Friday 21 June 2019

Adap kanak-kanak berkunjung raya


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Imej : Caria n google

Image result for image selamat hari raya

Ibu, terbuka cakap.bahasa inggeris, apa yer ibu??? 

(Hmmm, sambil terfikir.. tertanya) Apa yang terbuka? tanya saya.

Kalau rumah terbuka, apa dia.??
Laa.. 'Open house'  ler.
Aduhaii Aqil !!

Kisahnya,  sebenarnya Aqil nak bagi tahu yang dia nak pergi beraya di  rumah terbuka lah tu. Rumah terbuka jiran hujung jalan rumah saya ini. Anaknya yang jemput Aqil, kawan satu sekolah lah tu.

"Nanti, kau datang rumah kita tau, boleh jer ajak mak ayah kau.."
Begitulah agaknya cara dia dijemput.


"Ibu, nanti Aqil nak pergi open house tu tau !, Ibu dan bapak pun boleh pergi."
Amboii.. Aqil jadi wakil menjemput pulak. 

Aduhhh, rumah Datuk Datin tu , mereka  baru buat rumah banglo besar dan cantik nun di hujung lorong lot rumah saya. Sebelum tibanya hari open house yang dijadualkan, Aqil agaknya sudah termimpi-mimpi nak pergi rumah terbuka tu. Banyak kali dah dia bercerita penuh excited.


Ada tak rasa risau nak bawak anak ke rumah terbuka atau nak biarkan dia pergi rumah terbuka jemputan kawannya tu. Tentu saya sedikit risau biarkan anak sesuka hati pergi beraya@open house di rumah jiran tanpa berpesan-pesanan terlebih dulu dengan si anak.

Anda pula, adakah anda rasa rimas dengan anak-anak yang tidak tidak boleh duduk diam ketika datang berkunjung raya? Bagaimana kerenah anak-anak kecil  ini yang ada kalanya dilihat keterlaluan nakalnya dan tidak beradap.

Salah siapa? 
Memang fitrah anak-anak suka bermain dan suka meneroka apa sahaja yang ada di persekitarannya namun tidak bermakna anak-anak tidak perlu dilatih mendisplinkan diri dan menzahirkan adap, apatah lagi jika berkunjung ke rumah orang. Teringat lagi saya ketika kecil, aduhai kalau di rumah sendiri, memang kitalah yang hebat meneroka luar dan dalam rumah. Kita yang bukan generasi 'hp' ini, maka ada sahaja projek yang kita dulunya akan buat.


Istilah menyelerak, menyelongkar, buat sepah sana sini, memang sinonim dengan kita jika di rumah sendiri. Lepas itu, tengoklah mak-mak kita, akan menjerit menjengil. Suruh kemas balik selepas habis main sebab sebentar lagi ayah kita akan balik dari kerja. Mahu melenting ayah kita nanti, bila tengok rumah yang hampir terbalik itu.
Betul tak?


Dan saya masih ingat lagi, punyalah mak-mak kita dulu pesan betul-betul kepada kita tatkala nak di bawa berkunjung ke rumah orang apatah lagi kunjungan raya.  Siap diajarnya kita menundukkan kepala merendahkan badan sedikit ketika lalu di depan orang tua-tua. Pantang sekali menyampuk atau melopong mendengar orang tua-tua bercerita.

"Duduk diam-diam nanti, jangan usik itu, usik ini pulak!, kalau tak reti nak duduk diam, tinggal rumah, tak payah ikut", siap diugutnya kita pula.

Tatkala di rumah orang, kalau kita cuba mengelat jer sikit, mak kita dah mula menjengilkan matanya sambil menjeling tajam tanda amaran. Kut kalau dia memang duduk berdekatan dengan kita, siaplah kita, diam-diam cubitan petir menyinggah ke peha kita. Tetiba jer terasa ibarat semut api datang menggigit. Sebab itu, selalu kita dengar acik-acik cakap begini;

' Alahaii.., baiknya budak ni, diam jer duduknya, nampak pemalu betul budaknya, "

Sedangkan bila di rumah sendiri, dialah yang jadi heronya. Betul tak? 

Pada pandangan saya, anak-anak sememangnya tak boleh duduk diam (itu tanda dia anak pintar dan cergas) namun anak-anak juga boleh diajar adap mudah yang baik ketika di rumah orang tak kiralah rumah sesiapapun walaupun rumah adik beradik. Macamana nak latih adap dan displin ketika di rumah orang? Caranya; pesan selalu adap yang baik itu, pesan banyak kali, ingatkan walau berjuta-juta kali sekalipun, sehinggalah anak itu faham,

'rumah orang bukan rumah sendiri'

Mama-mama, ibu-ibu sekarang, macamana? Jom ler, kita kongsi-kongsi pesanan yang boleh ibu-ibu muda ingatkan epada anak-anak tatkala bawa mereka berkunjung ke rumah orang. 

Pertama, beritahu anak, rumah terbuka itu rumah siapa? Warwarkan kehebatan tuan rumah kepada anak supaya anak akan pandang tinggi dan hormat pada tuan rumah. Jadinya, dia akan belajar kawal perangai sebab segan dengan tuan rumah. Kemudian,  mohon bagi peringatan tertentu supaya anak jaga adap ketika bertamu di rumah orang.

Ingatkan anak!
Rumah orang adalah rumah orang bukan rumah sendiri. Jangan buat sesuka hati. Jangan guna barang tuan rumah tanpa minta izin sekalipun nak ke tandas. Apatah lagi ambil barang tuan rumah.
Jangan....!
Jangan.....!
Pesanlah walau beratus kali.

Pesan pada anak, jangan mintak duit raya, jangan sama sekali. Juga jika dapat duit raya dilarang buka sampul raya di situ, pastu keluarkan duit dan berteriak..
"Alaa.. rm2 jer....!"
"Alaa.. rm 3.jer....!"
"Wahhh.... kita dapat rm10....!"


Anak-anak cerminan diri kita juga sebagai ibu bapa.  
Mohon ajar anak yer, bila sampai rumah terbuka tu, salam tuan rumah. Duduk tertib dan bila ambil makanan, sila makan elok-elok jangan gelojoh seperti lapar giler. Sebaiknya biarkan anak makan dulu sikit sebelum bawa pergi open house ini. Ini untuk elak perangai pelahap dibuatnya nanti di rumah orang. Malu weeii.!


Kalau dapat duit raya, ucap terima kasih. Sebelum balik pun ucap terima kasih dan sekali lagi salam. Kalau perlu, elok anak maklum tentang kehebatan tuan rumah, beri peluang anak merasa teruja dan kagum dengan tuan rumah. Sekurang-kurangnya kalau kita bawak anak beraya ke open house - rumah besar, beri tahu dia;

"Tengok besar rumah pakcik. ni, mesti pakcik ni bekerja keras rajin berusaha hingga hingga dapar duduk rumah banglo yang besar ini."

Dalam diam-diam anak akan belajar sesuatu dan insyAllah termotivasi sendiri. Aduhaii..! pilihan di tangan kita sebagai ibu bapa. Nak anak buat suka hati atok nenek kat rumah terbuka dan kita rilek jer...sambil hati tuan rumah poning tengok perangai anak kita  atau kita standby apa yang patut!
Kita mampu mengubahnya!. Didiklah anak jadi insan berhemah dan menghormati tuan rumah tatkala datang bertamu.

Begitu pun... 
Saya sendiri pernah melihat situasi si mama sekarang yang buat tak kisah jer bila anak-anaknya mula beraksi nakal. Bagi teguran pun tidak apatah lagi nak menjengilkan mata, dia rilek tenang jer.
Kenapa yer? Memang anak-anak kecil sekarang tak boleh dimarah ker? 

Berlari sana sini depan orang tua-tua, bukak katup tv atau radio., suka hati usik ini usik itu, buat aksi itu aksi ini tapi si mamanya tetap sabar jer sedang tuan rumah dah mula susah hati. Nak ditegur, kut terasa pulak hati tetamu, si mama tadi. Memang ada jenis orang, anak dia jangan ditegur atau dimarah. Sensitif.. . !

Sudahnya, sabar jer lah sambil berharap tetamu tersebut cepatlah beredar balik. Sepatutnya tetamu datang membawa rezeki, tetapi akhirnya ia datang mengundang keresahan.  Sesekali.. beri amaran!!
Jangan sampai tuan rumah menjadi rimas tahap gaban.  Kita tak tahu apa yang ada dalam hati tuan rumah. Kalau keadaan ini berlarutan sama, lain kali dia serik nak ajak kita datang bertandang ke rumahnya lagi. Dengar jer kita nak datang, dia dah mula poning.

Ok, fitrah anak - anak memang suka bermain tapi fitrah anak-anak juga mudah dilentur dengan adap serta displin yang baik sedari kecil dalam kehidupannya.

Salam Aidilfitri.
Bermaaf-maafan lah kita.
InsyAllah, Tuhan memberkati
Hari raya kita.
Catatan,
#Norazura
Trainer & Fasilitator.

1 comment:

  1. Betul puan saya setuju perenggan akhir tu. Anak-anak boleh diajar disiplin dan dilentur cuma mak ayah kena sabar mendidik dan tak jemu berpesan-pesan.

    ReplyDelete