Thursday 12 April 2018

Biarkan anak bermain

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Imej : Carian google

Seronoknya bermain bagi kanak-kanak.
Manakan tidak, mereka kelihatan gembira dan teruja ketika  bermain seolah tiada sebarang masalah dalam dunia kanak-kanak  mereka.
Lalu, biarkan anak bermain.  Itulah dunia dan kerja hakiki setiap anak yang dilahirkan di dunia ini.  Itulah hak mereka sebagai kanak-kanak iaitu BERMAIN.
Jadi, biarkan anak bermain.


Apa itu bermain? Sebut sahaja bermain, semua orang tahu yang perkataan itu sangat sinonim dengan kanak-kanak.
Bila sebut perkataan bermain, teringat masa kecil dulu, para ibu suka cakap begini dengan anak-anak

“ asyik main je...bila nak baca buku ni?"
“Itu lah, banyak main ni, sampai tak lulus periksa"
"Asyik main.... sampai tak ingat nak balik"
" Main...main ...tulah kerjanya."

Hmmm...dan macam-macam lagilah leteran sang ibu yang  seolah menunujukkan elemen negatif terhadap bermain.
Apakah banyak bermain menandakan seorang anak itu nakal atau memeningkan?

Rumah berselerak sebab anak-anak asyik main macam-macam....
TASKA TADIKA hingar bingar sebab kanak-kanak asyik dengan aktiviti bermain bebas.
Hati pendidik tak tenang sebab anak tak mahu fokus buat 'worksheet' dek kerana banyak bermain.
Otak ibu bapa berserabut sebab anak-anak tak boleh duduk diam, ada sahaja yang dia nak main.

Bagi saya, itu biasa sahaja. Biarkan anak bermain.

Kerana  bagi saya yang telah menceburkan diri dalam industri pendidikan awal kanak-kanak dari akar umbi pengalaman lalu ini, apatah lagi dengan membesarkan anak-anak sendiri seramai 8 orang itu, sungguh bermain bukan sekadar menyeronokkan tetapi ia merupakan suatu kerja yang sangat bermakna dalam kehidupan anak-anak.

Tak percaya?

Jom, baca tulisan saya ini tentang impak bermain terhadap pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.  Sambil itu, biarkan anak bermain dan terus bermain.

Hah, rupanya bermain ini bukan sahaja dapat membantu menggalakkan  pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak,  namun ia juga dapat memperbaiki pencapaian akademik anak-anak apabila mereka mula memasuki dunia persekolahan sebenar nanti. Oleh itu, janganlah terlalu risau jika anak-anak di bawah umur 7 tahun bahkan 8 maupun 9 tahun masih banyak bermain.
Hmmm..anak saya yang berumur 11 tahun itu pun masih kuat bermain lagi. Tak sah kalau seharian tidak dapat bermain dengan kawan-kawannya.  Dengan adiknya pun boleh sahaja dia cipta suasana bermain yang menyeronokkan.

Bermain boleh berlaku bila-bila masa sahaja bahkan kanak-kanak akan bermain di mana-mana sahaja  tanpa mengira waktu dan keadaan. Bermain tidak semestinya memerlukan ruang yang luas dan tidak semestinya perlu ada bahan permainan yang sempurna.  Anak-anak yang kreatif ini, mampu sahaja mencipta suasana dan bahan permainan sendiri mengikut kerativiti dan imiginasi mereka.   Secara tidak  langsung , bermain secara bebas dapat  membantu meningkatkan kebolehan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.

Namun apabila di TASKA maupun TADIKA ataupun di sekolah, kanak-kanak mula terikat dengan peraturan.  Adakalanya  pendidik mula marah bila kanak-kanak asyik bermain. Di rumah, bersama ibu bapa pun begitu.  Ibu bapa mula rimas bila anak asyik main dan tidak tahu duduk diam.

Hakikatnya bermain adalah tugas dan modul utama kanak-kanak walaupun ketika di premis pendidikan dan penjagaan bahkan di rumah sekalipun. Oleh sebab itu juga, para pendidik awal jangan lupa memasukkan elemen bermain dalam setiap aktiviti.  Para ibu bapa juga boleh bersama memberi idea permainan yang bernas kepada kanak-kanak.

Mereka yang terlibat dalam dunia kanak-kanak ini, mestilah membantu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi membolehkan kanak-kanak membina ruang dan peluang untuk bermain.   Lainlah jika anak-anak yang memang dibesarkan di kampung di mana persekitaran bermain lebih semulajadi dan menyeluruh.


Biarkan anak bermain.
Sekali lagi ditekankan bahawa bermain mempunyai pengaruh yang sangat besar yang dapat membina  dan menjana perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak termasuk dari aspek sosial, bahasa dan kognitif.  Dengan kata lain, dengan bermain dapat membentuk sikap, diri, intelektual, karektor dan imej peribadi seseorang kanak-kanak apabila telah dewasa kelak.  Bermain sangat membantu anak-anak dalam melalui setiap tahap perkembangannya sebagai kanak-kanak.

Cuba fikir...
Pernah tak anda duduk bersama kanak-kanak yang sedang bermain.  Misalnya dia main doktor-doktor. Apakah yang dilakukan oleh kanak-kanak? Tentunya kanak-kanak akan main doktor-doktor berdasarkan pengalaman mereka melihat sesuatu berkaitan. Mungkin pengalaman mereka sendiri berjumpa doktor atau melihat di kaca TV.  Ketika bermain,  rupanya kanak-kanak melakar  semula pengalaman yang telah dilaluinya atau yang dilihatnya. Bermain memberi peluang kepada anak-anak menghayati setiap watak yang dimain, meneroka ,mencuba dan seolah-olah merasai pengalaman sebenar.  Anak-anak bebas dalam dunia bermainnya sambil mencipta kreativiti dan imiginasi sendiri. Seronoknya bermain bagi kanak-kanak. Lalu, biarkan anak bermain.
Abaikan anak-anak yang comot dan kotor ketika bermain.
Ada berani?

Bagaimanakah bermain membantu aspek perkembangan  yang lain?

Perkembangan Sosial 
Apabila kanak-kanak bermain, di suatu peringkat umur mereka akan mula mencari kawan bagi meningkatkan keseronokan ketika bermain.  Sedangkan di peringkat seawal, umur  1 -2 tahun kebanyakan kanak-kanak suka bermain sendirian. Ketika itu mereka lebih suka memonopoli sesuatu, mereka berimiginasi sendirian ketika bermain.
Keupayaan untuk bermain bersama kawan-kawan menjadi lebih besar ketika kanak-kanak berada di TASKA maupun di TADIKA.  Oleh itu pendidik awal mesti memikirkan aktiviti bermain yang bermakna yang melibatkan hubungan serta interaksi bersama rakan-sebaya.  Kanak-kanak yang memunyai peluang bermain bersama kawan-kawan akan dapat membantu  membentuk keyakinan diri dan rasa berani di dalam personaliti kanak-kanak tersebut.
Jika di rumah, mainlah bersama anak jiran atau adik beradik. Dilarang sama sekali terperuk di rumah sambail asyik bermain game atau menggunakan handphone.


Kemahiran berbahasa

Siapa sangka, hanya melalui bermain yang dilihat entah apa -apa itu, seorang kanak-kanak akan mula mereka dan mengada-adakan cerita spontan yang  berdasarkan imiginasi mereka. Tak perlu guna skrip, lancar sahaja kanak-kanak berbual bersama kawan-kawannya bila sedang bermain.

Apabila bermain bersama kawan-kawan, anak-anak akan mula berkomunikasi dan berbual bersama secara tidak langsung.  Jika di TASKA TADIKA, pendidik awal boleh menyediakan persekitaran aktiviti drama@teater sebagai salah satu cara memberi peuang kanak-kanak untuk mengasah  kemahiran berbahasa  mereka.  Aktiviti terancang dapat membenarkan kanak-kanak menggunakan lebih banyak tatabahasa atau sebutan perkataan yang baru yang bersesuain dengan aktiviti yang dijalankan.   Maksudnya kanak-kanak lebih banyak menguasai penggunaaan sebutan bahasa selain dari perbualan rutin biasa setiap hari.

Misalnya jika main jual-jual di pasaraya, kanak-kanak akan meniru bahasa yang digunakan ketika urusan jualbeli di pasaraya.


Perkembangan Kognitif

Apakah permainan yang boleh dikaitkan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak?
Sangat banyak sekali, misalnya anak-anak mereka atau menyusun sesuatu, atau ketika bermain di luar kawasan rumah.

Bermainlah apa sahaja yang memberi ruang dan peluang kanak-kanak belajar mengenai sesuatu yang baru dimana kanak-kanak mula berimiginasi dan cuba untuk menyelesaikan sesuatu masalah ( contoh, bagaimana nak , susun blok hingga  tinggi).  Semua aktiviti bermain yang berkaitan dapat membantu merangsang otak kanak-kanak untuk berhubung secara aktif dan positif.


Pendidik awal dan juga ibu bapa di rumah perlu sedar akan kepentingan bermain terhadap aspek perkembangan kanak-kanak. Pastikan bermain ada dalam jadual seharian kanak-kanak.   Dengan kata lain, tdak mahulah anak-anak hanya diminta fokus dan terarah kepada aktiviti akademik sahaja. Berilah mereka peluang dan ruang sebebasnya untuk menghayai seronoknya bermain.
Elakkan handphone yang keterlaluan di tangan kanak-kanak.

Secara kesimpulannya, kepentingan dan manfaat bermain adalah seperti berikut;
1.  Meningkatkan keupayaan berfikir
2. Kemahiran menggunakan bahasa
3. Meningkatkan kreativiti kanak-kanak
4. Menzahirkan dan meluahkan emosi pelbagai, selalunya keseronokan
5. Meningkatkan fizikal dan kecergasan kanak-kanak melalui bermain yang aktif yang menggunakan motor kasar dan pergerakan.
6. Meningkatkan kemahiran sosial dan berkawan

Dengan itu, wahai ibu bapa, wahai para pendidik awal kanak-kanak.

BIARKAN ANAK BERMAIN.





Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner

#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA

#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:








RM 20                                          










RM 40     / RM 30






HUBUNGI SAYA DI 0167235080


No comments:

Post a Comment