Monday 18 May 2020

CIRI-CIRI USAHAWAN TASKA


2.9.1                                                    Teks : Nor AzuraIsmail

p
                          Apakah antara ciri-ciri yang perlu ada pada bakal seorang usahawan TASKA?

i.       Minat - Seseorang yang  memang  minat dengan industri pengasuhan dan  pendidikan        awal kanak-kanak
ii.    Sayangkan kanak-kanak – Individu ini memang sayang dengan kanak-kanak  lebih lebih lagi bayi,  tidak kira anak  sendiri atau anak orang lain. Individu ini memang seorang yang sentiasa ceria dan kelihatan gembira dan anda boleh bermain dengan kanak-kanak.
iii. Mempunyai ilmu pengasuhan. - Yang ini sesuatu yang paling penting iaitu  ilmu pengasuhan yang perlu tahu dan perlu pelu dilaksanakan mengikut SOP, antaranya seperti berikut;

·         Mengasuh rutin harian bayi
·         Mengasuh rutin harian  kanak-kanak
·         Menyediakan makanan dan memberi makan kepada kanak-kanak
·         Menidurkan bayi dan kanak-kanak
·         Memahami kerenah dan tingkahlaku kanak-kanak
·         Menjalankan aktiviti dengan kanak-kanak

iv.    Telah mengikuti Kursus Asas Asuhan kanak-kanak (KAAK) atau telah/sedang mengikuti Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA

Seorang bakal usahawan TASKA perlu @.sedang  mengikuti kursus di atas. Kursus di atas merupakan kursus yang wajib di hadiri oleh sesiapa yang ingin mengusahakan TASKA atau sesiapa sahaja yang bekerja di TASKA.  Selain dari itu seorang usahawan TASKA juga sangat digalakkan mengikuti pelbagai kursus yang berkaitan untuk memahirkan lagi diri.

v.                  Tabah dan cekal
Mengapa perlu tabah dan cekal dalam menjalankan perniagaan TASKA ini? Ini adalah kerana dalam perniagaan TASKA ini, ibu bapa kepada kanak-kanak yang dihantar ke TASKA anda merupakan pelanggan anda.  Bukan semua kemahuan pelanggan boleh anda penuhi dalam satu-satu masa. Oleh itu sekali lagi anda perlu ada ilmu bagaimana untuk berhubung dan bekomunikasi dengan ibubapa.


Ibu bapa hari ini sangat cerewet dan mempunyai pelbagai kerenah dan ragam. Pengusaha TASKA mesti menjadikan dirinya  sebagai seorang yang professional dan mempunyai ilmu pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang lebih tinggi dari ibu bapa. Dengan demikian walau  apapun status dan pangkat ibu bapa tersebut mereka akan sentiasa menghormati anda serta memandang tinggi pada ilmu pengusaha. Walau bagaimana sekali pun komplen atau aduan dari ibu bapa, pengusaha TASKA  harus cekal dan tabah menghadapinya, jangan jadi usahawan yang cepat putus asa dek kerana kerenah ibubapa yang tidak menentu.

vii.                       Sentiasa kreatif dan mempunyai kepelbagaian idea
Seorang pengusaha TASKA yang mengusahakan perniagaan TASKA sendiri, jadi  perlu jauh lebih kreatif dan mempunyai pelbagai idea berbanding pengasuh@pendidik di TASKAnya.  Misalnya perlu kreatif dalam;

·         Dalam menceriakan persekitaran TASKA
·         Idea pelaksanaan aktiviti yang menarik
·         Mempelbagaikan peralatan permainan dan peralatan pembelajaran
·         Merancang program bersama kanak-kanak dan ibubapa yang menarik
·         Kreatif dan sabar dalam memahami kanak-kanak

viii.          Ada matlamat jangka pendek dan jangka panjang
Setiap pengusaha TASKA perlu mempunyai matlamat untuk memperbaiki serta meningkatkan lagi kualiti TASKA yang  sedang diusahakan seterusnya membuka lagi cawangan TASKA. Dengan meletakkan matlamat, pengusaha TASKA  pasti akan berusaha untuk mendapatkannya.


viv       Mempunyai modal permulaan  yang mencukupi
Akhir  sekali jika seseorang bakal usahawan memang bercadang untuk mengusahakan TASKA dia perlu ada modal yang mencukupi. 

Nak cuba menceburi industri bisnes TASKA, jom dapatkan ebook-ebook saya ini.
Whatsapp 0167235080.

SAYA BERMINAT DENGAN EBOOK TASKA






RM 20




No comments:

Post a Comment