Saturday, 13 March 2021

sanitizer saferkids plus

Adik dah basuh tangan?
Jom kita cuci tangan sama-sama 😊🌹
Tentu seronokkan bila setiap kali pihak TASKA  TADIKA buat aktiviti cuci tangan ini.

Cikgu-cikgu guna apa untuk cuci tangan? 😉

Sabun biasa...?
Cecair cuci tangan atau pembasmi kuman tangan yang banyak berada di pasaran?

Macam-macam produk cucian tangan ada...,
yang murah.., yang mahal sikit.., nak tak nak jer untuk beli dan gunakan.

Kebetulan....
tengah viral kini, serangan virus influenza. Entah dari mana ia datang. Tetiba menular menyerang kanak-kanak khasnya. Hingga ada yang menyebabkan kematian. 😢

Khabarnya, jika telah dijangkiti virus ini tidak ada vaksin yang boleh merawatnya. Jadi, langkah terbaik kini ialah berjaga sebelum kena.

Premis  TASKA TADIKA bahkan ibu bapa di rumah sekalipun perlulah cakna tentang aspek kebersihan diri dan persekitaran kanak-kanak.

Buat tindakan sebelum terlambat!

Bakteria dan kuman sentiasa ada di persekitaran kanak-kanak. Justeru itu, kanak-kanak sangat terdedah kepada risiko penyakit biasa seperti selsema, demam, sakit tekak, batuk dan seumpamanya.

Sebenarnya dalam diri kanak-kanak sendiri telah dibekalkan dengan antibiotik semulajadi sebagai benteng pertahan penyakit. Saya pernah baca artikel tentang ini. 😁

Jadi kita cuma beri sokongan pertahanan tambahan dengan mulakan amalan mudah ini iaitu cuci tangan. 😊

Jom ajak anak cuci tangan selalu! 

Apa kata kita kempen...

1 TASKA 1 TADIKA 1 Rumah dengan satu botol 'hand sanitizer'.

Alaaa...., bukan mahal pun, keluar modal sikit jer untuk sediakan ia secara wajib di premis kita.

Semasa anak  datang TASKA TADIKA , selepas setiap aktiviti luar dan dalam dan sebelum balik, ajak kanak-kanak cuci tangan dulu sambil-sambil kita ceritakan tentang pentingnya cuci tangan itu.

Bolehlah  selitkan juga cerita tentang jahatnya kuman bakteria itu. Alahaiii, tak susah pun.....😅

Jom mula cuci tangan dengan hand sanitizer pilihan saya ini.

Safercare plus kids

Jom juga baca  preview saya sikit dengan  jenama hand sanitizer ini. Ia telah  dihadiahkan oleh seorang kawan kepada saya

Safercare plus kids, memang awasome!

Ia bukan sahaja selamat digunakan oleh kanak-kanak bahkan teacher-teacher atau parents pun boleh guna dengan selamat dan tanpa was-was.

Saya dah guna tau...
Saya cuba guna sendiri dulu dan saya bagi juga kepada kawan saya yang ada anak kecil untuk cuba produk ini. Masya-Allah hebat produk ini, sangat mesra pengguna, sangat sesuai untuk kanak-kanak. 

Kenapa ia boleh digunakan dengan selamat dan tanpa was-was? 

Pertamanya ia dijamin halal oleh Jakim. Ia juga tidak mengandungi sebarang bahan alkohol  yang boleh mengeringkan kulit kanak-kanak. Dan pastinya ia tidak ada mengandungi sebarang bahan kimia yang terlarang. Dijamin dan digalakkan  pula penggunaannya oleh WHO.

Penggunaan hand sanitizer berbanding dengan guna sabun dan air.

Which are more better?

Saya punyalah rajin nak tahu jawapannya. Saya pun search maklumat dan terjumpa satu hasil kajian yang menunjukkan bahawa anak-anak yang menggunakan hand sanitizer kurang sakit berbanding anak-anak yang guna sabun dan air untuk cuci tangan. Kalau tak cuci tangan pula, hah.., lagilah mudah dijangkiti virus atau bakteria.
Kannn..

Jadi, apa lagi.
Cuba satu botol hand sanizer  ini di TASKA TADIKA anda.
Anak sihat, perkembangan pun  mantap!!

Safercare plus kids, ingat tau namanya 😊

Siapa berminat nak dapatkan hand sanizer ni, komen ler nak. Kalau ramai nak, saya boleh tolong orderkan untuk anda semua.

Hakikatnya tidak ada suatu pun penyakit yang boleh berjangkit kecuali Allah yang izinkan. Kita mencuba Allah jua yang menetapkannya.

Mudahan Allah menjauhkan anak-anak dari sebarang kemudaratan penyakit yang berbahaya.
InsyAllah.. 

Catatan,
#Norazura
Trainer and Fasilitator ECCE
Jurulatih dan Personel Kemahiran
TTT HRDF

Emosi keyakinan diri

Seorang rakan saya memaklumkan begini...;

'dulu masa belajar saya seorang yg pemalu, tak menyerlah hingga sekolah menengah. Aktif sukan dan  persatuan tapi masih tak  yakin. Bila dah bekerja baru berani ke depan sikit itupun bila ada jawatan. Macamana nak develop confident level tu? "

Membentuk keyakinan diri...

Tuan puan, kakak, abang dan adik, ibu bapa sekelian..

Mengapa boleh jadi seperti di atas?

Yupp... Ya, keyakinan diri itu bermula sedari awal usia lagi. Cuba rujuk semula akar umbi utama perkembangan kanak-kanak iaitu Perkembangan  Sahsiah dan  Sosioemosi.

Sahsiah adalah pembentukan imej dan sikap kanak-kanak. Konsep kendiri@self esteem dan penghargaan terhadap diri sendiri telah mula boleh dibentuk.

Emosi adalah pelbagai perasaan sediada dalam diri kanak-kanak seperti suka, marah, sedih, takut dan sebagainya

Sosial adalah kemahiran kanak-kanak dalam berkawan dan berkenalan.

Sosioemosi pula adalah perasaan atau emosi kanak-kanak ketika berkawan atau bersama orang lain.

Tahukah anda semua...!

Tahap perkembangan di atas sangat perlu diberi penekanan berbanding tahap perkembangan lain. Gilap dan galakkan perkembangan ini terlebih dahulu. Dari sinilah akan terpancar juga potensi kanak-kanak dan ia mampu menyerlah secara hebat lagi mudah sekiranya kanak-kanak mempunyai sahsiah dan sosioemosi yang positif.

Faham tak??

Kita yang berada di persekitaran hidup kanak-kanaklah yang perlu menjadi pendorong dan pembimbing  utama. 

Siapa kita?
Ibu bapa, pendidik, guru, masyarakat dan juga pemimpun..

Cerita rakan fb saya  tadi sama jer seperti kisah saya semasa bersekolah dulu. Dengan erti kata lain saya juga  mempunyai srlf esteem yang rendah ketika kecil.

Malu tidak bertempat.
Takut.
Rasa diri teruk.
Rasa rendah diri.
Tidak pandai menonjol
Rasa tidak dihargai
Tidak yakin
dan pelbagailah.. 

Allahu....semuanya perasaan yang negatif kan.

Usah ditanya mengapa jadi begitu. Betapa sosioemosi yang negatif sangat   memberi kesan impak yang negatif juga dalam renteten hidup seorang kanak-kanak. 

Mungkin juga sangat berkait dengan persekitaran di mana kita dibesarkan.

Realitinya setiap anak mempunyai potensi uniknya yang tersendiri. Seperti rakan fb saya tadi sangat menyerlah katanya  dalam sukan.

Seperti saya juga ada bakat tersembunyi dalam penulisan, sangat responsif sebagai seorang pembicara.

Tapi.. .. Tak siapa nampak kan..
Tak siapa perasaan. Kalau nampak pun, buat-buat tak tahu. 

Tiada siapa beri galakan sebab mungkin masyarakat kita suka beri galakan begini...

*****
Belajar pandai-pandai..
Baca buku...

Esok pandai.. Boleh kerja besar..
Kalau sekolah tak pandai nanti susah.. Tak der duit.

Orang pandai semua orang suka.

Orang pandai itu hebat. 
*****

Habihh.. kalau anak tak pandai, tak pernah bagi A berderet pada ibu bapa..
Bodohkah dia??

Something special about potential...

Ia sangat perlu diasah, digilap dan dibentuk dengan sokongan padu.

Jangan terperanjat.. mereka yang jutawan bahkan hartawan itu, memang tak pandai sekolah pun  tapi mereka bijak menggunakan potensinya untuk naik naik naik dan mengapai  kejayaan.

Kena yakin.. 
InsyAllah... DIA bersamamu. 

Catatan,
#Norazura
Trainer and Fasilitator ECCE
Jurulatih dan Personel Kemahiran
TTT HRDF

Kanak-kanak dan persekitaran alam

Konsep persekitaran hutan@forest floor  - TASKA di Finland mengubah lalu membina ketahanan sistem  imun anak-anak  secara semulajadi.

Mungkin inilah yang dihuraikan dalam artikel ini.

Bila saya baca  artikel ini, yerr.....saya lalu teringat  dan saya pernah terbaca satu artikel tempatan lain yang ada menyebut bahawa  kanak-kanak yang biasa dari awal usia telah diberi peluang meneroka pelbagai  aktiviti messy@kotor seperti main pasir, pijak lecah, kutip batu-batuan, main air, main masak-masak daun  dan apa sahaja yang berkaitan akan mampu membina imumnya sendiri dari  kuman dan penyakit  kerana  main aktiviti yang kotor@messy  tersebut.

Jadi, nak risau apa?

Cikgu, tolong jangan bagi anak saya kena panas matahari.
Cikgu, tolong jangan bagi anak saya pijak rumput.
Cikgu, jangan bagi anak saya join aktiviti-aktiviti yang boleh kotorkan tangan dan baju dia.

Ohhh...no,!!
kesian anak-anak  kini , tidak dapat merasai keseronokan bermain dengan alam secara semulajadi.

Ibu bapa sangat alergik dengan aktiviti-aktiviti  yang messy@kotor , katanya.

Membaca keseluruhan artikel ini, bukan sekadar  telah membuktikan tentang keajaiban sistem imum kanak-kanak terhadap aktiviti messy@kotor bahkan.....saya mengakui negara Finland  adalah antara negara  yang benar-benar memahami dan mengaplikasi  dunia pendidikan awal   kanak-kanak dari akar umbi secara dengan tepat dan berkesan.

Kita di sini, yang dikatakan pendidikan awal kanak-kanak,  adakah kita benar telah faham dan menghargai maknanya dengan sepenuh  hati. Atau mungkin kita masih lagi dibelenggu dengan minda masyarakat dan ibu bapa yang kurang faham......yang semua serba nak cepat lihat anak jadi ahli  cerdik  pandai. 

Lalu bila lagi nak ubah minda ke arah  yang lebih bernas lagi faham. 

Tepuk dada,  lihat institusi pendidikan  awal kanak-kanak  masing-masing.

Kesian kanak kanak di premis yang berorientasikan akademik melebihi dari keperluan  main bagi seorang kanak-kanak.

Ok, jomm kita fikir-fikirkan bersama, kita mampu mengubahnya. 

Remember...
They are just a kid.

Catatan, 

#norazura

Jangan risau jika anak awal usia tak pandai akademik

Wahai cikgu-cikgu TASKA TADIKA..
Wahai ibu bapa..

Tak perlu lah risau kut..
Jika anak-anak awal umur belum boleh baca, tak kenal huruf, tak kenal nombor.

Apa nak risau tahh...🤣

Kekadang practitioner early childhood sendiri yang dok takut-takutkan parents ni... 

Yupp...
Saya 200 peratus setuju..
Tak yah lah risau sangat bab- bab tak leh baca ni,

Kata OT....Terapi ahli kerja kanak-kanak.., sebaliknya
please risau kalau anak itu cepat sangat pandai baca, kenal huruf, kenal nombor.

Kita bukan pakar...walaupun duduk dalam industri

Siapalah kita nak menterbalikkan dunia kanak-kanak  dan menafikan hak hakiki mereka.

Kanak-kanak pun tak sibuk nak cepat pandai baca, yang mereka nak ialah BERMAIN jer. 

So.. Sila hadam nasihat pakar yer.

Saya tak edit artikel ini, saya cuma betulkan ejaan perkataan dan susunan bahasa yang perlu jer.

From OT Liyana
Credit to her. 

Sampai sekarag...
saya masih tak boleh hadam bila bertemu dengan ibu bapa yang menganggap anak dia pandai ABC 123 dari usia 2 tahun tu takde masalah apa-apa & dah cukup pandai. 

Hyperlexia dan Hypernumeric dikalangan kanak-kanak bawah 4 tahun bukan sesuatu yang  membanggakan. Ianya adalah sesuatu yg membimbangkan. 

Kerana anak-anak yang kenal huruf dan nombor serta sangat obses dengannya mengalami masalah depression dalam senyap.

It kills the child’s imagination,creative thinking, judgement & problem solving skills.

In fact, ianya juga “membunuh” emosi anak-anak ini walaupun secara mata kasarnya kita nampak anak itu enjoy dengan huruf dan nombor. 

**Kesedaran ini saya bagi pada ibu bapa yang tiada anak Autism dan ADHD. Bagi anak Autism dan ADHD yg ada symptom Hyperlexia dan Hypernumeric ni,ianya adalah satu “anugerah”,yang mana jika kita tahu “menggunakan” symptoms ini dengan baik, ianya dapat membantu mengatasi masalah social-communication yang mereka alami**

Tapi untuk anak anda yang asalnya normal....lahir takde isu Sensory Processing Disorder yg ketara... tiba-tiba anda bersemangat terlebih nak bagi anak pandai akademik... anda silap. 

Bawah usia 4 tahun kalau anak-anak tak reti lagi nak membaca, kenal huruf dan nombor tu semua adalah bukan satu masalah. 

Saya ulang... IANYA BUKAN SATU MASALAH. 

Dan berapa banyak kes saya jumpa kanak-kanak yang di usia 4-6 tahun yang dah pandai membaca, kenal huruf dan nombor suffer from anxiety and depression issues? Banyak. 

Nak cakap lebih-lebih pun susah jugak.

Sebab yang merawatnya adalah kami. 

Lebih berat lagi... nak “merawat” pemikiran ibu bapa mereka sendiri. 

Kanak-kanak sepatutnya BERMAIN. Cukup. 

BERMAIN. 
BERMAIN. 
BERMAIN. 

Jika benda yang dia main tu adalah bahaya, PANTAULAH SEPENUH HATI ANDA. TELEFON LETAK TEPI. 

Create bonding dengan anak-anak ketika bermain. 

Tuhan bagi masa sehari 24 jam, takkan 30 minit masa bersama anak setiap hari pun kita tak boleh bagi?

OT
LIYANA

Copy paste by
#Norazura

Saturday, 13 February 2021

Didik Anak dari awal usia....

Beberapa tip didik anak dari seawal usia.. 

1. Berkata benar, justeru jangan selalu kita ibu bapa atau pengasuh berkata tidak benar dan tidak tepati janji yang dibuat kepada kanak-kanak itu.
Jangan cakap dengan anak..

Nanti cikgu belikan..
Nanti ibu bawak pergi jalan-jalan..

Nanti itu..
Nanti ini..
Tapi tidak kita tunaikan.

Kita sedang mendidik anak menjadi pembohong.
AWAS! anak ingat....

2. Menghormati orang lain - Ajar anak bercakap dengan baik dan sopan dengan orang lain. Ajar mereka bersalam dan tunjuk rasa hormat kepada orang lebih tua. Didik mereka boleh dengar kata, boleh ditegur dan boleh cakap yang baik-baik. Sentiasa menyantuni orang sekelilignya.

AWAS..!! Kita sebagai role modelnya. 

3. Berdikari - Anak boleh buat sendiri urusan rutin diri tanpa minta orang lain uruskan apabila sampai tahap kebolehannya begitu. Misalnya anak boleh makan, minum, mandi dan pakai baju sendiri.

Biarkan dia buat sendiri dan belajar berdikari. Kalau ibu bapa atau cikgu yang buatkan semua, anak tidak akan pandai urus diri dan naik lemak.

Sampai dah masuk sekolah pun, ibu yang cuci kasut sekolah anak?

AWAS... Tanpa disedari kita sedang didik mereka melihat kita sebagai kulinya. 

4. Bersyukur dan berpada apa yang ada. Jangan biar anak memberontak jika tidak dapat sesuatu.  Wajib ajar anak berpada dengan apa yang ada dan tidak dimewah-mewahkan.
Zahirkan kesyukuran. 

Bukan semua yang anak nak perlu ditunaikan.

Kalau asyik bagi muka jer, bilalah dia nak belajar hidup bersederhana.
Dia tentu kelak akan memberontak bila keinginannya tidak dipenuhi. 

Bukan selamanya pun ibu bapa akan menanggung anak. 

5. Berkasih sayang dengan sesiapa disekelilingnya.
Sayang ibu..
Sayang ayah..
Sayang adik beradik..
Sayang semua orang.

Kerana nilai kasih sayang yang dipupuk itu terlalu berharga. 

InsyAllah.. 

Lets do all these....

Catatan,
#Norazura
Trainer and Fasilitator ECCE
HRDF Trainer
Jurulatih dan Personel Kemahiran

Tuesday, 2 February 2021

Anak suka melawan cakap?


Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Anak Yang Jarang Melawan Cakap Biasanya Sebab,

✅ Mak ayah selalu bagi mereka cakap sampai habis tanpa mencelah

✅ Dia tak rasa terpaksa dan jarang di desak buat sesuatu yang dia tak suka

✅ Autoriti mak ayah tinggi, jadi semua yang mak ayah cakap dia percaya sepenuhnya

✅ Dia tak pernah melihat mak ayahnya bertengkar atau bergaduh secara verbal

Tunjuk yang baik baik, anak pun jadi baik baik. InsyaAllah.

#PositiveParentingFhais



Saya terjumpa di fb saya , catatan pendek di atas yang telah dikongsikan oleh #PositiveParentingFhais, lalu saya pun bersetuju dengan semua tip  yang dikongsikan.


Saya juga mempunyai pandangan sendiri tentang anak yang jarang atau tidak melawan cakap. Sebenarnya didikan ini mesti bermula sedari awal usia anak lagi. Ketika anak diawal usia, betul kita boleh menjadi pendengar kepada permintaan atau cadangan anak. Biarkan mereka memberi pandangan atau berkata sesuatu yang mereka ingini. Tapi sangat penting juga untuk kita bertegas kena pada tempatnya.

Misalnya anak nak beli sesuatu atau anak beri pandangan idea tentang sesuatu, bukan semestinya kita kena ikut 100%. Tengok pada logik dan kesesuaian pembelian atau apa yang diminta itu. Jika memang tak perlu, tak sesuai dibeli, tak sesuai diikuti,  tidaklah perlu turuti kehendak anak. Katakan tidak dan beritahu sebabnya supaya anak faham. Kena didik juga anak ikut keputusan kita namun keputusan kita juga biarlah wajar. Ajar anak menghormati juga idea dan pandangan kita dengan sesekali ajak bincnag mengapa sesuatu keputusan itu diambil. Insyallah dengan cara ini, anak tidak akan melawan cakap kita.


Anak yang melawan cakap ibu bapa kita, hakikatnya ketika kecil perangai ini tidak nampak ketara. Jika ada pun, ibu bapa akan mengganggap sebagai gurauan dari anak sahaja. namun jika tiada langkah  bimbingan dan didikan awal yang perlu, jangan terkejut , kita tiba-tiba rasa dalam anak membesar ( di peringkat sekolah rendah tu) dia telah mula pandai melawan cakap ibu bapanya. Apatah lagi jika sudah di peringkat sekolah menengah.


Antara lain sebab anak melawan cakap ibu bapa ialah kerana sangat dimanjakan dari awal. Jarang kita nak kata 'No;, jarang ibu bapa menegur jika salah, justeru bila kian besar, sesekali ibu bapa kata ; No; , sesekali ibu bapa menegur, anak pun mula menjawab menenking lalu melawan cakap.


Betul, didik anak kena ikut zamannya. Anak zaman teknologi, maka perlu didik ikut teknologi dan viral zaman ini. Namun, tidak semua yang viral dan berteknologi itu sesuai dalam pembentukan sikap, akhlak dan peribadi anak. maka, timbang-timbangkan lah apa yang terbaik untuk anak.

Anak-anak kita bukan sekadar perlukan keperluan dalam hidup ini, bahkan hak mereka adalah untuk diberi bimbingan dan didikan yang terbaik dari kedua ibu bapanya agar kelak bila dewasa mereka menjadi anak yang sentiasa menghormati serta memandang tinggi kepada kedua ibu bapa. melawan cakap, tiada di kamus kamus otak mereka.


NOR AZURA
TRAINER & FASILITATOR ECCE

Sunday, 31 January 2021

Minat Kanak-Kanak Berkait Dengan Personaliti Mereka

NOR AZURA ISMAIL 
pnnorazuraismail@gmail.com 

Saya terjumpa di fb, satu perkongsian yang sangat menarik ini. Bagi ibu bapa yang ada anak-anak kecil, fahami keperluan mengapa kanak-kanak perlu diberi peluang bermain dengan sepuasnya dan bagaimana minat kanak-kanak terhadap sesuatu alat permainan dapat mempengaruhi aspek perkembangannya. 


Biarkan mereka bermain. Setiap permainan atau aktiviti berasaskan bermain yang dilakukan oleh kanak-kanak sangat memberi manfaat yang sangat besar dalam perkembangan menyeluruh seseorang kanak-kanak. 

Jangan cakap, bila main  kanak-kanak tidak dapat belajar sesuatu pun. Jangan cakap kalau asyik main jer, bilalah anak akan pandai baca dan tulis.

Sila buka minda anda yang kelihatan cetek tentang perkembangan awal seseorang kanak-kanak. 


Sila juga buka mata anda besar-besar dan fahami dulu bahawa apa yang perlu diberi penekanan terhadap kanak-kanak di bawah 7 tahun ialah aspek perkembangan menyeluruh mereka. 

Aspek tersebut terdiri dari sosioemosi, kognitif, fizikal, kreativiti dan bahasa. 

Bukan sibuk nak pandaikan anak dengan tuisyen sana sini, sibuk dengan kelas baca yang gunakan pendekatan men stersskan kanak-kanak. 

Bukan yer... 

Biarkan meeeka bermain sepuasnya dulu dan fahami keperluan bermain, kerja hakiki setiap kanak-kanak. 


Norazura Ismail
Trainer dan Fasilitator Pendidikan Awal Kanak-Kanak 

#Copy paste artikel di bawah

Minat Kanak-Kanak Berkait Dengan Personaliti Mereka 👦🏻👧🏻

1️⃣ Dinasor 🐱‍🐉
Anak yang suka mainan dinasore mempunyai daya berfikir yang kuat. Seorang yang cekap, pintar dan pantas 😏 Boleh menghafal nama dinasor dengan betul 😯

2️⃣ Bulldozer 🚂
Minat dengan mainan bulldozer mempunyai daya ketahanan diri yang kuat. Suka perkara lasak dan bijak berdikari. Seorang yang minat perkara teknikal dewasa kelak 👨🏻‍🔧

3️⃣ Barbie Doll 👱🏻‍♀️
Anak perempuan yang selalu bermain barbie doll mempunyai keperibadian yang lembut, manja dan suka melaram. Mereka juga turut minat seni dan menjadi seorang yang kreatif 👩🏻‍🎨

4️⃣ Permainan Doktor 👨🏻‍⚕️
Anak yang suka permainan seperti doktor atau perubatan merupakan anak yang cepat matang. Mereka suka menolong orang dan disayangi masyarakat 💕

5️⃣ Kapal Terbang ✈
Anak yang suka kapal terbang selalunya bijak dan sukakan teori. Jika diasah minat ini boleh dijadikan dunia perkapalan sebagai kerjaya 👨🏻‍✈️

6️⃣ Permainan Music 🎶
Anak yang meminati alat music adalah seorang yang kreatif dan minat teori. Boleh jadi akan membesar menjadi ahli musik atau pakar bidang profesional 👩🏻‍🎤

7️⃣ Kereta 🚗
Anak yang minat permainan kereta mempunyai sifat ceria dan mudah mesra. Minat mereka lebih cenderung kepada bidang automotif dan mesin. Asah bakat mana tahu jadi jurutera nanti 👨🏻‍🔧

8️⃣ Permainan Memasak 🍳
Anak yang minat permainan ini mereka seorang yang penyayang, bertanggungjawab dan kreatif. Selalu berlakon menjadi mama atau chef terkenal 👩🏻‍🍳 Layanlah anak bermain membuatkan mereka belajar bertanggungjawab 🥰

9️⃣ Permainan Superhero 🦸🏻‍♀️
Anak yang berjiwa satria meminati mainan superhero. Mereka berjiwa besar serta minat kepada pertahanan negara dan kerja-kerja yang mencabar 👮🏻‍♂️

Tag papa dan kenali minat anak serta personaliti mereka 👧🏻👦🏻❤

Credit : EddyRusdi81