Tuesday 29 August 2017

Kanak-kanak, belajar sambil bermain

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Belajar sambil bermain hak kanak-kanak.
Kisah apa pula yang ingin saya kongsikan hari ini?  Tentunya berkait dengan fakta tajuk ini iaitu    'belajar sambil bermain hak kanak-kanak.
Baru-baru ini ada seorang pensyarah lelaki baru bekerja sebagai pensyarah pendidikan awal kanak-kanak di kolej tempat saya mengajar.  
Orang lelaki memang kumpulan minoriti dalam indusrti pendidikan awal kanak-kanak ini. Justeru itu, orang lelaki yang menceburi bidang ini, memang terdiri dari mereka yang mempunyai minat mendalam terhadap bidang pendidikaan awal kanak-kanak ini.
Sudah seminggu pensyarah itu  di kolej, baru hari ini saya  dapat berpeluang berbual-bual dengan anak muda yang baru berusia 26 tahun itu. Dia masih agak baru dalam bidang ini tetapi sebelum ini pernah mengajar di sebuah pusat perkembangan  kanak-kanak@TADIKA  swasta yang mengendalikan program franchise.
Panjanglah saya berbual, berbincang dan sempat juga berkongsi pengalaman dengan anak muda ini. Kelihatannya, dia pun sangat teruja selama berkecimpung dalam indusrti pendidikan awal kanak-kanak ini. Orangnya kecil molek dan memang berperwatakan seperti suka dikelilingi oleh kanak-kanak.
Hakikatnya, bukan semua orang suka dengan hingar bingar kanak-kanak tau.  Baru semalam saya bertanya pada seseorang, apa perasaan dia jika diberi peluang berada seketika di TASKA. Spontan dia mengelengkan kepala, seraya berkata
" jaga anak seorang pun pening, lagi lah tengok anak-anak berkejaran dan tak boleh duduk diam di TASKA tu"  saya pun tersenyum mendengar kata-katanya itu.
Lalu saya teringat suatu ketika dulu,  pejabat saya betul-betul di dalam TASKA.  Ada orang tanya, ' macamana puan boleh buat kerja-kerja dokumen dalam keadaan hingar bingar kanak-kanak bermain dan suara bayi menangis?', pun saya senyum  juga. 
Jawab saya, sudah terbiasa dengan suasana itu, sebenarnya, kekadang stress juga, tapi buat tak dengar saja lah.
Hah, berbalik kisah pensyarah lelaki muda tadi,  saya cuba korek pengalaman kerjanya ketika di TADIKA swasta dulu.   Saya tanya, apa pandangan  dia tentang suasana pengajaran dan pembelajaran di TADIKA.
Saya ingat tentu dia akan cerita pada saya bagaimana cikgu-cikgu TADIKA mengendalikan pelbagai aktiviti menarik dengan kanak-kanak disamping memastikan kanak-kanak belajar mengikut modul yang ditetapkan.
Akan tetapi, sebaliknya dia berkata apa yang dia rasa .   Katanya agak stress dengan cara cikgu-cikgu di TADIKA franchise mengajar anak-anak.  Selalu marah-marah, selalu jerit-jerit suruh anak-anak buat itu buat ini. 
Kesimpulannnya, anak-anak TADIKA yang kebanyakannya berumur seawal 3 tahun itu mesti siapkan worksheet yang di beri, hantar homework dan fokus ketika dalam kelas.
Pensyarah muda itu kata, dia tidak faham mengapa cikgu-cikgu TADIKA menafikan hak seorang yang bergelar kanak-kanak untuk bermain dan merasa seronok ketika berada di TADIKA.  Saya termenung berfikir sebentar, lalu bagaimana dengan trademark ayat  'belajar sambil bermain hak kanak-kanak' ?  Adakah ia sekadar ayat yang hanya disebut tetapi tidak diaplikasikan sepenuhnya?
Kelihatanlah dalam pendidikan awal kanak-kanak ini, walaupun ada tema 'play school'   &  'learn through play'  tapi hakikatnya tidak di aplikasikan sebaiknya, sebaliknya kanak-kanak TADIKA belajar persis seperti di sekolah rendah.
Jadi, bagaimana ya?
Adakah anda juga pendidik di TADIKA?
Tolong fahami maksud pendidikan awal kanak-kanak yang sebenar ya, itu saja yang ingin saya ingatkan.
Mungkin ibu bapa pun tidak faham, maka peranan kitalah insan yang dikatakan  berpengalaman dalam industri pendidikan awal kanak-kanak ini, kitalah yang seharusnya memaklumkan atau educate ibu bapa.
Anak-anak umpama dedaun yang berguguran  di tiup angin dari sebatang pokok yang besar.  Bila ditiup angin, dedaun akan berterbangan ke sana ke mari. Ada berterbangan tinggi, ada yang berterbangan rendah, ada ke hulu, kehilir, namun matlamatnya tetap sama, iaitu semua daun akan turun mendarat ke tanah. Yang bezanya, cepat atau lambat mencecah ke tanah.
Begitu jugalah diibaratkan kanak-kanak, mereka semua sama seperti daun, mempunyai bentuk , corak dan warna yang sama.  Mereka adalah kanak-kanak normal yang mampu mencapai pelbagai tahap perkembangan cuma potensi pencapaiannya berbeza antara satu sama lain.  Hakikatnya setiap kanak-kanak mempunyai potensi unik yang berbeza antara satu sama lain. Namun, objektifnya tetap  sama, suatu hari nanti mereka akan mencapai tahap maksima pada potensi dalam diri mereka jika diberi galakan dan sokongan berterusan secara semulajadi dalam persekitaran kondusif yang menyeronokkan dan menepati fakta ' belajar sambil bermain hak kanak-kanak'.
Jadilah pendidik kanak-kanak yang berwibawa.
Catatan pandangan saya

Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:



RM 20                                          







RM 40     / RM 30

No comments:

Post a Comment