diberi. Petik jari jer, bergegas parents belikan.
Hmmm....anak-anak tu sudah besar. Bilanya nak merasa cabaran dalam ranjau rezeki kehidupan ini. Tolong didik anak berdikari.
Alhamdullillah..
Mudahan mereka bakal menjadi insan yang lebih menghargai segalanya. Kehidupan adalah suatu realiti pembelajaran.
Mudahan mereka bakal menjadi insan yang lebih menghargai segalanya. Kehidupan adalah suatu realiti pembelajaran.
No comments:
Post a Comment