Wednesday, 25 January 2017

Bengkel kemahiran asuhan kanak-kanak


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com


Bagaimanakah antara cara bagi memastikan pihak TASKA dapat memberikan kualiti perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik kepada masyarakat sekitar yang mmerlukan perkhidmatannya.
Antara perkara penting 

Daripada kajian terhadap personel di TASKA dan individu-individu yang berkaitan dengan bidang, menunjukkan semua pihak sangat memastikan bakal pengusaha, pengusaha sedia ada, pengasuh@pendidik di TASKA mendapatkan  latihan kemahiran yang berterusan. Kelemahan penyediaan latihan dan kekurangan latihan berkemungkinan menyumbang kepada berlakunya beberapa insiden di TASKA akibat dari kecuaian dan kurangnya latihan yang diperolei oleh pengasuh@pendidik di TASKA.  Pihak pengurusan TASKA lebih-lebih lagi, perlu menyedati hakikat ini dan berusaha memastikan pekerja mereka mendapat latihan yang diperlukan sebagai seorang personnel TASKA yang professional. Terdapat juga pengasuh@pendidik TASKA kurang berminat dengan pekerjaan mereka menyebabkan mereka tidak bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kemahiran diri melalui latihan tertentu.  Bagi individu yang merancang memulakan perniagaan TASKA ini juga perlu membuat perancangan dan persediaan asas yang awal dari segi pengetahuan dan kemahiran mereka.  Mereka tidak boleh sama sekali menganggap bahawa perniagaan TASKA adalah satu perniagaan yang mudah dan semudah itu boleh dimulakan pada bila-bila masa tanpa asas pengetahuan dan kemahiran yang jitu dan kukuh.  Dari segi pemantauan operasi TASKA, pihak yang berkuasa perlu kerapkali turun ke TASKA bagi memastikan semua personnel TASKA mematuhi peraturan TASKA yang telah di tetapkan.  Dengan ini, sangatlah di harapkan industri TASKA dapat menyumnang kualiti perkhidmatan pengasuhan yang baik sejajatr dengan peningkatan pertumbuhan perniagaan TASKA dewasa ini.  Mudahan industri pengasuhan di pandang tinggi oleh semua pihak yang berkaitan.

Jom hadiri bengkel terdekat saya, bagi meningkatkan kemahiran dan keterampilan anda sebagai pendidik di TASKA.

BENGKEL PENDIDIK KREATIF DAN BERKETERAMPILAN.
Tarikh :  Mei 2017
Tempat : Melawati, Kuala-Lumpur.


Kepada pengusaha dan pendidik TASKA, saya sediakan ebook2 di bawah ini untuk anda.

Boleh whatapp saya di 0167235080.


Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          







Tuesday, 24 January 2017

Dunia perkembangan kanak-kanak

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Saya berbicara pandangan saya mengenai dunia pendidikan awal kanak-kanak.
Mungkin selama ini  kita kurang faham definisi pendidikan awal kanak-kanak.
Samada kita seorang ibu, bapa dan juga pendidik di TASKA TADIKA,  kita selalunya mahu melihat anak anak seawal.usia 3, 4, 5 dan 6 tahun menjadi seperti apa yang kita inginkan, antaranya kita nak anak ;
pandai membaca.
pandai mengira dan buat maths mudah.
pandai menulis
pergi pelbagai kelas tambahan.
pergi kelas latih tubi membaca.
dan nampak cerdik dari segi akademiknya.
sebab kita rasa , inilah pendidikan awal yang utama untuk anak-anak.
LALU, untuk capai semua keinginan.kita itu, kita lupa yang kita selalu MEMAKSA dan secara tidak langsung  MENDERA EMOSI anak-anak dalam mengikuti dan mencapai semua keingunan kita itu.
Dan kita lupa, sifat semulajadi anak-anak iaitu suka BERMAIN dan BERMAIN.
Itu lah keinginan dan.kerja hakiki anak-anak.
Kita lupa untuk.memahami dan mencari  bahawa anak~anak mempunyai potensi diri dari pelbagai aspek berlainan yang tidak hanya tertumpu pada pembelajaran  akademik semata.
Jadi, fikir sendiri. Walaupun Pilihan memang di tangan kita tapi kita juga harus dengar suara hati anak~anak awal usia ini .  Kenali.potensi unik dalam diri anak~anak.
Belajarlah memahami definisi pendidikan awal.kanak~kanak  yang lebih tepat.
Sekadar pandangan saya.
Adakah anda ingin bermain dengan anak-anak, sambil memberi mereka peluang meneroka, mencuba dan melalui pelbagai pengalaman melalui bermain?
Samada anda merupakan.pendidik atau ibu bapa, anda boleh merujuk kepada ebook ini sambil mendapatkan.idea permsinan untuk anak-anak. Semua permainan dalam ebook ini boleh dibuat sendiri. Sangat menjimatkan.
Ebook 50 koleksi idea kreatif permainan kanak-kanak.
Dapatkan ebook dari saya.
Boleh whatapp saya di 0167235080.




Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          








Tuesday, 17 January 2017

Tugas dan komitmen personnel TASKA


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


TASKA adalah suatu premis yang menjalankan perkhidmatan pengasuhan, penjagaan dan pendidikan awal kepada kanak-kanak dari umut 2 bulan hingga ke 4 tahun. Personnel TASKA pula  merupakan individu-individu yang bekerja di TASKA dengan memikul tanggungjawab dan peranan masing-masing. Personnel TASKA adalah tulang belakang kepada nilai kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah TASKA. Justeru itu, sangatlah penting setiap personnel di TASKA memahami tugas dan komitmen masing-masing. 

Malangnya, masih ramai lagi personnel TASKA terutamanya pengasuh@pendidik kurang mahir dan beketerampilan dalam menjalankan tugas-tugas di TASKA seperti yang sepatutnya. Mereka kurang memahami dan menghayati tugas dan komitmen personnel TASKA.
Sesetengah pengasuh@pendidik hanya mempunyai pengetahuan tentang pendidikan awal kanak-kanak (mempunyai pendidikan akademik) tetapi sama sekali kurang kemahiran dalam mengendalikan kanak-kanak. 

Dibawah ini, dikongsikan tugas dan komitmen personel TASKA untuk rujukan mereka yang berkaitan.

Tugas dan Komitmen menyeluruh Personnel TASKA

1.  Memberi sepenuh komitmen dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan jujur, amanah dan dedikasi untuk memastikan kanak-kanak mendapat pengasuhan dan pendidikan awal yang berkualiti dan professional.

2.  Memastikan kanak-kanak di TASKA  mendapat hak mereka sebagai kanak-kanak dan diberi perlindungan dari segala jenis penderaan serta penganiayaan.

3. Memastikan  semua perkara-perkara  yang termaktub di dalam dokumen Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012, Akta kanak-Kanak 2001  dan Dasar Perlindungan Kanak-kanak  dipatuhi.

Tugas dan Komitmen Individu setiap Personnel TASKA.

PENGUSAHA :
  • -          Memastikan bahawa pengurusan TASKA  akan  mematuhi kehendak mana-mana undang—undang bertulis yang berhubungan dengan struktur permis, pencegahan kebakaran, kesihatan, kebersihan dan keselamatan kanak-kanak.
  • -          Memastikan hal ehwal pentadbiran keseluruhan operasi TASKA berjalan dengan lancar dan mematuhi peraturan JKM.
  • -          Memastikan kebajikan kakitangan dan kanak-kanak sentiasa diberi perhatian.


PENYELIA:
  • -    Memastikan semua tugasan kakitangan dilaksanakan mengikuti diskripsi tugasan masing-masing.
  • -          Memastikan segala bentuk program yang dirancang di TASKA berjalan dengan lancar.

PENGASUH:
  • -          Memastikan kanak-kanak di TASKA diberi pengasuhan dan pendidikan awal yang berkualiti dan professional.


PROTOKOL KELAKUAN@SIKAP PERSONNEL TASKA

PENGUSAHA
  • -          Menguruskan keseluruhan pengurusan  dan pentadbiran TASKA
  • -          Mengutamakan kelancaran operasi TASKA
  • -          Memastikan semua kakitangan di Taska mematuhi peraturan kerja di TASKA
  • -          Berkomunikasi dengan ibubapa dan pekerja dengan baik dan professional.
  • -          Menyediakan dan melengkapkan semua peralatan dan perkakasan  dalam dan luar  TASKA
  • -          Memastikan keperluan  harian TASKA dipenuhi.
  • -          Menjaga kebajikan kakitangan.


PENYELIA
  • -          Memastikan  pengasuh dan pekerja memberikan pengawasan yang berterusan kepada kanak-kanak.
  • -          Memahami keperluan perlindungan dan perkembangan kanak-kanak dan kemampuan mereka dalam menjalankan sesuatu aktiviti.
  • -          Menyelia pengasuh  dan pekerja di TASKA.
  • -          Merancang bersama pengasuh dalam menyediakan aktiviti terancang di TASKA.
  • -          Menguruskan program dan aktiviti yang dijalankan di TASKA.
  • -          Menyelaras semua aktiviti yang dirancang
  • -          Memberi laporan dan makluman kepada pengusaha.
  • -          Menjalani pemeriksaan perubatan.
  • -         Memastikan orang yang bukan kakitangan TASKA tidak berada di dalam premis TASKA tanpa keizinan dan pengetahuan pihak pengurusan.
  • -          Berkomunikasi dengan ibubapa secara professional.
  • -          Memberi maklumbalas dan tindakan segera jika terdapat sebarang aduan atau pertuduhan.
  • -          Memastikan semua yang berkenaan di TASKA sentiasa mematuhi peraturan di TASKA.



TUGAS DAN KOMITMEN PENGASUH :
  • -          Menjaga kanak-kanak mengikut tugasan yang diberikan.
  • -    Memastikan kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan yang sempurna dari segi hak dan keperluan mereka.
  • -     Memastikan kanak-kanak mendapat diet pemakanan yang seimbang mengikut keperluan mereka.
  • -          Menjalankan aktiviti dalam dan luar TASKA bagi menggalakkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
  • -          Memastikan  bahawa keselamatan kanak-kanak dilindungi sepanjang berada di TASKA.
  • -     Memberi maklumbalas kepada pengusaha, penyelia dan juga ibubapa mengenai sebarang perkara yang perlu disampaikan dan diambil tindakan seterusnya oleh mereka yang berkenaan.
  • -          Menyediakan dan mengemaskini segala rekod berhubung kanak-kanak.
  • -          Mendapat suntikan  pelalian ‘Typhim’ dan menjalani pemeriksaan perubatan.
  • -         Memahami peraturan dan akta serta sentiasa mengikut segala peraturan kerja di dalam TASKA.
  • -          Dilarang menggunakan telefon bimbit peribadi ketika sedang mengasuh dan mendidik kanak-kanak.
  • -          Dilarang tidur kecuali merehatkan diri pada waktu yang dibenarkan.
  • -          Mematuhi peraturan bercuti dan keluar masuk TASKA.
  • -          Sentiasa menghormati pihak pengurusan TASKA.





Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          RM25











Friday, 30 December 2016

Permainan DIY untuk Kanak-Kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Permainan DIY untuk Kanak-Kanak. DIY - (Do it yourself)
Bermain merupakan kerja hakiki kanak-kanak. Melalui bermain kanak-kanak belajar pelbagai perkara baru dan yang menyeronokkan dalam kehidupannya. Bermain akan lebih bermakna dan menyeronokkan jika ada alat@bahan permainan. Disebabkan kanak-kanak mempunyai daya imiginasi yang tinggi dan juga kreatif, kanak-kanak mampu mencipta dan mengadakan bahan permainannya sendiri.

Permainan DIY untuk kanak-kanak.
Alat permainan tidak semestinya perlu di beli. Ia boleh dicipta atau dibuat sendiri dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada di persekitaran kanak-kanak atau pun menggunakan bahan-bahan terpakai seperti kotak atau botol minuman. Yang pentingnya setiap bahan permainan yang dibuat sendiri adalah sesuai dan selamat untuk bermain. satu lagi, bahan permainan tersebut sebaiknya boleh membantu menggalakkan aspek perkembangan kanak-kanak.

Pastikan juga, bahan permainan yang disediakan mencukupi untuk keperluan jumlah kanak-kanak yang ada.

Di bawah ini, saya beri sedikit idea menyediakan bahan permainan yang di buat sendiri.
Sedikit idea Permainan DIY untuk Kanak-Kanak



Permainan mengasingkan kenderaan mengikut warna kotak




Permainan memadankan bentuk pada kotak besar


Buat mainan begini menggunakan kotak, tak perlu dibeli



Gunakan bahan ini untuk sesi bercerita

Dapatkan lebih banyak idea bahan permainan DIY untuk kanak-kanak melalui EBOOK saya di bawah ini:




Pelbagai idea permainan aktiviti dikongsikan dalam EBOOK ini.

Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          RM30









Bengkel latihan TASKA TADIKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat melangkah ke tahun baru 2017. Adakah anda merupakan pengusaha, pengasuh atau pendidik di TASKA TADIKA? Adakah anda rasa anda perlu meningkatkan kemahiran dan kualiti diri supaya anda terus terampil sebagai individu yang memberikan perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan awal yang terbaik kepada anak-anak.
Antara cara yang boleh anda lakukan ialah dengan mengikuti pelbagai bengkel latihan TASKA TADIKA  yang berkaitan.

Saya merupakan seorang pengajar kemahiran penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak dan juga merupakan seorang jurulatih serta pembimbing kepada mereka yang bergiat dalam industri ini.

Berapa lamakah anda telah berada di dalam industri pendidikan awal kanak-kanak ini? Adakah anda rasa anda perlukan lebih lagi latihan yang berterusan.

Ya, supaya anda menjadi pengasuh atau pendidik yang berkualiti, tidaklah sekadar cukup dengan apa yang anda telah perolehi selama ini. Jika anda merupakan pemegang Diploma atau Ijazah dalam pendidikan awal kanak-kanak, anda masih memerlukan banyak lagi latihan 'hands on' atau kemahiran mengendalikan kanak-kanak. tentulah sangat berbeza sama sekali ilmu pengetahuan yang diperolehi dengan pengalaman melaksanakannya.

Sebagai seorang pengajar kemahiran, saya menjalankan bengkel latihan TASKA TADIKA berpandukan kepada standard kemahiran yang terdapat dalam Persijilan Kemahiran Malaysia untuk bidang berikut;

1. Pendidikan dan Penjagaan Awal kanak-Kanak
2. Pra sekolah


Berikut adalah kandungan standarad kemahiran kebangsaan yang menjadi panduan dalam setiap pelaksanaan bengkel saya,

Untuk TASKA

1. Child Receiving and Returning
2. Child Grooming
3. Child  Meals Serving
4. Child Holistic Developmental
6. Child Guidance
7. Child care operation
8. Child care personnel training
9. Child caring services


Untuk TADIKA

1. Pre school Teaching and Learning
2. Pre school Classroom Management


Bengkel Latihan TASKA TADIKA  yang ditawarkan, anda boleh menjemput saya untuk mengendalikan bengkel latihan di tempat anda

Tarikh dan masa : Mengikut perbincangan dan persetujuaan bersama

Cadangan bengkel latihan TASKA TADIKA:

1. Bengkel Kreativiti Kanak-Kanak
2. Bengkel Kreativiti dan Pergerakan Kreatif.
3. Bengkel Pengasuhan Bayi
4. bengkel Pengasuhan kanak-Kanak
5. bengkel Penyediaan Menu kanak-Kanak
6. Bengkel Pendidik@Pengasuh berkualiti


Hubungi saya, untuk perbincangan . 0167235080 /0192115642


Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          RM25











Thursday, 29 December 2016

TASKA berkualiti

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Pengusaha TASKA adalah tonggak utama pengurusan sesebuah perniagaan TASKA  berkualiti.  Manakala  pengasuh@pendidik di TASKA  adalah diibaratkan sebagai tulang belakang sesebuah TASKA dimana peranan pekerja sangat besar dan penting bagi memastikan keseluruhan operasi rutin dan harian di TASKA berjalan dengan lancar dan teratur.  Perkhidmatan pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang ditawarkan di TASKA sangat memerlukan tenaga pengurusan dan pekerja yang berkualiti serta berpotensi bagi mencapai objektif menggalakkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.  Bagaimana kualiti perkhidmatan pengurusan dan  pengasuhan yang ditunjukkan oleh setiap individu berkaitan, bakal menaikkan atau menjatuhkan imej perniagaan sesebuah TASKA.  Bagaimana antara kriteria untuk melahirkan sebuah TASKA berkualiti?

Antaranya, kriteria sebagai seorang  pengusaha TASKA  yang professional sangat penting bagi memastikan pengurusan perniagaan berjalan dengan lancar.  Kriteria professional juga diperlukan oleh seorang pengasuh@pendidik, memandangkan mereka  juga mempunyai peranan kritikal dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak ini.  Personnel di TASKA perlu memahami tanggungjawab dan kewajipan mereka terhadap keberkesanan perjalanan keseluruhan operasi rutin di TASKA yang perlu dilaksanakan mengikut garis panduan serta peraturan yang telah ditetapkan.  Mereka perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencerminkan kecekapan dan kebolehannya menjalankan semua tugas-tugas di TASKA.  Hakikatnya profession sebagai personnel di TASKA ini adalah satu profession yang patut dipandang tinggi oleh semua pihak yang terlibat dengan operasi TASKA khasnya dan seluruh masyarakat amnya.


            Merujuk syarat yang ditetapkan dalam Akta Taska (Taman Asuhan Kanak-kanak) 1984, pengasuh mesti berumur 18 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  Selain itu, pengasuh mesti mempunyai pengetahuan mengenai perkembangan awal kanak-kanak dan wajibkan menghadiri Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP)  yang ditetapkan dalam akta berkenaan.  Mempunyai Persijilan Kemahiran Malaysia, Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak merupakan suatu kelebihan kepada para pengasuh memandangkan mereka merupakan pekerja mahir yang telah terampil untuk melaksanakan tugasan harian di TASKA.  Terbaru, kenyataan yang dipetik dari laporan BERNAMA bertarikh 11 Oktober 2016 daripada Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meletak syarat pengasuh bagi Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) perlu memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam pengurusan pendidikan awal kanak-kanak. Mungkinkah syarat baru ini ditetapkan bagi melahirkan TASKA berkualiti?

Sehubungan itu, keperluan bagi setiap personnel TASKA memiliki sekurang-kurangnya Diploma telah menjadi wajib dan secara langsung menunjukkan bahawa setiap personnel berkaitan wajib mengikuti latihan atau program bagi tujuan tersebut.


Profesionalisma seseorang personnel TASKA itu diukur berdasarkan minat masing-masing dalam mengendalikan kanak-kanak, mempunyai sahsiah yang baik, boleh berkomunikasi dan memahami keperluan kanak-kanak terlebih dulu berbanding kehendak ibu bapa serta menggalakkan pembelajaran kanak-kanak dengan baik.  Justeru itu, untuk menepati kriteria yang dinyatakan tadi dan seterusnya bagi meningkatkan lagi kemahiran pengasuhan dan pendidikan yang sedia, sangatlah penting setiap individu berkaitan memastikan yang mereka senantiasa berusaha meningkatkan professionalism diri antaranya melalui pelbagai program atau kursus dan bengkel pengasuhan yang berkaitan.  Apabila setiap personnel TASKA benar-benar berketerampilan, kualiti perkhidmatan TASKA dengan sendirinya akan meningkat dan kanak-kanak sendiri dapat menerima asuhan dan didikan yang terbaik sepanjang peninggalan  mereka di TASKA. Di sini lah TASKA dapat beroperasi sebagai sebuah TASKA berkualiti yang diharapkan oleh semua ibu bapa yang mendapatkan perkhidmatan TASKA ini. 

Mudahan industri TASKA dapat berkembang dengan baik sebagai satu industri yang professional dan dipandang tinggi oleh setiap individu maupun masyarakat.

Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          RM25









Wednesday, 28 December 2016

kongsi rezeki


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

KLIK AMAN PALESTIN

Tulisan saya hari ini sekadar ingin berkongsi rasa atas nikmat memberi sesuatu kepada orang lain. Memberi bukan sekadar perlu beri wang tapi ada pelbagai barang @ perkara yang boleh di beri di mana bila kita memberi ia memanfaatkan orang yang menerima.
Bila mana kita rasa rezeki  kita sedang melimpah ruah, rajin-rajinkan diri menghulur dan memberi sebahagian dari rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Bak kata bijak pandai agama, pada rezeki yang Allah kurniakan kepada kita, ada bahagian insan lain yang perlu kita ingat dan sumbangkan. Apa sahaja rezeki yang Allah kurniakan , semuanyaa milik Allah jua, kita sekadar mentadbirkannya.

Bila mana mungkin rezeki yang kita terima sederhana sahaja, belajar juga memberi sedikit untuk menafat insan lain

Mengapa saya katakan memberi itu suatu nikmat kerana insyAllah apabila kita memberi  kelak di suatu saat yang tidak dijangka, kita pula akan menjadi penerima dari seseorang tanpa di sangka.

Mari mulakan menjadi seorang pemberi.

Tidak tahu di mana mahu memberi.

KLIK SINI  , mari lah bersama menyumbang dan memberi.

AMAN PALESTIN




Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          RM25