Tuesday 3 December 2019

RPA Pemakanan - Cucur pisang yang sedap

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


RPA PEMAKANAN - Cucur Pisang yang sedap

Umur Kanak-Kanak /   :   3 - 4  Tahun / 10  orang
Bil :


Bidang Perkembangan/   :  Perkembangan  Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian (PSSEKR)
Pembelajaran :


Pengetahuan Sedia Ada :  

Kanak-Kanak sudah boleh mempamerkan rasa suka ketika dapat  kupas kulit dan makan buah pisang. – pisang emas (PSSEKR)


Objektif :


1.    Kanak-kanak boleh meluahkan rasa teruja ketika diberi beritahu khasiat buah pisang sambil berpeluang menyediakan cucur pisang (PSSEKR)
2.    Kanak-kanak boleh melenyekkan buah pisang di dalam mangkuk (PF)
3.  Kanak-kanak boleh membezakan warna kulit pisang ketika belum masak dan sudah masak. (PDPDP)

Tema  :  PEMAKANAN

Tajuk  :  Cucur pisang yang sedap

Tempat  :  Ruang Aktiviti

Bahan  :  
1.    Buah pisang belum masak ( warna hijau)
2.    Buah pisang telah masak ( warna kuning)
3.    Mangkuk besar
4.    Alat pelenyek pisang
5.    Tepung gandum
6.    Gula
7.   Air

Langkah-langkah Pelaksanaan :


1.    Kanak-kanak memakai apron dan bergerak ke ruang aktiviti.
2.  Sebelum aktiviti dijalankan, kanak-kanak diberitahu beberapa peraturan yang perlu diikuti sepanjang aktiviti. ( nyatakan peraturan yang sesuai)
3.  Semua kanak-kanak diberi buah pisang dan digalakkan kupas kulit pisang sendiri .Sambil kupas buah pisang untuk bancuhan cucur pisang, kanak-kanak digalakkan sebut kebaikan buah pisang, antaranya membantu proses penghadaman dengan lancar.
4. Pastikan kanak-kanak tahu kebaikan makan buah pisang, berikan pujian kepada kanak-kanak.
5.    Rangsang pengetahuan kanak-kanak secara berterusan.
6. Kanak-kanak dimaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari itu iaitu menyediakan cucur pisang dari jenis buah pisang yang sama dimakan oleh kanak-kanak ( sebaiknya buah pisang emas)
7. Minat dan kesungguhan kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti ini dirangsang supaya kanak-kanak dapat hasilkan cucur pisang hasil bancuhan sendiri.
8.  Bahan dan peralatan disediakan – pisang, tepung, air, gula dan bekas untuk melenyek dan menggaul bancuhan cucur pisang. Biarkan kanak-kanak meneroka bahan seketika.
9.    Minta kanak-kanak ikut satu persatu arahan langkah membancuh bahan untuk cucur pisang yang ditunjukkan (demo) oleh pendidik. Beri bimbingan kepada kanak-kanak.
10.Minta kanak-kanak kupas kulit pisang, masuk dalam bekas, lenyekkan pisang, masukkan tepung dan air serta sedikit gula. Minta kanak-kanak gaul bancuhan hingga sebati.
11.  Beri peluang kanak-kanak berterusan buat aktiviti ini sambil dibimbing oleh pendidik.
12. Akhir sekali, pendidik akan masak bancuhan cucur pisang tersebut dan dihidang untuk minuman petang bersama kanak-kanak.
13.  Pendidik minta kanak-kana sama-sama bantu mengemas ruang aktiviti dan ucapkan terima kasih.


Pemerhatian :

           1. Keselamatan
-       Pastikan ruang aktiviti selamat dan bebas dari bahan dan peralatan yang merbahaya.
-       Pastikan bahan yang digunakan tidak merbahaya

 2.   Kebersihan
-       Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti
-       Pastikan kanak-kanak memakai apron

  3.  Kesihatan
Pastikan kanak-kanak sihat semasa menjalankan aktiviti ini


************************


Hi dan Salam Sejahtera semua. Dikongsikan contoh RPA  @ Rancangan Pelaksanaan Aktiviti di TASKA yang berkait dengan pemakanan.  Boleh rujuk  di sini dan bolehlah cuba jalankan dengan kanak-kanak.

Nak kan banyak lagi contoh RPA.
Boleh rujuk dalam ebook RPA ini.




Nak kan RPA bagi tema yang lain.

JOM dapatkan dari saya !







Jom, nak dapatkan koleksi aktiviti RPA dan SOP di TASKA, sila hubungi saya.


Perlukah RPA - Rancangan Pelaksanaan Aktiviti ini?
Ya, sangat perlu bagi anda jika anda merupakan seorang pendidik di TASKA. Dengan mempunyai RPA yang terancang, aktiviti bersama kanak-kanak tentunya dalam dilaksanakan dengan teratur lagi mudah, sebab semuanya telah dirancang dengan baik. kan..


Norazura
0167235080 / 0192115642












1 comment: