Thursday 5 December 2019

Ketahui ciri-ciri pekerja di TASKA TADIKA anda.

Oleh ; Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Apakah ciri-ciri pekerja di TASKA TADIKA  anda?

Mungkin boleh jadikan catatan di bawah sebagai panduan;


Jom.. kenalpasti ciri-ciri pekerja kita..
Benarkah...?
Terdapat teori yang menyatakan bahawa pekerja sebenarnya tidak minat untuk bekerja dan sebolehnya ia akan menggelak untuk sesuatu kerja.
Maka, pekerja seperti ini perlu sentiasa diberi arahan untuk buat sesuatu kerja.
Dia perlu dipantau dan sentiasa diselia dengan baik.
Jika tidak, pasti kerjanya tidak akan siap sempurna.
Dia memang tidak pandai mencari kerja arau tidak akan bertanya....
Boss..
"Ada apa-apa kerja yang boleh saya bantu.?"
Selalunya...
Dia hanya tunggu kerja diarahkan kepadanya.
Berkira pun... ya juga😁
Kalau bukan kerja dia.., dia akan pandang jer lah selagi tidak diarah bantu.
He.. He..
Golongan pekerja begini memang ramai jer ada di dalam organisasi kita.
Betul tak?
****
Terdapat satu lagi teori yang lebih baik yang menyatakan bahawa ada pekerja yang sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya tanpa di suruh. Pekerja seperti ini tidak perlu diarah atau dipaksa untuk buat kerja.
Selalunya dia suka jalankan tugasnya sebagai pekerja kerana dia sendiri ada rasa tanggungjawab di dalam organisasi tempat kerjanya.
Jatuh bangun organisasi pun sedikit sebanyak diletakkan di dalam jiwanya. Kekadang dia seolah mempunyai rasa kepunyaaan terhadap tempat dia bekerja lalu dia pasti akan bekerja bersungguh-sungguh.
Sungguh dia salurkan setiap inci gajinya untuk keberkatan bekerja. Lalu, kerja menjadi ibadah buatnya.
Pekerja seperti ini akan lebih bekerja dengan gigih jika pihak majikan menghargainya dan memberikannya insentif yang berpatutan.
Mereka adalah aset berharga dalam sesebuah orgasisasi.
Jadi..
Jika anda merupakan seorang majikan atau ketua, pastikan anda dapat memotivasikan pekerja anda menjadi seperti pekerja ciri yang kedua itu.
Pekerja itu..
Dia umpama tulang belakang majikan/organisasi. Adakalanya dia membuatkan majikan utuh berdiri namun selalu juga.... dialah yang menjadi racun kepada sesebuah organisasi.



Catatan,
Nor Azura Ismail
Jurulatih dan Fasilitator Pendidikan Awal kanak-kanak.


Nak kan RPA  TASKA? 

Atau..Nak jemput saya untuk apa sahaja topik berkaitan modul TASKA?  Hubungi saya!

Nak dapatkan idea RPA atau SOP TASKA!



JOM dapatkan dari saya !







Jom, nak dapatkan koleksi aktiviti RPA dan SOP di TASKA, sila hubungi saya.


Perlukah RPA - Rancangan Pelaksanaan Aktiviti ini?
Ya, sangat perlu bagi anda jika anda merupakan seorang pendidik di TASKA. Dengan mempunyai RPA yang terancang, aktiviti bersama kanak-kanak tentunya dalam dilaksanakan dengan teratur lagi mudah, sebab semuanya telah dirancang dengan baik. kan..


Norazura
0167235080 / 0192115642




Mungkin anda ada tip untuk pekerja yang hebat, sila... jom... kongsi-kongsikan.. 😍

No comments:

Post a Comment