Wednesday, 17 April 2019

Saya Jurulatih Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Saya seorang Jurulatih pendidikan awal kanak-kanak.
Ada warga dari Larkin, Johor berbesar hati menjemput saya untuk memberi sedikit ilmu bimbingan kepada pekerjanya, para pendidik di sebuah premis pendidikan awal kanak-kanak.
Katanya..
Entah.., seolah sukar sangat nak mengekalkan keberadaan hati dan jiwa setiap pendidik ketika mengasuh dan mendidik anak-anak awal usia ini. Katanya lebih susah juga nak memastikan pendidik kekal bekerja lama di premisnya. Di mana silapnya?


"Tolonglah saya puan, ... beri sedikit bimbingan dan ingatan buat mereka," mungkin begitulah luahan kata hatinya kepada saya.


Selama kami berbual-bual, akhirnya dia turut mengaku bahawa premis pendidikan awal milik keluarganya itu, walau telah bertahun beroperasi, mungkin masih sedikit gagal dalam mengendali pengurusan pekerja secara berkesan.
Ahh.. Saya tidak bertanya, tapi panjang lebar pula ceria dan keluhannya.
Bukan mudah nak memastikan pekerja di sebuah premis pendidikan awal kanak-kanak samada TASKA TADIKA dan seumpamanya diuruskan dengan baik lagi berhemah.

Mungkin ada kalanya yang bekerja hanya menjadikan TASKA TADIKA sebagai sandaran sementara mendapatkan pekerjaan yang lain. Mungkin mereka kurang berminat dengan kanak-kanak. Namun, saya yakin.. minat dan kemahuan serta kesungguhan boleh dipupuk jika kena caranya.

Apa kata... pengusaha atau pengurus pendidikan awal kanak-kanak ini mulakan dulu dengan menjaga kebajikan pekerja sebaiknya.
Cuba kita perbetulkan pengurusan kita dari sudut pandangan pekerja pula.
Apa yang mereka nak kita sebagai majikan buat?

Saya terkejut juga, apabila terus terang si pengurus tadi memakumkan kepada saya bahawa pendapatan bersih di premisnya yang mempunyai lebih dari 100 kanak-kanak ialah 10k dengan seramai 15 orang pekerja. Banyak tu kan.😊
 A good business too..
He.. He.. Kebetulan spontan terkeluar gurauan kata dari saya..
Wahhh.. .. Boleh senanglah juga buat bisnes ini walhal si pengusaha sudah jaranglah muncul kelibatnya.
Lalu kini...
Siapakah yang bertungkus lumus mengendalikan kanak-kanak kalau bukan para pekerja kita.

Lalu.. Mohon..

Please share the cake togeher..
InsyAllah adalah rezeki kita untuk dapat pekerja terbaik nanti.
Kut.. dapat pekerja yang memeningkan kepala tu.. Ia satu ujianlah untuk majikan.
Ingat...rezeki bukan hanya keuntungan bisnes semata.
TASKA TADIKA dapat dikendalikan secara berhemah dengan pekerja yang terampil pun satu rezeki juga.


Justeru..
Bagilah mereka gaji yang sesuai dengan penat lelah mereka. Sesekali kongsikan kegembiraan dari keuntungan bisnes kita, bagilah bonus bila perlu. Bawalah staff jalan-jalan makan angin luar sesekali. 
Mungkin,  bila tiba tarikh birthday nya, tak susah pun.. bagilah hadiah tanda ingatan mesra.
Ni tak...asyik pekerja jer yang nak fikirkan hadiah apa nak kena bagi kat boss bila tiba birthday boss.

Makanya juga, nak pekerja yang terampil.. ringan-ringan lah berkongsi ilmu dan kemahiran dengan staff kita. Cuba buat program atau kursus secara in house. Hah.. jika ada rezeki, hantar jer mereka ikut kursus di luar.
Dah hantar kursus, jika mereka berhenti kerja. macamana pula?
Hmmm....memang susah nak jamin yang ini.
Makanya...
Kalau kita yang hantar guna duit kita, di mana-mana pun jika segala ilmu yang mereka perolehi diamalkan, insyAllah adalah bahagian ganjaran buat kita.
Anggaplah ia satu sedekah buat bekas pekerja kita.
Doa memdoakan yang terbaik, itu yang lebih utama.


Hakikatnya..
Pekerja sebagai tulang belakang sesebuah bisnes, merekalah yang banyak bantu kendali operasi kerja di premis bisnes, majikan pula tolonglah fikir-fikirkan kebajikan staff tersebut seadanya.

Please give and take together.
Terima kasih kepada yang menjemput saya.
Ok, orang Larkin..
Tunggu saya datang yer..
'Profesionalisme pendidik awal kanak-kanak.'
Catatan,
#Norazura
Trainer and Fasilitator
Personel kemahiran
Gambar sekadar hiasan..
Image may contain: 8 people, people smiling, people sitting, people eating, table, indoor and food


Ada yang nak menjemput saya memberikan perkongsian dan bimbingan kepada staff TASKA TADIKA. Hubungi saya melalui emel. 


Hargai isteri anda

Oleh : Nor Azura ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Secebis kisah dalam kehidupan manusia...,


Hari tu...
Ketika singgah di RnR Gunung Semanggol, Perak, waktu tu on the way balik dari Penang ke rumah.
Saya duduk betul-betul berdekatan dengan kiosk menjual kuih melayu traditional, antaranya kuih seperti kuih ketayap yang digoreng panas. Ramai pengunjung RnR nampaknya teruja meminati kuih itu. Saya lihat, ramai jugalah yang singgah membeli.


Sedang asyik memandang kosong (sebenarnya tengah tunggu anak-anak dan boss selesai solat)
Tetiba lalu sepasang suami isteri yang agak - agak berumur dalam 60an. Perbualan spontan mereka tatkala lalu di Kiosk itu, sampai ke telinga saya tanpa diminta.

Terlihat si isteri cuit bahu si suami sambil mulutnya berkata, "sedap.. nak beli ketayap ni sambil jari tangannya menunjuk ke arah kuih itu.
Sambil keduanya dalam posisi sedang berjalan melepasi kiosk itu, si suami menjeling spontan seraya berkata,
" Hah.. Tak payah beli ketayap tu..
Buat apa beli, bila-bila masa pun boleh beli nanti.
Tanpa berhenti di situ, keduanya terus berlalu.
Saya sempat melihat raut wajah si isteri dengan pandangan kosong.


Tidak mahu untuk saya menilai perasaan si isteri hanya kerana perkara kecil seperti itu. Tapi, jika di lihat dari kotak wajah seorang isteri yang mungkin tiada pendapatan sendiri, laksana anak kecil, dia meminta kerana teringin. Sayang sekali kehendaknya tidak mendapat perhatian suami yang dicintainya.

Bahasa badan dan bahasa lisan isteri dan suami sangatlah berbeza.

Suami jarang mahu cuba menghayati setiap bahasa badan dan bahasa lisan seorang isteri. Bak kata seorang pakar motivasi, lelaki memang jenis tidak reti menunjukkan penghargaan. Mereka mendengar sesuatu secara terus tanpa menilai maksud yang lebih mendalam disebaliknya.
Manakala isteri..
Setiap respon jawapan dari suami itu..., dia membacanya dari emosi hati seorang wanita.


Hmmmm.. dalam kisah beli membeli keinginan sendiri ni....
Alahaii....
Sebab itu, saya suka para isteri mempunyai pendapatan duit poket sendiri waimah secara kecil kecilan pun.
Kalau sekadar nak minta beli kuih yang harganya tak seberapa tu pun, suami berkira.. tak nak turuti, apatah lagi jika isteri berkeinginan nak minta itu, nak minta ini, yang mungkin sahaja ia barangan keperluan diri isteri, kan....
Kau rasa, boleh dapat?
Ehmmm.. kesian jika begini lah adanya...


Walhal, walaupun isteri itu tidak menjana pendapatan keluarga bersama, tetapi lupakah suami akan setiap pengorbanan pahit getir seorang isteri dalam memastikan kesejahteraan dalam sebuah bahtera rumahtangga.
Alaaa.... Kut minta beli kuih jer pun, apalah salahnya ditunaikan segera permintaan isteri, pasti akan meleret senyuman manis di wajahnya.

Hmmm...
Jomlah para isteri..
Dapatkan duit poket sendiri. Cer teropong-teropong bisnes apa yang boleh kita mulakan.
He.. He..
Macam-macam bisnes online yang ada, boleh buat dari rumah jer pun.
Hah....
Kut nak mula buat bisnes TASKA dari rumah, meh lah tanya pada saya.
Kan.....
Sambil jaga anak sendiri, jaga pula anak orang ikut prosedur dan jana pendapatan sendiri.
Kekadang, orang lelaki ni pun suka bini dia ada duit sendiri.
Tengoklah nanti...
Tatkala si isteri beroleh pendapatan sendiri, alahaiii.. Kut ramailah pula si suami yang mengambil kesempatan dan culas akan tanggungjawab.

Jangan begitu yer..
Ingat yer...
Nafkah isteri itu wajib diberi oleh suami walau dalam apa jua keadaan.
Jadi..
Kita suami isteri nak masuk syurga bersama kan..
Pastikan lah suam ingat selalu peranan dan amanah yang diakadnya dulu dari tangan ayah kepada isterinya kini.

Hakikatnya..
Wanita kini hebat..
Dia lah isteri di rumah..
Berkorban siang malam. tanpa henti..
Dia lah seorang ibu..
Berkorban nyawa melahir dan membesarkan zuriatnya..
Kekadang..
Dia juga turut menyumbang keringat, penat dan lelah.. Buat menambah pendapatan keluarga.
Semoga para suami menghargai isteri masing-masing.



Tuesday, 26 March 2019

KESELAMATAN KANAK-KANAK TASKA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Anak-anak merupakan aset negara yang sangat penting kerana kepada merekalah  harapan dan cita-cita negara di masa akan depan. Bakal kepada corak kepimpinan dan lakaran kejayaan negara di masa depan boleh dilihat melalui generasi kanak-kanak masakini.  Malangnya telah sering didengari dan dilaporkan kini, kanak-kanak kerap terdedah kepada pelbagai bahaya kerana kecuaian penjaga, menjadi mangsa penganiayaan dan turut diabaikan oleh ibu bapa sendiri. Hal ini juga turut dilihat berlaku di premis TASKA dimana kanak-kanak sepatutnya diasuh dan dididik dengan penuh kasih sayang dalam aspek persekitaran yang kondusif. Akta berkaitan kanak-kanak iaitu  Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016 adalah suatu akta yang menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan berkenaan dengannya.  Dengan kata lain, akta ini diwujudkan bagi memberi perlindungan dan menjaga keselamatan kanak-kanak. Berdasarkan akta  tersebut juga menunjukkan mereka yang mengambil tanggungjawab menjaga kanak-kanak perlu memastikan kanak-kanak selamat dari pelbagai aspek seperti kecuaian, penderaan dan juga pengabaian. keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama semua yang berada di persekitaran kanak-kanak diasuh atau dijaga. 


Kecuaian boleh berlaku samada di TASKA maupun di rumah apabila persekitaran yang disediakan untuk kanak-kanak tidak kondusif dari pelbagai aspek.  Maksudnya tempat di mana kanak-kanak bermain dan diasuh tidak selesa, tidak sesuai dan tidak mematuhi langkah-langkah keselamatan untuk kanak-kanak. Akibat kecuaian tersebut, kemalangan yang  mengakibatkan kecederaan boleh  berlaku terhadap kanak-kanak.   Selain dari itu, penderaan juga   boleh berlaku samada disedari atau tanpa disedari.  Penderaan yang berlaku dari rumah mungkin disebabkan pelbagai masalah yang wujud dalam keluarga kanak-kanak tersebut. 


Manakala penderaan turut berlaku secara fizikal maupun emosi di TASKA akibat kekurangan kesedaran di kalangan personel dalam TASKA. Hakikatnya,  penderaan berbentuk emosilah yang didapati banyak berlaku di TASKA tanpa disedari. Dari aspek pengabaian pula, jika dikaitkan di TASKA, berlaku apabila pihak TASKA tidak menyediakan keperluan yang mencukupi serta sesuai kepada semua kanak-kanak yang  mendapat perkhidmatan di TASKA.  Pemeriksaan fizikal yang dijalankan setiap hari di TASKA boleh mengesan sebarang kecederaan, kesan penderaan atau unsur pengabaian pada diri kanak-kanak yang mungkin dibawa dari rumah ibu bapa @ penjaga. 


Keselamatan kanak-kanak adalah tanggungjawan bersama, kita semua yang diamanahkan menjaga kanak-kanak.  Isu keselamatan kanak-kanak bukan hanya dirujuk kepada aspek persekitaran bahkan juga kepada aspek penderaan dan pengabaian yang berlaku secara tidak disedari pada diri kanak-kanak. Jika di TASKA, didapati, dari aspek keselamatan persekitaran, masih terdapat kurang kesedaran dan kepekaan dikalangan pengasuh TASKA dalam memastikan langkah keselamatan diaplikasi sepenuhnya setiap masa.  Pengasuh yang leka dan cuai menyebabkan berlakunya kemalangan kecil yang boleh dielakkan jika pengasuh lebih berhati-hati.  

Umum mengetahui isu semasa di mana didapati pelbagai kemalangan berlaku di TASKA akibat kecuaian pengendali di TASKA.Wujudnya kemalangan kerana kecuaian pengasuh dalam memastikan semua langkah keselamatan di TASKA dipatuhi dan diikuti sewajarnya.


 Antara faktor  lain yang boleh menyebabkan berlakunya kecuaian adalah kerana kurangnya pengetahuan dan kemahiran dalam pengendalian aspek keselamatan di TASKA.  Didapati pengasuh  TASKA tidak mengaplikasi secara bersungguh peraturan yang ditetapkan dalam usaha mengelakkan kemalangan di TASKA.  Sesetengah pengasuh mempunyai pengetahuan berkaitan langkah kecemasan seperti rawatan kecemasan tetapi masih terlalu rendah kemahiran mengendalikannya.  Begitu juga dari aspek keselamatan lain seperti latihan kebakaran, keselamatan ruang tertentu dan keselamatan penggunaan bahan dalam sesuatu aktiviti.  Ada pengasuh sering bersikap acuh tidak acuh terhadap keperluan menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas kanak-kanak setiap kali kanak-kanak datang ke TASKA.  Ini bagi memastikan atau mengesan langkah awal jika terdapat kecederaan atau sebarang unsur pengabaian dan juga penderaan terhadap diri kanak-kanak.   

Di TASKA sendiri ada masanya wujud pengabaian dari segi memastikan keperluan asas kanak-kanak dipenuhi samada dipenuhi oleh ibu bapa maupun pihak TASKA.  Keperluan asas kanak-kanak seperti makanan yang berkhasiat dan keperluan diri kanak-kanak perlu dipastikan mencukupi dan memenuhi keperluan kanak-kanak. Penderaan secara tidak langsung juga boleh dikatakan berlaku jika tidak wujud sikap dan nilai yang positif dalam diri pengasuh ketika mengendalikan kanak-kanak.


 Keselamatan kanak-kanak sememangnya tanggungjawab bersama. Kanak-kanak akan sentiasa berada di dalam persekitaran yang selamat sekiranya wujud kerjasama diantara pengasuh TASKA dan juga ibu bapa.  Namun di dapati kerana kesibukan mengejar masa, ada kalanya ibu bapa cuai dengan keperluan kanak-kanak. Pihak TASKA sukar mencari ruang bagi berbincang dengan ibu bapa dalam bersama memastikan semua aspek keselamatan kanak-kanak dipenuhi.



 Kesimpulannya, Keselamatan kanak-kanak samada dari aspek penyediaan persekitaran kondusif, jaminan keselamatan dari unsur penderaan dan pengabaian adalah tanggungjawab semua pihak dari ibu bapa, TASKA, komuniti dan juga negara. Anak-anak perlu dipastikan sihat dan selamat dalam persekitaran yang sihat serta kondusif.  Justeru itu setiap pihak dinyatakan perlu mempunyai kesedaran berkaitan dan perlu melaksanakan peranan masing-masing dalam memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin.

Anda boleh hubungi saya:


Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :


Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA


EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 12 tema.


HARGA RPA BERTEMA ( 50 RPA DENGAN 12 TEMA) - RM28




PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA



** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 


Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642

RPA DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN


Oleh : Nor Azura ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

BIDANGPERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
Nama Pendidik :

No. K/P :

Minggu :

Hari / Tarikh :

Masa :

Umur Kanak-Kanak /
Bil :

  2 - 3 Tahun / ( 5 – 10 orang)
Tema
ANGGOTA BADAN
Tajuk
Wanginya bau bunga
Bidang Perkembangan/
Pembelajaran :`

PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
Pengetahuan Sedia Ada :


Kanak-kanak sudah boleh meneroka persekitaran di halaman TASKA 
atau taman.
Objektif

1.    Kanak-kanak boleh mencium bau pelbagai tumbuhan berbeza di 
     halaman TASKA atau taman dengan menggunakan 
     hidungnya (PDPDP)
2.  Kanak-kanak boleh menyebut warna pada tumbuuhan  yang telah
     diambil. (PAMPL)
3.  Kanak-kanak boleh memetik pelbagai tumbuhan  di halaman 
     TASKA atau taman. (PF)

Tempat  / ruang aktiviti


Halaman TASKA

Bahan :


1.    Pelbagai tumbuhan di persekitaran
2.    Plastik kecil  
3.    Buku besar tajuk – ‘ Hidung  saya boleh bau’ 
4.    Tikar (ikut saiz keperluan)                                                                                  
Langkah-langkah Pelaksanaan

1.    Pendidik membawa kanak-kanak ke  ruang halaman TASKA atau
      taman berhampiran TASKA.
2.    Pendidik minta kanak-kanak buat bulatan besar.
3.    Pendidik bermesra terlebih dahulu dengan kanak-kanak sambil 
     meminta kanak-kanak membuat senaman ringan.
5.    Pendidik beritahu kanak-kanak di halaman TASKA atau taman 
      terdapat pelbagai tumbuhan seperti pokok, rumput, bunga, daun 
      dan sebagainya.
6.    Pendidik berikan kanak-kanak setiap seorang satu plastik kecil 
     dan minta kanak-kanak petik tumbuhan dan masukkan dalam 
     plastik. Pendidik juga beritahu pada kanak-kanak tumbuhan yang 
     dilarang petik seperti bunga  ros yang ditanam di dalam pasu 
      bunga.
7.    Pendidik bentangkan tikar kecil di halaman dan minta kanak-kanak
      duduk atas tikar.
8.    Pendidik keluarkan buku besar berkaitan tajuk hidung dan pendidik
      mula bercerita kepada kanak-kanak mengenai hidung manusia 
      dan fungsinya. (cerita berdasarkan gambar-gambar hidung dan 
      fungsinya yang ada dalam buku besar)

9.    Pendidik minta kanak-kanak pegang hidung masing-masing dan 
     beritahu fungsi utama hidung manusia.
10. Pendidik minta kanak-kanak keluarkan pelbagai tumbuhan yang 
      dipetik tadi, dari plastik dan taburkan di atas tikar.
11. Pendidik minta kanak-kanak cuba bau tumbuhan tersebut dan 
      beritahu samada baunya wangi, busuk atau tiada bau.
12. Pendidik beri kanak-kanak galakan untuk buat aktiviti ini.
13. Pendidik berikan pujian apabila kanak-kanak boleh cuba bau tumbuhan-tumbuhan tersebut.
 14. Sekiranya ada kanak-kanak yang tidak dapat beritahu bau apa, pendidik terus beri 
       ransangan lagi agar kana-kanak faham tentang bau. 
14. Pendidik berbual  dengan  kanak-kanak mengenai bau yang dihidu.
15. Pendidik beritahu kepada kanak-kanak warna yang terdapat pada tumbuhan yang telah dikumpul itu dan minta kanak-kanak sebut satu persatu.
2.    Pendidik ulang lagi aktiviti hingga kanak-kanak merasa puas.
3.    Pendidik akhiri aktiviti dengan mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak.

Pemerhatian:



1.    Keselamatan
-       Pastikan ruang aktiviti selamat dan bebas dari bahan dan peralatan yang merbahaya.
-       Pastikan bahan yang digunakan tidak merbahaya
-       Pastikan kanak-kanak dikawal dengan baik ketika di halaman TASKA.

2.    Kebersihan
-       Pastikan kanak-kanak mencuci tangan selepasa aktivti.

3.    Kesihatan
-       Pastikan kanak-kanak sihat semasa menjalankan aktiviti.                                                                                                                                    

Refeksi

Kanak-kanak:


                                                                                                                                                  


Pengasuh:



                                                                                                                                   


Nak dapatkan koleksi RPA dari saya; nah!! ia ada dalam bentuk EBOOK PDF SOFTCOPY
 EBOOK RPA TASKA ini mengandungi 70 RPA pelbagai perkembangan dari umur bayi hingga kanak-kanak berumur  4 tahun di TASKA.


 EBOOK RBA BERTEMA ini pula adalah koleksi dari 10 buah tema biasa dalam persekitaran kanak-kanak. 

Jadinya jumlah koleksi RPA bagi EBOOK di atas adalah sebanyak 120 RPA. 
Nak TEMPAH?

Sila hubungi 0167235080.