Wednesday 25 December 2019

Bermain bantu perkembangan kanak-kanak

Oleh : Nor azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Bermain bantu perkembangan kanak-kanak

Seorang mummy bertanya kepada anaknya yang baru berusia 5 tahun.

"Tadi.. Kat school, adik belajar apa?"
"Tak belajar, adik main jer.."
"Ada belajar baca buku tak?"
"Tak.., teacher bagi adik main jer.."
"Aikk!
hari-hari main jer.., bila nak belajar?" 


Mummy......
Teacher said....
Play is one of the main ways in which children will learn a lot. 

So...
Its true dear parents and dear early childhood practitioner.

Bermain bantu perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek yakni sahsiah, emosi, kognitif, bahasa, fizikal , kreativiti dan sebagainya.  Bermain dapat membantu meningkatkan  perkembangan dan pertumbuhan yang baik secara semulajadi. Melalui bermain, kanak-kanak akan cuba menyelesaikan masalah, mereka berkawan, bersosial malah main juga dapat meningkatkan kebolehan motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Lagi, kanak-kanak tentu akan menggunakan bahasa bila bermain. Mereka juga akan luahkan idea dan kreativiti serta imiginasi pelbagai hanya melalui bermain.

Children will decide..
What to play...
How to play...


Dengan kata lain,  melalui bermain sahaja, kanak-kanak dapat meneroka, menguji dan memperoleh kemahiran serta pengalaman bermakna dalam keadaan yang menyeronokkan. Tak perlulah stress kan kanak-kanak untuk baca itu, hafal itu.. kira itu.... tulis banyak-banyak. Tidak ada pembelajaran laksana seperti dalam kelas formal ketika kanak-kanak diberi peluang untuk bermain.

No worksheet please!!


Mohon jangan ada buku latihan yang asyik latih tulis ABC, 123 dan perkataan tu jer. Jangan asyik suruh warna gambar jer. Boring weihh..!!
Kita pun stress nak ajar seorang kanak-kanak yang secara semulajadi memang sangat suka bermain.
Maka, lebih baik, ajar anak sambil bermain. Mainlah apa sahaja asalkan dalam persekitaran yang selamat.

Ibu bapa jangan marah kalau anak-anak asyik nak main jer. Biarkan dia bermain sepuasnya. Mereka tengah belajar lah tu. Sampai bila nak fokus main jer?
Selagi dia merupakan seorang kanak-kanak yang normal.


Apakah pula peranan ibu bapa atau teacher dalam menyokong kanak-kanak untuk bermain?

Ya...
Sila sediakan dan pastikan persekitaran bermain yang kondusif.
Sediakan alat atau bahan permainan yang sesuai.
Beri kanak-kanak masa dan peluang untuk bermain.
Sediakan ruang-ruang bermain@sudut yang menarik.
Main bersama kanak-kanak.
Dan akhirnya,  berikan mereka galakan.
Bukan marah-marah bila mereka nak main.


Tapi.. Ingat tau!!
beri main handphone .. bukan dalam kategori main yang bermakna yer..
****
Children have a right to play!!


Norazura.

Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.


EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF/Words Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM60 dengan lebih dari 150 Koleksi RPA berdasarkan TEMA dan perkembangan kanak-kanak





PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA




EBOOK PANDUAN SOP TASKA
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642


No comments:

Post a Comment