Thursday 6 May 2021

JANGAN guna perkataan 'JANGAN' terhadap anak.

Oleh : Nor Azura Ismail

pnnorazuraismail@gmail.com


 JANGAN guna perkataan 'JANGAN' terhadap anak.


Biasanya kita ibu bapa dan cikgu-cikgu suka berkata@beri arahan kepada kanak-kanak kecil...

Jangan lari......
Jangan panjat....
Jangan itu.....
Jangan ini.....

Dan tahukah anda bahawa kanak-kanak kecil ini tidak akan 'recap' atau faham perkataan 'Jangan' tersebut.
Sebab tu.....

Anak terus lari juga...
Anak terus panjat juga..
Anak terus itu ini walaupun penat kita terjerit-jerit
Asyik kata jangan....jangan...
Sudahnya kita yang letih..
Kita yang nak marah..
Betul kan...

Sebenarnya anak-anak faham dan cepat belajar@ikut sesuatu melalui visual atau apa yang dia boleh gambarkan atau lihat. Anak - anak tidak boleh menggambarkan perkataan 'Jangan' sebab tiada gambaran perkataan 'jangan' tersebut di dalam otak mereka. Mereka hanya dapat gambarkan lari... panjat.. dan apa sahaja yang mudah digambarkan di dalam otak mereka secara spontan.
Otak anak akan lebih cepat adapt sesuatu melalui gambar atau apa yang boleh digambarkan atau lihat.
Faham?


So.., apa yang boleh kita buat, bagaimana nak beri arahan kepada anak?

Kita kena tukar cara..., tukar penggunaan ayat atau tunjukkan sesuatu melalui perbuatan kita sendiri.
Ibu bapa.. Cikgu - cikgu TASKA TADIKA, bolehlah ubah penggunaan ayat anda.
Daripada anda gunakan perkataan 'Jangan..'
Sila tukar kepada ayat begini, contohnya....
Jangan lari....
Tukar kepada....
Duduk kat sini sekejap
Jangan panjat....
Tukar kepada....
Turun ke sini dulu....
Dan seumpamnya lah.. 😅
Ok....
Marilah kita bersama mengubahnya.




No comments:

Post a Comment