Thursday 6 May 2021

CARA BERCAKAP DENGAN ANAK

 

Oleh : Nor Azura Ismail

pnnorazuraismail@gmail.com


CARA BERCAKAP DENGAN ANAK

Saya kongsikan dengan anda semua samada ibu bapa maupun pendidik di TASKA, TADIKA atau sekolah.

Pastikan....
Bila bercakap dengan kanak-kanak kita tunduk separas dengan ketinggian anak dan pandang mata dia. Bercakaplah sambil bertentangan mata yer. Mata itu akan segera beri maklumat terus ke otak dengan lebih efektif.

Dari mata turun ke hati, gitu kata orang.

Jangan bercakap dengan kanak-kanak, tapi mata ke lain. Sila guna bahasa visual@bahasa gambaran ketika bercakap dengan anak.

Contoh;
Nampak tak....
Boleh tengok tak....
Lihat....
Pandang.....

Beri gambaran kepada kanak kanak. Apa sahaja maklumat atau arahan kepada kanak-kanak, pastikan ia disampaikan dalam bentuk visual@gambar/gambaran. Kanak-kanak sebenarnya akan lebih cepat dapat dan faham arahan serta kata- kata kita yang disampaikan melalui visual.


Jadi.. tak perlulah kita menjerit-jerit atau berkali-kali beri arahan atau sampaikan sesuatu perkara kepada kanak-kanak. Gunakan pendekatan visual yer.
Kurangkan stress kita..

Jom kita cuba...
Kita mampu mengubahnya.

No comments:

Post a Comment