Friday, 16 August 2019

Sikap atau kebolehan, mana lebih utama?

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Saya sebenarnya ingin menulis  tentang sikap atau best lagi bunyinya dengan sebutan 'attitute'
Sikap@attitute atau kebolehan@kemahiran? Mana lebih utama?

Jap,  Rendang daging kerbau korban ini menjadi jawapannya. 

Rasanya yang cukup power. Sedapnya yang secukup rasa tanpa sebarang bantuan perisa mak aji.
Podehhnya  (slang NS) yang umphhh! . Se 'power' si jejaka bujang ini yang memasaknya.

Terperanjat dengan hasil masakannya. Dia bukan pelajar bidang kulinari. Tidak pernah pula tunjuk skill memasak selama ini, sekadar goreng telur atau masakan orang bujang yang simple-simple tu memang biasalah. Tapi ini...., masak Rendang oii.
Rendang special  terhasil cetusan dari sebuah sikap.

Sikap vs kebolehan.

Rupanya dengan sikap, dia jana sebuah kebolehan@kemahiran. Sikap positif yang ingin belajar dan ingin mencuba sesuatu yang baru , lalu siaplah Rendang power ini buat hidangan sekeluarga. Semuanya hasil dari pemerhatian yang berkala ketika si bujang ini bekerja part time di kedai makan. Sambil cuci periuk, sambil siang ikan, sambil cuci sayur, sambil tolong kacau-kacau lauk, dia sempat jeling-jeling akak chef tukang masak di kedai makan itu (dia akan bekerja di situ setiap waktu cuti semester)

Bukan curi resepi Rendang tu, tapi sekadar ikut dan praktikkan aura kehebatan skill masak akak tu, katanya. Serap, cerap dan praktikkan sebagai lauk hidangan seisi rumah pula. 

Bagaimana pula contohnya jika seseorang itu telah ada skill memasak tetapi kerana sikap yang negatif, dia selalu beri alasan.

Susahlah..
Lecehlah..
Tak der modal lah.
Malas lah..
Agak-agak boleh ker terhasil Rendang power yang memberi kesan yang positif pula kepada mereka di sekitarnya.


Jadi.... , mana penting, sikap atau kebolehan? Ya... datangkan sikap mendahului kebolehan.

Masya-Allah, rupanya nak jadi insan yang berjaya ni memang mesti bina SIKAP dan jati diri. Dengan sikap yang positif insyAllah semudah abc sesuatu kebolehan boleh dijana menjadi keterampilan yang hebat dalam sesuatu bidang kemahiran.

My anak bujang, congrats to you...!
Alahaii.... kalah Rendang Ayam ibu yang memang tak berapa nak power dalam memasak ni. 

Maka, saya teringat kisah pelajar program masak memasak ini yang diberi peluang pendedahan dalam industri kulinari di hotel. Baru beberapa hari di dapur hotel, sudah mula terdengar keluhan-keluran negatif.
Penat lah...
Asyik potong sayur jer lah.
Asyik kena marah dengan chef lah...
Banyak kerjalah..
Nak quit lah...
Ada jer alasannya...


Hmmm.....mereput jer lah korang dengan sikap yang negatif itu. Kekadang, hingga ada parents yang masuk campur..

"Saya pun tak pernah marah anak saya, ni..Chef tu asyik marah-marah.. suruh anak saya buat itu.. buat ini..."
"Bilalah anak saya nak pandai kalau asyik suruh potong sayur jer.." 
****

Camner ni yer..?
Adakah saya perlu jawab?

Saya memang tak masuk line lah dengan student dan parents gini. Jadi...saya abaikan jer mereka.
Lipat elok-elok sikap negatif tu masuk dalam kocek saya.

Ayuh.., nak jadi insan hebat berjaya suatu hari nanti?
Orang mukmin sentiasa positif dan maju ke depan.
Yakin boleh!
Putus asa..., tidak pernah ada dalam kamus hidup kita.
Ikut yang betul!
InsyAllah, mudahan berjaya.


Catatan,
Norazura

No comments:

Post a Comment