Monday 18 May 2020

PASARAN BISNES TASKA



Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

PASARAN BISNES TASKA
Mengapa TASKA sentiasa mempunyai pasaran?
Apa yang perlu ditinjau sebelum memilih memulakan bisnes TASKA?




Dewasa ini, kedua ibu bapa perlu keluar bekerja bagi mencari rezeki pendapatan yang mencukupi untuk menyempurnakan ekonomi rumahtangga.  Maka, sepeninggalan kedua ibu bapa keluar bekerja, siapakah  yang akan menjaga anak?  Di atas persoalan itulah, maka perniagaan TASKA adalah antara perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh kedua ibu bapa yang bekerja.  Di sinilah munculnya peluang kepada usahawan yang berminat untuk memulakan perniagaan TASKA ini. Peluang yang ada ini perlu diisi segera tetapi bukan hanya membuka TASKA membuta tuli tanpa mengikut prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan. Sebaliknya seorang bakal usahawan TASKA perlulah mempunyai ilmu dan kemahiran yang secukupnya sebelum memulakan perniagaan TASKA ini. Perlu diingat perniagaan TASKA berlainan dari perniagaan biasa yang lain kerana produk perniagaan ini bukan barangan tetapi adalah nyawa kanak-kanak. Perniagaan TASKA memerlukan komitmen, keikhlasan dan rasa kebertanggungjawapan terhapap diri kanak-kanak dan dunia persekitarannya.  Perkara paling utama sebelum memulakan perniagaan TASKA ialah mengenalpasti kebolehpasaran sesebuah perniagaan TASKA itu.


            Mengikut Akta TASKA 1984, TASKA didefinisikan sebagai mana-mana premis yang menjaga kanak-kanak di bawah umur 4 tahun melebihi empat orang dalam satu-satu masa dan menerima upah dari jagaan tersebut.  Tinjauan pasaran mendapati begitu banyak TASKA ditubuhkan tanpa mengira waktu. TASKA tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Sesiapa sahaja boleh menubuhkan TASKA samada dia tahu atau tidak peraturan dan syarat penubuhan TASKA di Malaysia dan perkara-perkara yang perlu difikirkan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan memulakan perniagaan TASKA ini. 


            Seperti yang dinyatakan tadi, antara perkara penting yang perlu dikaji dan difikirkan ialah kebolehanpasaran TASKA di sesuatu lokasi yang telah dipilih.  Pemilihan lokasi perlu sesuai dengan keadaan permintaan di sesuatu tempat termasuklah aspek-aspek lain yang berkaitan.  Individu yang berhasrat untuk menubuhkan TASKA mesti memastikan lokasi premis TASKA berupaya menjadikan perniagaan mereka boleh beroperasi di paras keuntungan yang sepatutnya.  Tinjauan sebelum ini, melihat ada juga TASKA yang tidak bertahan lama di pasaran antaranya disebabkan kurang bilangan kanak-kanak. Tentunya TASKA tidak mampu untuk menampung segala kos bulasan disebabkan masalah tersebut.  Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa perancangan pemasaran yang melibatkan aspek pasaran, persaingan, analisis sasaran dan strategi pemasaran  penting diambilkira sebelum memulakan perniagaan TASKA.


Pasaran ialah mengambil kira faktor sasaran pelanggan dan permintaan pasaran iaitu keperluan ibu bapa dalam memberi pendidikan dan penjagaan awal kepada anak-anak mereka. Persaingan melibatkan saingan daripada TASKA lain seperti lokasi penubuhan. Adakah lokasi tersebut sudah mempunyai banyak TASKA? Dengan itu, Analisis Pasaran sangat perlu kerana untuk membuat perbandingan antara satu sama lain. Oleh itu TASKA yang ditubuhkan mestilah mempunyai kelebihan dan kemudahan yang lebih baik daripada TASKA yang sedia ada. Strategi Pemasaran melibatkan kaedah mempromosikan TASKA seperti melalui laman sesawang, banner, brosur, iklan dan sebagainya.


Nak dapatkan EBOOk Panduan Perniagaan TASKA, whatsapp saya di 0167235080 atau sila emel kepada saya.

SAYA INGIN MENDAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN TASKA. 

Anda boleh hubungi saya:



Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
https://www.facebook.com/nor.azura.39794

*******************************************


Produk EBOOK, Buku & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.


Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA


EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy@ Words softcopy)


1. Ebook 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak





2. Ebook Panduan Perniagaan TASKA





3. Ebook Rancangan Pelaksanaan Aktiviti TASKA (RPA)

RM60


Koleksi Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) yang wajb disediakan oleh semua pengasuh@pendidik di TASKA.  TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai pelbagai  tema sebagai asas bagi pelaksanaan aktiviti kanak-kanak di TASKA.



4. PERKHIDMATAN 

 i. Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA 
ii. Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan TASKA TADIKA


5. Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA


6. Bimbingan Persijilan Kemahiran Malaysia

Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 



** Gambar : Hanya sebagai contoh sahaja


7. EBOOK Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA 

Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian ( sebelum, semasa, selepas) kanak-kanak di TASKA

RM 20


8. BUKU ASIHAN KEMAHIRAN ASUHAN KANAK-KANAK



DAN

Anda boleh terus tempah EBOOK, BUKU dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com


No comments:

Post a Comment