Tuesday, 2 February 2021

Anak suka melawan cakap?


Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Anak Yang Jarang Melawan Cakap Biasanya Sebab,

✅ Mak ayah selalu bagi mereka cakap sampai habis tanpa mencelah

✅ Dia tak rasa terpaksa dan jarang di desak buat sesuatu yang dia tak suka

✅ Autoriti mak ayah tinggi, jadi semua yang mak ayah cakap dia percaya sepenuhnya

✅ Dia tak pernah melihat mak ayahnya bertengkar atau bergaduh secara verbal

Tunjuk yang baik baik, anak pun jadi baik baik. InsyaAllah.

#PositiveParentingFhais



Saya terjumpa di fb saya , catatan pendek di atas yang telah dikongsikan oleh #PositiveParentingFhais, lalu saya pun bersetuju dengan semua tip  yang dikongsikan.


Saya juga mempunyai pandangan sendiri tentang anak yang jarang atau tidak melawan cakap. Sebenarnya didikan ini mesti bermula sedari awal usia anak lagi. Ketika anak diawal usia, betul kita boleh menjadi pendengar kepada permintaan atau cadangan anak. Biarkan mereka memberi pandangan atau berkata sesuatu yang mereka ingini. Tapi sangat penting juga untuk kita bertegas kena pada tempatnya.

Misalnya anak nak beli sesuatu atau anak beri pandangan idea tentang sesuatu, bukan semestinya kita kena ikut 100%. Tengok pada logik dan kesesuaian pembelian atau apa yang diminta itu. Jika memang tak perlu, tak sesuai dibeli, tak sesuai diikuti,  tidaklah perlu turuti kehendak anak. Katakan tidak dan beritahu sebabnya supaya anak faham. Kena didik juga anak ikut keputusan kita namun keputusan kita juga biarlah wajar. Ajar anak menghormati juga idea dan pandangan kita dengan sesekali ajak bincnag mengapa sesuatu keputusan itu diambil. Insyallah dengan cara ini, anak tidak akan melawan cakap kita.


Anak yang melawan cakap ibu bapa kita, hakikatnya ketika kecil perangai ini tidak nampak ketara. Jika ada pun, ibu bapa akan mengganggap sebagai gurauan dari anak sahaja. namun jika tiada langkah  bimbingan dan didikan awal yang perlu, jangan terkejut , kita tiba-tiba rasa dalam anak membesar ( di peringkat sekolah rendah tu) dia telah mula pandai melawan cakap ibu bapanya. Apatah lagi jika sudah di peringkat sekolah menengah.


Antara lain sebab anak melawan cakap ibu bapa ialah kerana sangat dimanjakan dari awal. Jarang kita nak kata 'No;, jarang ibu bapa menegur jika salah, justeru bila kian besar, sesekali ibu bapa kata ; No; , sesekali ibu bapa menegur, anak pun mula menjawab menenking lalu melawan cakap.


Betul, didik anak kena ikut zamannya. Anak zaman teknologi, maka perlu didik ikut teknologi dan viral zaman ini. Namun, tidak semua yang viral dan berteknologi itu sesuai dalam pembentukan sikap, akhlak dan peribadi anak. maka, timbang-timbangkan lah apa yang terbaik untuk anak.

Anak-anak kita bukan sekadar perlukan keperluan dalam hidup ini, bahkan hak mereka adalah untuk diberi bimbingan dan didikan yang terbaik dari kedua ibu bapanya agar kelak bila dewasa mereka menjadi anak yang sentiasa menghormati serta memandang tinggi kepada kedua ibu bapa. melawan cakap, tiada di kamus kamus otak mereka.


NOR AZURA
TRAINER & FASILITATOR ECCE

No comments:

Post a Comment