Thursday, 15 November 2018

SKM ECCE PPT

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Semuanya kerana SKM ECCE PPT
( Sijil Kemahiran Malaysia Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu)


Program : Bengkel Pemantapan Personel Kemahiran - PPT
Bertempat di : IKBN Pagoh.
Tarikh : 13 November 2018

Untuk makluman..
SKM secara PPT bukan program sijil atau Diploma penuh.
Kaedah yang dilalui pula bukannya dengan mesti menyiapkan tugasan demi tugasan hingga tidak tidur malam,  kata calon.

Selalu saya dengar calon stress kerana perlu siapkan tugasan.. ., Tapi, adakah tugasan???
Hakikatnya ..
Dalam SKM PPT tiada yang yang disebut kelas...tiada tugasan baru,
Tiada pula yang dipanggil  jurulatih SKM dan ia bukan seperti sedang mengikuti sijil atau Diploma di mana- mana kolej.
BUKAN....
BUKAN sama sekali...


Pengiktirafan SKM PPT hanya sekadar memperakukan pengalaman seseorang dalam bentuk persijilan sahaja. Ia sebenarnya satu  sijil hebat kerana ia membuktikan bahawa seseorang itu sangat terampil dan berpengalaman dalam bidangnya.
Ia suatu cara yang sangat mudah sebenarnya.

Namun...
Sepanjang saya menjadi personel persijilan kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ( PPT) ini,  telah macam- macam fesyen@ bentuk portfolio dan LPKT yang saya jumpa. Pening sangat pening tau bila berhadapan dengan pelbagai situasi dan cabaran  pelbagai  kerenah calon.  Bila ditegur, ada yang positif menerima bahkan ramai pula yang memandang negatif. Calon pula ingat bila memohon sahaja,  gerenti mesti lulus.
Begitukah? Siapakah yang menjanjikan begitu.?

Hari ini, di Bengkel pemantapan personel PPT ini, para personel berkumpul untuk memantapkan  cara dan kaedah penilaian terhadap calon.. Satu usaha baik yang dilakukan oleh pihak JPK bagi menyeragamkan juga pelbagai kerenah dan cara penilaian personel.  Lalu..... Kami personel pun terus menimba maklumat demi maklumat agar tiada yang tersasar dari landasan dan garis panduan yang ditetapkan.

Oleh itu, wahai calon- calon SKM semua, mohon  jangan pandang kami remeh  sebelah mata. Kami melaksanakan segala amanah yang ditugaskan secara profesional dan mengikut standard yang ditetapkan.

Sekadar maklumat buat calon- calon maupun buat mereka yang baru- baru nak  berjinak sebagai personel SKM PPT, saya  kongsikan dapatan sepanjang hari dalam bengkel ini.


1.   Nilai  SKM akan dipandang tinggi jika kualiti calon benar- benar telah  ditapis dari awal- awal permohonan lagi.  Samada calon layak atau tidak layak  dipersijilkan, semuanya mesti menepati standard yang ditetapkan. Dengan kata lain, dalam pembangunan portfolio calon, mesti dipastikan bukti- bukti semua telah sedia ada mengikut standard NOSS. Ia mesti bukti yang benar,  bukan bukti yang  baru nak buat, bukan gambar- gambar yang diambil secara olok- olok atau lakunan semula.
Di peringkat penilaian  pegawai penilai lagi, mesti dipastikan calon layak hingga ke peringkat verifikasi akhir. Jika tidak layak...sila berhentikan proses penilaian. Calon kena tahu bahawa mereka tidak layak untuk dipersijilkan. Tolong jangan ambil mudah dan ambil remeh dalam menyediakan bukti keterampilan. Bukti bukan bukti baru, bukan tugasan atau nota. Bukti mesti perkara benar yang menunjukkan keterampilan  pengalaman seseorang.  Maka...jika calon gagal menunjukkan bukti yang sahih lagi benar, terimalah hakikat bahawa calon itu belum layak untuk dipersijilkan.


2. Biasanya... tatkala saya menilai  Laporan Pencapaian Keterampilan Terdahulu ( LPKT) yang disediakan oleh calon,  keringat saya menjadi kelam dan seribut. Saya tertanya, apakah ini??
Penulisan laporankah atau penulisan tesis akademik??. Hakikatnya LPKT calon penuh dengan eleman copy paste dan nota meleret- leret. Hishhh...seribut membacanya hingga rasa seakan mahu menjerit.

Dalam bengkel tadi ..... Sangat lega mendengar pegawai JPK memaklumkan dan sekaligus mengesahkan penilaian saya selama ini.  Kata pegawai JPK, LPKT adalah penulisan hasil dari pengalaman sebenar calon. Ia adalah suatu perkara@ projek yang telah pun dilaksanakan oleh calon sebelum memohon lagi. Calon perlu menulis pengalaman yang mereka lalui berkaitan standard NOSS dalam bentuk format laporan yang ditetapkan sahaja.

Ingat yer..!!! .tak perlu sibuk buat soal selidik, tak perlu sibuk cari responden, tak perlu sibuk- sibuk ikut gaya penulisan tesis . Mendengar penerangan Pegawai tadi, rasanya senang dan mudahnya tulis LPkT , sekali lagi ditekankan....ia umpama menulis diary pengalaman namun dalam format yang ditetapkan. Mudah jer sebenarnya. Sedangkan majoriti LPKT yang ada....semuanya ke laut, , ' rubbish';...  itu kata pegawai JPK .
Ehhh...camner....dah lulus SKM ni...!!! sendiri fikirlah yer....

Justeru....
Jadilah insan yang selalu boleh  belajar menerima ilmu, mendapatkan maklumat yang benar dan boleh menerima teguran membina.
Saya tulis cataran ini kerana saya prihatin akan kualiti persijilan dalam  industri kita ini, Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak ini.. Tiadalah maksud tersirat yang lain. Samada anda adalah calon, PP atau PPL, kita yang menentukan kualiti persijilan SKM dalam pendidikan awal kanak- kanak ini.

Bagi saya.... Biarlah orang nak kata apa... biar pun cabaran saya hadapi kian hebat, namun yang penting KUALITI persijilan ini tetap  perlu dipelihara selamanya.
Jangan sekadar berbangga dengan adanya sijil SKM PPT, tapi... kosong tak tau apa- apa berkaitannya bahkan tidak pula.mampu menunjukkan keterampilan yang diperlukan. Saya mencari KUALITI mengikut STANDARD bukan mengejar kuantiti semata.

Sekian.
Mohon maaf  andai tersilap maupun terkasar bahasa. Saya sekadar melaksanakan tugas.
INTEGRITI... Itulah yang selalu saya dengar.....maka laksanakanlah ia bersama- sama.
InsyAllah..semoga Allah mudahkan kita.

Semuanya kerana SKM ECCE PPT
( Sijil Kemahiran Malaysia Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu)

Catatan,
#Norazura.


Anda boleh hubungi saya:


Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 8 tema dulu.


HARGA RPA BERTEMA ( 35 RPA DENGAN 9 TEMA) - RM25




PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642




Friday, 9 November 2018

Halatuju pembelajaran Anak-anak



Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Halatuju bidang pembelajaran pilihan anak-anak.
Zaman dan masa telah berubah.  Sealiran itu, cara ibu bapa berfikir juga harus berubah 100%  dalam memastikan jenis pendidikan dan laluan kerjaya yang terbaik untuk anak-anak yang sedang meningkat dewasa ini.  

Memang betul, ibu bapalah paling berhak memutuskan sesuatu yang dirasakannya sendiri baik untuk masa depan anak,-anak. Namun, zaman ini bukan zaman memaksa anak-anak mengikuti sesuatu yang dihajati oleh ibu bapa semata. Zaman ini bukan segalanya perlu berkait dengan pencapaian akademik semata. Anak~anak generasi Y dan Z ini adalah anak~anak  yang berhak diberi pilihan arah tuju masa depan pilihan mereka.

Peranan ibu bapa adalah  sebagai pembimbing bukan pembuat keputusan mandatori. Samada anak~anak ingin dan sesuai meneruskan bidang pembelajaran akademik atau memilih mana-mana aliran kemahiran@ teknikal@ vokasional, lihat pada potensi diri dan minat anak~anak ini.
Galakkan mereka  belajar setinggi mana  yang boleh jika anak-anak memang mampu menguasai pendidikan akademik dalam sesuatu bidang. 

Sebaliknya, bantulah anak melebarkan  minat dan potensi diri mereka jika memang benar mereka nampak terserlah dalam sesuatu kemahiran itu. Tak rugi pun mengilap potensi yang ada dalam diri anak-anak kita. Yang nak belajar atau yang nak melakar masa depan bukan ibu bapa tetapi anak-anak.
Ibu bapa jangan rasa segan atau malu untuk sebut atau bercerita yang anaknya sedang mengikuti program tertentu di mana-mana kolej kemahiran . Ibu bapa kena belajar buang sikap hanya rasa bangga untuk sebut anak sedang belajar di Universiti.  Samada belajar di U atau belajar kemahiran, berikan mereka galakan dan dorangan berterusan yang menepati potensi diri mereka.
Realitinya, belum tentu yang keluar U itu dapat meneruskan kerjaya bidang mereka dengan selesa dan mudah. 

Tapi anak- anak yang berjaya menggarap sesuatu kemahiran itu,  anak- anak yang tahu dan boleh buat kerja itu, insyAllah mereka yang lebih mudah mendapat pelbagai peluang kerjaya yang baik.
Apapun, sekadar pandangan peribadi saya, hidup untuk berjaya bukan sekadar perlu ada ilmu tetapi paling penting perlu memiliki sesuatu kemahiran dan boleh buat kerja dengan baik.
Sudah sampai masanya, perlu lah membina keterampilan ,( tahu dan bokeh buat) dalam menguasai sesuatu bidang.
Semoga minda ibu bapa masa. kini lebih terbuka dan positif dalam menentukan arus pembelajaran yang perlu dikuti oleh anak- anak.
InsyAllah, DIA  lah yang memudahkan segalanya.
Aliran Kemahiran antara  pilihan terbaik.
Sijil Kemahiran Malaysia dan
Diploma Kemahiran Malysia Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak.



.


Jika anak-anak berminat mengikuti kemahiran, boleh mengikuti latihan kemahiran yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Sijil Kemahiran Malaysia

Tuesday, 6 November 2018

Latihan kemahiran

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Anak- anak yang tidak lama lagi bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), apa pilihan anak-anak selepas itu? ; ada difikirkan tak?
Ingin teruskan pembelajaran akademik?
Atau..;
Ingin mengikuti latihan kemahiran tertentu?

Samada mempunyai pendidikan akademik atau  kemahiran, dua- dua sama penting. Jika ada kedua - duanya lagi baik. Namun, ada anak  lebih cenderung ke arah akademik. Manakala pasti ada  sesetengah anak menunjukkan minat atau cenderung dalam sesuatu kemahiran.
Menjadi diri saya yang memiliki pendidikan akademik dan akhirnya saya cenderung mencintai pelaksanaan kemahiran, saya buktikan saya boleh pergi jauh hanya kerana memiliki sesuatu kemahiran.

Hakikat bidang pekerjaan masa kini pula, selalu menunjukkan bahawa  mempunyai kelulusan akademik yang tinggi sahaja belum memadai bagi menjamin laluan kerjaya yang baik buat diri seseorang. Paling tidak, ilmu akademik yang dimiliki mesti dijana bersama dengan sesuatu kemahiran tertentu. 

Sebenarnya, nak bina kemahiran senang sahaja,  samada ikuti  sesuatu latihan kemahiran atau jana kemahiran melalui pengalaman.
Untuk ikuti latihan  kemahiran, kalau di peringkat anak-anak, bolehlah pilih ikuti apa sahaja bidang kemahiran yang disukai samada di institusi latihan awam ataupun swasta.
Bidang apa?
Eh....banyak bidang kemahiran yang boleh diikuti, tengok apa minat dan kecenderungan kita.
Namun, jika pada kawan- kawan, sahabat-sahabat, adik-adik, kakak-kakak atau sesiapa sahajalah  yang telah sedia ada menjana tahun demi tahun pengalaman dalam sesuatu bidang, tetapi tidak memiliki sebarang sijil kemahiran , macamana?
Hah...inilah yang saya nak kongsikan...


Sekadar makluman, di negara kita ini,   ada satu bentuk persijilan iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang boleh mengiktiraf dan memperaku pengalaman, kemahiran dan keterampilan sediada seseorang  dalam apa sahaja standard bidang industri yang diceburinya.
Persijilan kemahiran Malaysia melalui pengiktirafan pencapaian terdahulu.
Bagaimana?

Kemahiran seseorang  boleh diiktiraf dalam bentuk persijilan.  Katakan kita telah bertahun-tahun menceburi bidang kecantikan atau jahitan atau masakan, tentunya  pengalaman dan kemahiran kita boleh diperakui hanya melalui persijilan kemahiran Malaysia ini.
Biasanya orang berkemahiran tertentu ini terdiri dari orang yang berbisnes.
Hmmmm..... Jadinya, bila ada sijil, barulah ada ummpp nak bercakap tentang produk kecantikan, jahitan baju atau masak- masak ini. Tentu juga, boleh bantu tingkatkan keyakinan pelanggan terhadap bisnes kita.
Betul tak?

Al misalnya, bidang kemahiran  saya, Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak dan juga Pendidikan Prasekolah. Ia suatu kemahiran kan...?, bila ada skil mengendalikan kanak- kanak, barulah boleh dikatakan telah  memahami dunia pendidikan awal kanak-kanak.
Barulah boleh terampil dalam industri ini. Tahu teorinya, tahu pula pelaksanaannya secara amali.
Seperti saya,  akhirnya, sekian lama bergelumang dalam  industri ini semenjak tahun 2000 lagi,  saya bangga memiliki pengiktirafan kemahiran melalui SKM ini.
Teruja tau... walau hanya Sijil Kemahiran. Alhamdullillah hasil penat lelah, cabaran pahit manis semuanyalah  terhimpun dan diperakui dalam satu persijilan iaitu SKM. Hah..bukan seberono saja tau persijilan ini.
Nak dapat pun bukan  senang-senang gitu jer tau. Saya berusaha ke arah persijilan ini sedari tahun 2009 lagi.
Saya adalah saya, semuanya dengan izin Allah.

Anda yang berminat nak dapatkan sijil perakuan ini, nak tahu?
Berpandukan kepada National Occupational Standard System / Sistem Standard Pekerjaan Kebangsaan, terdapat beratus- ratus bidang kemahiran yang boleh diperaku kepada mana- mana individu berkaitan yang layak.
Jadi.....
Apa lagi, jom kumpul pengalaman kita untuk diperakukan melalui persijilan kemahiran MALAYSIA ini.
Jangan malu hanya kerana ada sijil kemahiran.
Kemahiran kan suatu kerjaya.
Catatan;
#Norazura




Monday, 5 November 2018

Tiada lagi peperiksaan untuk anak awal usia

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Musim anak menghadapi peperiksaan di sekolah baru berlalu. Tidak lama lagi akan bermulalah cuti sekolah yang panjang. Pada sesetengah anak- anak, seolah - olah baru bebas dari kesesakan jiwa raga, minda dan emosi. Yelah, manakan tidak, ..sebelum peperiksaan  bermula, penguatkuasaan pun bermulalah di rumah.
Mengulangkaji buku umpama meng'copy paste' ilmu masuk ke dalam otak untuk diterjemahkan di atas helaian kertas peperiksaan nanti.
Lagi...
Kena pergi kelas  tambahan( tuisyen)  secara lebih  intensif.
Banyak buat ulangkaji dan latih tubi.
TV !!!, Katakan tidak pada TV.
Melayari internet untuk program kesukaan, pastinya tidak diberi peluang.
Lagi....
Tidak boleh main bola dan sebagainya dengan kawan- kawan.
Aktiviti pergi jalan-jalan  atau cuti dibekukan sama sekali.  Kekadang nak pergi rumah sedara pun ditangguhkan kerana anak nak hadapi peperiksaan.
Ibu bapa sendiri terus kalut...
Hah...persediaannya, umpama anak hendak pergi berperang lagaknya.
Haha...., memang tak salah pun. Kekadang anak- anak  perlukan dorangan dan sedikit paksaan untuk belajar dan berusaha.


Ya., Sungguh memang .tidak salah.....jika anak itu mungkin akan hadapi peperiksaan besar atau mungkin anak yang di sekolah menengah.
Itupun kena tengok juga potensi dan keupayaan anak.
Akan tetapi, apa cerita jika penguatkuasaan seperti tadi dibuat kepada anak yang sekadar di TADIKA atau di awal usia persekolahan,  agak-agak lah yer....
Anak- anak itu baru berusia 5, 6, 7 ,. 8 hatta 10 tahun sekali pun.
Jangan keterlaluan hingga mendera emosi anak  tanpa disedari.
Patutkah anak-anak  terus rasa terdera oleh orang dewasa yang objektif utamanya ingin melihat pencapaian akademik yang cemerlang ( yang dibuktikan atas helaian kertas) dari  seawal usia anak lagi.
Cuba renungkan dan jom buat sedikit anjakan paragdigma dan minda anda sebagai ibu bapa atau pendidik.


Tiada lagi peperiksaan untuk anak awal usia....
Alhamdullillah...
Akhirnya..suara hati mereka yang benar- benar memahami maksud pendidikan awal kanak- kanak telah didengari.

Berbaloilah beberapa penulisan saya yang berkaitan dimana saya memberi pandangan tentang kelemahan pendidikan awal kanak-kanak bukan sekadar di TASKA TADIKA.  bahkan anak di bawah 10 tahun di sekolah rendah.

Saya bezakan dengan beri contoh  2 keadaan di bawah ini.
Pertama, dulu... tatkala anak saya di TADIKA,   cikgu di TADIKA telah mengingatkan ibu bapa supaya memberi perhatian kepada pelajaran anak- anak memandangkan peperiksaan tidak lama lagi. Dia minta ibu bapa pastikan anak- anak buat ulangkaji lebih kerap.
Menerima pesanan itu, saya bayangkan wajah anak saya... Ohh Tidaklah....!!!  saya pasti sukar  akan buat begitu kepada anak saya yang kerjanya asyik main dan asyik buat aktiviti sahaja. Anak saya pun tak faham maksud peperiksaan itu walaupun dia sangat petah bercerita perkara yang dia suka.
Akhirnya. Hah..padan muka, dapat nombor hampir- hampir akhir dalam.kelas TADIKA kan.
Cikgu pun tak pandang... Adakah patut kan??

Hal kedua, baru-baru ini saya terbaca tulisan seseorang yang saya kira  arif tentang pendidikan awal kanak- kanak, bilamana ada ibu bapa yang tanya pada dia, tip mencari TADIKA.
2 tip yang sangat saya setuju dan boleh terima iaitu  , tip pertama,; cari TADIKA yang cikgunya  tidak berjanji bahawa dalam tempoh 3 bulan, anak TADIKA  PASTI boleh baca buku dengan baik dan lancar.
Tip kedua, cari TADIKA yang tiada 'worksheet' dan  tidak beri 'homework' kepada kanak- kanak.
Hmmm..tentu ibu bapa tersebut berfikir-fikir. Betulkah tip ini?

Sehinggalah menteri memaklumkan...tiada lagi peperiksaan di peringkat TADIKA dan awal sekolah rendah bermula tahun depan. Tiada lagi peperiksaan untuk anak awal usia.
Saya tepuk tangan bergembira walaupun saya tidak ada lagi mempunyai anak di tahap itu.( Anak saya yang bongsu, 10 tahun umurnya pada  tahun depan)

Jadi...saya menyeru mereka yang berkaitan kanak-kanak,
Baca dan fahamilah kenyataan menteri ini, sungguh menampakkan beliau sangat memahami dan prihatin terhadap perkembangan awal kanak- kanak apatah lagi di peringkat awal  persekolahan.
Justeru itu..kita selaku pendidik awal, guru  di peringkat  sekolah rendah   dan juga ibu bapa perlulah menukar persepsi kurang tepat  kita selama ini terhadap maksud sebenar pendidikan awal kanak-kanak.
Berlaku adillah kepada anak-anak kita kerana mereka juga punya hak dan perasaan sebagai seorang kanak-kanak.
Seawal pendidikan yang utama ialah pendidikan akhlak dan pembinaan jati diri serta sikap.
Seawal didikan diri yang utama ialah membentuk kemahiran awal dalam diri kanak- kanak.
Seawal asuhan yang utama ialah membenarkan anak-anak membesar melalui kerja hakiki mereka iaitu bermain, meneroka dan terus bermain yang dengan sendiri membantu membina pelbagai aspek perkembangan anak  secara semulajadi.
Apabila tiba masanya, kenalpasti potensi mereka dan bimbing anak memilih laluan kerjaya yang diminatinya.


Apapun..tulisan ini sekadar pandangan saya, mungkin ramai yang lebih pakar mempunyai pandangan yang lebih baik.
Sekian.

Catatan;
#Norazura

Saturday, 13 October 2018

Untung Rugi bisnes TASKA

Biasa didengari apabila ada pengusaha TASKA yang mengeluh dari segi keuntungan TASKA. Saya pun faham dan mengakui kerana saya juga pernah menguruskan sebuah TASKA .
Memang benar,  bisnes TASKA  tidaklah terlalu menguntungkan jika dibandingkan dengan bisnes TADIKA.  Namun saya yakin, jika pengusaha TASKA benar-benar ikhlas dan amanah dalam memberi khidmat asuhan dan didikan kepada anak-anak, insyAllah walaupun pendapatan dari yuran tidak banyak tetapi ia berkat.
Lalu yang lebih berkat itu akan terserlah dari sisi yang lain pula  dalam kehidupan kita. Yakinlah.
Akan tetapi jika pengusaha TASKA kurang menjaga kebajikan anak-anak maupun pengasuhnya, bagaimana pula?
Anak -anak di TASKA ramai seperti semut sedangkan premis TASKA kecil,  pengasuh pula kurang , apa sebenarnya yang bermain di fikiran.
Keuntungan semata, tidak mahu rugi atau keberkatan rezeki?
Jom fikirkan.


#Norazura



Jom... ada yang nak ikuti  BENGKEL MULA BISNES TASKA.
Jom..hubungi saya Norazura 0167235080/0192115642



Tuesday, 9 October 2018

Kemahiran

Halatuju bidang pembelajaran pilihan anak-anak.
Zaman dan masa telah berubah.  Sealiran itu, cara ibu bapa berfikir juga harus berubah 100%  dalam memastikan jenis pendidikan dan laluan kerjaya yang terbaik untuk anak-anak yang sedang meningkat dewasa ini. 
Memang betul, ibu bapalah paling berhak memutuskan sesuatu yang dirasakannya sendiri baik untuk masa depan anak,-anak. Namun, zaman ini bukan zaman memaksa anak-anak mengikuti sesuatu yang dihajati oleh ibu bapa semata. Zaman ini bukan segalanya perlu berkait dengan pencapaian akademik semata. Anak~anak generasi Y dan Z ini adalah anak~anak  yang berhak diberi pilihan arah tuju masa depan pilihan mereka.
Peranan ibu bapa adalah  sebagai pembimbing bukan pembuat keputusan mandatori. Samada anak~anak ingin dan sesuai meneruskan bidang pembelajaran akademik atau memilih mana-mana aliran kemahiran@ teknikal@ vokasional, lihat pada potensi diri dan minat anak~anak ini.
Galakkan mereka  belajar setinggi mana  yang boleh jika anak-anak memang mampu menguasai pendidikan akademik dalam sesuatu bidang.
Sebaliknya, bantulah anak melebarkan  minat dan potensi diri mereka jika memang benar mereka nampak terserlah dalam sesuatu kemahiran itu. Tak rugi pun mengilap potensi yang ada dalam diri anak-anak kita. Yang nak belajar atau yang nak melakar masa depan bukan ibu bapa tetapi anak-anak.
Ibu bapa jangan rasa segan atau malu untuk sebut atau bercerita yang anaknya sedang mengikuti program tertentu di mana-mana kolej kemahiran . Ibu bapa kena belajar buang sikap hanya rasa bangga untuk sebut anak sedang belajar di Universiti.  Samada belajar di U atau belajar kemahiran, berikan mereka galakan dan dorangan berterusan yang menepati potensi diri mereka.
Realitinya, belum tentu yang keluar U itu dapat meneruskan kerjaya bidang mereka dengan selesa dan mudah.
Tapi anak- anak yang berjaya menggarap sesuatu kemahiran itu,  anak- anak yang tahu dan boleh buat kerja itu, insyAllah mereka yang lebih mudah mendapat pelbagai peluang kerjaya yang baik.
Apapun, sekadar pandangan peribadi saya, hidup untuk berjaya bukan sekadar perlu ada ilmu tetapi paling penting perlu memiliki sesuatu kemahiran dan boleh buat kerja dengan baik.
Sudah sampai masanya, perlu lah membina keterampilan ,( tahu dan bokeh buat) dalam menguasai sesuatu bidang.
Semoga minda ibu bapa masa. kini lebih terbuka dan positif dalam menentukan arus pembelajaran yang perlu dikuti oleh anak- anak.
InsyAllah, DIA  lah yang memudahkan segalanya.
Aliran Kemahiran antara  pilihan terbaik.
Sijil Kemahiran Malaysia dan
Diploma Kemahiran Malysia Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak.
Terbaik.

Tuesday, 2 October 2018

RPH dan RPA

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


RPH dan RPA
Sering ada orang bertanya kepada saya,
'Puan, ada jual ebook RPH, saya bekerja di TASKA, nak buat 'lesson plan' untuk kelas.'
'Puan...saya seorang cikgu TADIKA. , Puan jual ebook RPA kan... Apa bezanya dengan RPH?'
' Puan...boleh puan tunjukkan format RPA, saya masih keliru ni'
Hmmm... tidak dinafikan, ini antara soalan yang diutarakan pada saya tatkala ada yang nak tempah ebook saya.

Pemain industri pendidikan awal kanak-kanak terutama yang bekerja sebagai pengasuh@ cikgu TASKA TADIKA, kenapa yer???......masih ada juga yang keliru perbezaan antara RPA dan RPH. Bukan sekadar keliru tetapi ada juga yang tidak pasti yang mana guna di TASKA dan yang mana terpakai di TADIKA.

Para pengusaha pula macam mana..?? Asyik suruh pengasuh/pendidik sediakan RPA/ RPH, pengusaha sendiri tahukah nak sediakan rancangan mengajar?
Baru- baru ini, saya ada bertanya soalan cepuemas kepada sekumpulan  para pengusaha TASKA yang kebetulan menjadi calon SKM di bawah verifikasi saya ; soalan nya mudah sahaja...;
Sebutkan 6 bidang perkembangan pembelajaran kanak-kanak mengikut modul PERMATA.?
Aduh..aduh..sukar dan teragak-agak mereka menjawabnya.
Hmmm..macam mana nak sediakan atau nak semak 'lesson plan' kalau begitu?
Pastikan semua yang terlibat tahu yer....

Anda belum boleh dikatakan 'the best early childhood practitioner' jika anda tidak tahu beza RPA dan RPH apatah lagi tidak mahir tentang aspek.perkembangan kanak-kanak.
Samada RPA atau RPH, yang samanya ialah kedua-duanya adalah rancangan mengajar untuk dilaksanakan di TASKA TADIKA. Membezakan keduanya ialah dari segi format dan sedikit berbeza tentang fokus bidang pembelajarannya.

Hishh...kalau saya terangkan  di sini, macam nak buat kelas RPA RPH pulak rasanya.
Jadinya, kalau tak berapa tahu kenalah belajar  selagi mana anda bertugas sebagai pengasuh/pendidik.
Premis pendidikan awal kanak-kanak yang professional, wajib ada rancangan mengajar yang baik.
Ok...Itu sahaja yang nak dipesan-pesankan. Ambillah ia sebagai teguran positif.
InsyAllah...

#Norazura




Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 8 tema dulu.


HARGA RPA BERTEMA ( 35 RPA DENGAN 9 TEMA) - RM25




PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642