Tuesday 10 March 2020

RPA PEMAKANAN


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Kanak-kanak dan pemakanan, tentu akan ada pemasalahannya serta kerenah yang timbul. Pengasuh di TASKA misalnya mendapati kanak-kanak mempunyai pelbagai ragam@kerenah apabila tiba sahaja makan makan. Ada yang tidak suka makanan berkhasiat dan sukar untuk diajak makan. Jadi, antra caranya..., cuba pengasuh buat aktiviti yang menarik bagi menggalakkan kanak-kanak untuk suka makan. 

Ok, disediakan contoh RPA untuk aktiviti berkaitan pemakanan. Cubalah...

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) - PEMAKANAN 
Nama Pendidik

Minggu :

Hari / Tarikh :

Masa :

Umur Kanak-Kanak /
Bil :
2/3 Tahun / 5 orang
Bidang Perkembangan/
Pembelajaran :

Perkembangan  Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal (PBKLA))
Pengetahuan Sedia Ada :
Kanak-Kanak sudah boleh faham dan sebut bahawa sayur elok untuk dimakan. (PBKLA)
Objektif
1. Kanak-kanak boleh bercerita tentang kebaikan makan sayur bayam iaitu baik untuk dapatkan mata yang sihat. (PBKLA)
2.   Kanak-kanak boleh bekerjasama membuat aktiviti dalam kumpulan (PSSKR)
3.  Kanak-kanak boleh meleraikan daun dan batang sayur bayam (PF)
Tema :
PEMAKANAN
Tajuk :
Sedapnya  sayur bayam in!
Tempat  / ruang aktiviti
Ruang aktiviti  TASKA
Bahan :

1.   Satu ikat sayur bayam – bayam hijau atau bayam merah
2.    Besen @ Tapis
3. Lukisan gambar mata besar yang cantik( lukis atas kertas lukisan @ A4 )
4.    Kertas A 4 kosong
5.    Pen Marker - hitam

Langkah-langkah Pelaksanaan
1.  Minta kanak-kanak ke ruang aktiviti dan ucapkan salam pengenalan kepada kanak-kanak
2.  Kanak-kanak diminta cuci tangan terlebih dahulu dan dibahagi dalam 2 kumpulan kecil.
3.  Aktiviti dimulakan dengan kanak-kanak ditanyakan soalan,

“ Siapa suka makan sayur?”
“ Siapa tahu sayur memang elok untuk dimakan?”

4. Kanak-kanak dirangsang dan dipastikan boleh sebut bahawa sayur baik untuk dimakan.
5. Seterusnya kanak-kanak mendengar cerita daripada pendidik tentang sayur bayam dan antara khasiat sayur bayam iaitu untuk menjadikan mata kanak-kanak cantik dan bersinar.
6. Minta kanak-kanak bulatkan matanya menandakan matanya sihat dan kuat sambal kanak-kanak memegang gambar sepasang mata yang besar dan bersinar.
7.   Pastikan kanak-kanak faham dan tahu kebaikan makan sayur bayam dan minta kanak-kanak bercerita semula tentang kebaikan makan sayur bayam tersebut.
8. Galakkan kanak-kanak terus bercerita dan rangsang perbualan antara mereka.
9. Ucapkan tahniah jika kanak-kanak menampakkan kefahaman tentang khasiat sayur bayam tersebut.
10.  Sekiranya didapati ada kanak-kanak yang masih kurang jelas lagi, ceritakan dengan cara yang lebih mudah.
11.  Seikat sayur bayam diletakkan di hadapan kanak-kanak dan galak kanak-kanak ikut demo pendidik leraikan daun sayur bayam satu persatu dan patahkan batangnya lebih kecil.
12. Galak dan rangsang serta bantu kanak-kanak buat aktiviti ini sambil buat bersamanya.
13.  Kanak-kanak diminta masukkan daun dan batang sayur bayam ke dalam besen@tapis.
14.  Kanak-kanak diberitahu bahawa sayur bayam ini akan dibasuh dan dimasak serta boleh makan bersama nanti.
15.  Galak lagi kanak-kanak lukis gambar matasihat yang diingininya di atas kertas yang diberi.
16.  Selesai aktiviti, pendidik mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak dan ajak kemas bersama-sama
17.  Jangan lupa, cuci tangan.

Pemerhatian:

1.    Keselamatan
-       Pastikan ruang aktiviti selamat dan bebas dari bahan dan peralatan yang merbahaya.
-       Pastikan bahan-bahan yang digunakan tidak merbahaya
-       Pastikan kanak-kanak diajar memakai apron

2.    Kebersihan
-       Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
-       Pastikan tempat aktiviti dikemaskan selepas selesai aktiviti.

3.    Kesihatan
-       Pastikan kanak-kanak sihat semasa menjalankan aktiviti ini.




RPA
Nama Pendidik

Minggu :

Hari / Tarikh :

Masa :

Umur Kanak-Kanak /
Bil :
3 - 4  Tahun / 10 orang
Bidang Perkembangan/
Pembelajaran :

Perkembangan  Awal Matematik dan Pemikiran Logik(PAMPL)
Pengetahuan Sedia Ada :

Kanak-kanak sudah boleh berfikir untuk  membezakan makanan yang baik dan yang kurang baik (PAMPL)
Objektif
1.    Kanak-kanak boleh berfikir tentang kesan jika makan makanan tidak sihat – ‘Junk Food’ (PAMPL)
2.    Kanak-kanak  boleh bercerita tentang makanan yang baik (PBKLA)
3.    Kanak-kanak  boleh menampal peket makanan segera pada kertas. (PF)
Tema :
PEMAKANAN
Tajuk :
Jangan makan ‘Junk Food’
Tempat  / ruang aktiviti
Ruang aktiviti  TASKA
Baha
1.    Pamplet bahan makanan yang dijual di pasaraya.
2.    Gunting
3.    Gam
4.    Kertas Mahjong

Langkah-langkah Pelaksanaan

1.    Kanak-kanak duduk di ruang aktiviti dalam kumpulan besar.
2.    Aktiviti dimulakan dengan ucapan selamat dan perbualan pagi antara kanak-kanak dan pendidik.
3.    Minta kanak-kanak cerita apa yang dia suka makan dan sejauh mana dia tahu makanan yang baik dan kurang baik untuk di makan. Pastikan kanak-kanak tahu bezanya.
4.    Kanak-kanak diajak sama-sama berfikir apakah kesan makanan yang tidak baik kepada kesihatannya. Galak kanak-kanak berbual bersama dan rangsang kanak-kanak berfikir mengenainya.

5.    Minta kanak-kanak sebut antara kesan makanan kurang baik kepada kesihatan misalnya melemahkan fungsi berfikir, menyebabkan sakit perut atau sukar hadam.
6.    Beri pujian jika kanak-kanak nampak telah faham sebaliknya terus beri bimbingan jika kanak-kanak masih kurang jelas.
7.    Keluarkan pamplet yang diperolehi dari pasaraya dan rujuk di bahagian yang ada gambar pelbagai makanan yang dijual di pasaraya samada makanan segar atau diproses.
8.    Minta kanak-kanak tunuk dan berbual sekali lagi mengenai beza makanan yang baik dan kurang baik.
9.    Ingatkan kanak-kanak semula tentang kesan makanan kurang baik seperti ‘ junk food’ dan makanan yang diproses.
10.  Seterusnya kanak-kanak diminta gunting gambar makanan yang baik dan kurang baik dan ditampal di dua bahagian dalam kertas mahjong yang berbeza – Ruang makanan baik, ruang makanan kurang baik.
11.  Tunjukkan demo, beri bimbingan dan bantu kanak-kanak.
12.  Biarkan kanak-kanak teruskan aktika dan bila aktiviti siap, uji sekali lagi kefahaman kanak-kanak.
13.  Selesai aktiviti, pendidik mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak dan minta kanak-kanak bantu mengemas ruang aktiviti.

Pemerhatian:
1.    Keselamatan
-       Pastikan ruang aktiviti selamat dan bebas dari bahan dan peralatan yang merbahaya.
-       Pastikan bahan-bahan yang digunakan  adalah selamat, sesuai dan tidak merbahaya

2.    Kebersihan
-       Pastikan kanak-kanak mencuci tangan selepas aktiviti.
-       Pastikan tempat aktiviti dikemaskan selepas selesai aktiviti.

3.    Kesihatan
-       Pastikan kanak-kanak sihat semasa menjalankan aktiviti ini.


Refleksi
1.    Kanak-kanak

2.    Pengasuh




Cadangan
1.    Kanak-kanak


  1. Pengasuh







Anda nak dapatkan lebih banyak RPA lagi? Hubungi saya Norazura 0167235080




Anda boleh hubungi saya:



Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
https://www.facebook.com/nor.azura.39794

*******************************************


Produk EBOOK, Buku & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.


Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA


EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy@ Words softcopy)


1. Ebook 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak





2. Ebook Panduan Perniagaan TASKA





3. Ebook Rancangan Pelaksanaan Aktiviti TASKA (RPA)

RM60


Koleksi Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) yang wajb disediakan oleh semua pengasuh@pendidik di TASKA.  TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai pelbagai  tema sebagai asas bagi pelaksanaan aktiviti kanak-kanak di TASKA.



4. PERKHIDMATAN 

 i. Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA 
ii. Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan TASKA TADIKA


5. Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA


6. Bimbingan Persijilan Kemahiran Malaysia

Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 



** Gambar : Hanya sebagai contoh sahaja


7. EBOOK Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA 

Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian ( sebelum, semasa, selepas) kanak-kanak di TASKA

RM 20


8. BUKU ASIHAN KEMAHIRAN ASUHAN KANAK-KANAK



DAN

Anda boleh terus tempah EBOOK, BUKU dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com

1 comment:

  1. ok..saya berminat nak tahu sijil kemahiran malaysia

    ReplyDelete