Saturday 13 February 2021

Didik Anak dari awal usia....

Beberapa tip didik anak dari seawal usia.. 

1. Berkata benar, justeru jangan selalu kita ibu bapa atau pengasuh berkata tidak benar dan tidak tepati janji yang dibuat kepada kanak-kanak itu.
Jangan cakap dengan anak..

Nanti cikgu belikan..
Nanti ibu bawak pergi jalan-jalan..

Nanti itu..
Nanti ini..
Tapi tidak kita tunaikan.

Kita sedang mendidik anak menjadi pembohong.
AWAS! anak ingat....

2. Menghormati orang lain - Ajar anak bercakap dengan baik dan sopan dengan orang lain. Ajar mereka bersalam dan tunjuk rasa hormat kepada orang lebih tua. Didik mereka boleh dengar kata, boleh ditegur dan boleh cakap yang baik-baik. Sentiasa menyantuni orang sekelilignya.

AWAS..!! Kita sebagai role modelnya. 

3. Berdikari - Anak boleh buat sendiri urusan rutin diri tanpa minta orang lain uruskan apabila sampai tahap kebolehannya begitu. Misalnya anak boleh makan, minum, mandi dan pakai baju sendiri.

Biarkan dia buat sendiri dan belajar berdikari. Kalau ibu bapa atau cikgu yang buatkan semua, anak tidak akan pandai urus diri dan naik lemak.

Sampai dah masuk sekolah pun, ibu yang cuci kasut sekolah anak?

AWAS... Tanpa disedari kita sedang didik mereka melihat kita sebagai kulinya. 

4. Bersyukur dan berpada apa yang ada. Jangan biar anak memberontak jika tidak dapat sesuatu.  Wajib ajar anak berpada dengan apa yang ada dan tidak dimewah-mewahkan.
Zahirkan kesyukuran. 

Bukan semua yang anak nak perlu ditunaikan.

Kalau asyik bagi muka jer, bilalah dia nak belajar hidup bersederhana.
Dia tentu kelak akan memberontak bila keinginannya tidak dipenuhi. 

Bukan selamanya pun ibu bapa akan menanggung anak. 

5. Berkasih sayang dengan sesiapa disekelilingnya.
Sayang ibu..
Sayang ayah..
Sayang adik beradik..
Sayang semua orang.

Kerana nilai kasih sayang yang dipupuk itu terlalu berharga. 

InsyAllah.. 

Lets do all these....

Catatan,
#Norazura
Trainer and Fasilitator ECCE
HRDF Trainer
Jurulatih dan Personel Kemahiran

No comments:

Post a Comment