Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Hanif adalah seorang budak lelaki berumur 12 tahun. Dia seorang
anak yang agak agresif dan suka melawan bila dimarahi oleh ibunya. Kekadang bila situasi itu berlaku di depan
orang lain, kelihatan Hanif seperti seorang anak yahg kelihatan ‘kurang ajar’
kepada ibunya. Umur yang masih muda,
adakah hanif memahami keburukan tingkahlakunya itu?
Kenapa anak-anak kekadang agak agresif, sukar ditunjuk ajar dan
kekadang seperti melawan?
Jawapannya, mungkin ada ibu bapa yang terlalu
memanjakan anak sehingga tidak mahu menghukum walaupun anak melakukan kesalahan.
Semasa anak awal usia sekitar 4 hingga 7 tahun, jika anak buat
nakal , ibu bapa biarkan sahaja dan tak tegur pun. Dalam erti kata lain, anak ini buat nakal
tetapi ibu bapa buat tak kisah sahaja.
Misalnya lah ibu bapa bawa anak ke rumah orang, anak itu usik itu, usik
ini tetapi ibu bapa tak tegur pun kenakalan anaknya. Tentunya lah tuan rumah yang melihat, bagai
nak gugur jantung memandang kenakalan anak tersebut.
Bila anak telah dewasa sikit sekitar 8 ke 10 tahun, bila anak buat
salah, pun ibu bapa tidak marah. Sebab rasa tak sampai hati nak beri hukuman.
Manjakan anak sehinggalah apa yang anak buat boleh cover begitu sahaja.
Ada ibu bapa menyangka dengan membiarkan anak bebas melakukan apa
saja, ia boleh membantu perkembangan anak tetapi ini tidak begitu tepat kerana
anak juga perlu diajar sikap bertanggungjawab, berdisplin dan mematuhi peraturan apatah lagi jika anak telah faham arahan. Jika melakukan kesilapan mereka
perlu diberi dihukum dengan sewajarnya mengikut umur mereka.
Jika tidak diberi hukuman, dan dibiarkan begitu sahaja, kesannya, anak-anak akan tidak dengar cakap dan jadi agak agresif apatah lagi bila di depan orang lain.
Ditegur pun tak ada respon positif. Nakal dan kekadang seperti
raja. Manjanya pun terlebih-lebih. Pantang dimarah, mesti melawan dan baling-baling barang. Semasa
kecil, bolehlah diterima lagi iika melawan cakap. Namun , bila sudah dewasa,
bagaimanalah ya.?
Sepatutnya, dalam mendidik anak-anak dari kecil ibu bapa perlu bertindak tegas tetapi adil.
Tegas bermaksud ibu bapa tidak terlalu mengalah kepada anak dan membiarkan
mereka bermaharajalela tanpa kawalan dan kesan akibat kelakuan mereka. Anak-anak perlu didisplinkan dengan peraturan
dan diajar apa yang boleh buat serta apa yang tidak boleh buat. Ibu bapa perlu maklumkan bentuk hukuman yang
anak-anak akan terima jika tidak ikut aturan yang ditetapkan.
Jika anak melakukan kesalahan, ibu bapa juga perlu dengar
penjelasan dari anak, beri peluang dia bela diri sebelum member hukuman
setimpal. Jadi anak akan tahu yang dia
telah bersalah. Sebarang hukuman kepada anak dilakukan penuh berhemah, rasional
dan mengambil kira bentuk kesalahan serta umur anak.
Anak-anak perlu belajar melalui kesilapan yang telah di buat
dan berjanji tiadak ulangi lagi. Jangan terlalu
menangkan anak yang berbuat salah. Akibatnya
nanti, anak akan sentiasa rasa dia betul dalam apa sahaja yang dilakukan,serta
sukar mendengar nasihat. Dengan kata
lain, manjakan anak berpada-pada. Memanja
jangan sampai membina imej negatif dalam diri anak. Jadilah ibu bapa yang memberi contoh teladan
terbaik kepada anak-anak.
Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA
RM 40 / RM 30
No comments:
Post a Comment