Friday, 3 May 2019

Anak itu ujian

Oleh : Nor Azura ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Alhamdullillah;
Saya dikurniakan Allah anak-anak yang ramai. Perit jernih, penat lelah membesarkan anak-anak seramai 8 orang ini, biarlah jadi ingatan pengalaman pahit manis kehidupan saya. Benar,  mempunyai anak yang ramai, tidak semuanya sentiasa indah, tidak semuanya pasti mudah belaka.

Lalu,  apabila saya menoleh ke arah insan-insan yang tidak dikurniakan anak, bahkan Allah jualah yang Maha Mengetahui isi hati nurani mereka. Namun,  Tatkala saya mungkin pernah berkeluh-kesah membesarkan anak-anak yang pelbagai kerenah ini, sedang mereka yang tidak punyai anak,  ternanti-nanti dalam doa mereka ingin merasai apa yang saya lalui. Tatkala selalu hati saya berbunga- bunga melihat wajah si anak kecil berlari-larian, mereka mungkin terhiris hati mendengar orang berbicara tentang anak.

Hakikatnya,  tatkala mungkin rumah saya hiruk-pikuk bersepah sana sini dek kerana anak yang ramai, sedang mereka, rumah mereka aman damai kemas sentiasa. Tatkala saya bersengkang mata, bersilang urat tak tidur malam melayan ragam anak yang buat hal tetiba, mungkin sahaja tidur mereka lena disulami bantal empok sambil diulit mimpi indah. Tatkala saya berhempas pulas bertempur hebat mencari duit untuk keperluan hidup anak-anak ini, mereka masih boleh bekerja dengan tenteram lalu menggunakan duit untuk melancung sana sini saban tahun. Tatkala waktu sukar, kerana anak itu juga suatu ujian. Hanya Allah jua yang tahu peritnya hati seorang ibu.

Ahhh.....
Kita insan makhluk Allah ini, suka sangat mengeluh. Selalu kita melihat kita yang tiada kesempurnaan..
Sedang di luar sana,  ramai insan diuji Allah lebih hebat dari kita. Ada punya anak, namun Allah pinjam seketika sahaja. Deritanya hati kerana berpisah di bumi yang nyata. Maka, bersyukur lah dengan apa yang Allah telah kurniakan kepada kita.

Ada anak pun diuji. Tiada anak pun diuji. Semuanya mehnah dari Allah. Rezeki kita tidak sama, Allah jua yang menentukannya. Maka, saya doakan kita semua dikurniakan kebahagiaan dan dirahmati Allah senantiasa. Berlapang dada selalu..
Mudahan Allah permudahkan jua segalanya yang kita hambaNYA inginkan ini.
InsyAllah.

Catatan,
#Norazura

SIAPA SAYA?
Anda boleh hubungi saya:

Nama :  Nor Azura Ismail
Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
*******************************************

Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :

Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)

Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30

RM40

TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 12 tema 

HARGA RPA BERTEMA ( 50 RPA DENGAN 12 TEMA) - RM28

PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA

** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20

Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642

Kemahiran Asuhan Kanak-Kanak

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

PENGASUH YANG HEBAT, SANGAT DI DAMBAKAN.

NAK HEBAT?

Cari ilmu...
Kumpul  Kemahiran..
Bina Kemahiran

BACA BUKU SAYA INI

KEMAHIRAN ASUHAN KANAK-KANAK

Nor Azura
trainer & fasilitator
Pendidikan Awal kanak-kanak

Anda boleh hubungi saya:

Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************

Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :

Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)

Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30

RM40

TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 12 tema.

HARGA RPA BERTEMA ( 50 RPA DENGAN 12 TEMA) - RM28

PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA

Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 

** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20

Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642

Staf Igauan Boss

Oleh : Nor Azura ismail
pnnorazuraismail@gmail

TUNGGU,  BUKU TULISAN SAYA INI

MENGANCAM!!

Boss Vs pekerja

Oleh : Nor Azura ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Seorang boss sedang memberi arahan kepada pekerjanya;
" Saya mahu awak.... bla.. bla.. bla.."
-
Adakah boss suka pekerjanya jawab;
" ok, beres boss, saya akan cuba buat yang sebaiknya"
atau....
"Alaa.. saya sibuklah boss, tengoklah nanti camner"
-
Agak-agak jawapan yang kedua tu, boss anda suka tak? Kalau selalu anda jawab begitu, memanglah boss tak akan pandang anda lagi.
-
Bagaimana anda berbicara dengan ketua anda, samada penuh keyakinan atau sekadar bicara yang bosan didengari, semuanya akan mencerminkan siapa diri anda di mata boss anda.
Bagaimana prestasi kerja anda, akan dinilai terus ketika itu juga.
-
Hakikatnya, anda boleh mengubah status jawatan dan gaji anda jika anda dengan penuh yakin dapat membuktikan sesuatu tentang kehebatan anda sebagai pekerja.
-
Jangan biarkan ketua anda menzahirkan rasa menyesal mengambil anda bekerja dengannya.
-
Pastikan..
Tatkala pandangan dan cadangan anda mula didengari dengan tekun, tatkala bicara anda penuh berhemah, tatkala boss mula bimbang jika anda ingin melangkah pergi meninggalkanya.
Ketika itu, senyumlah.., anda telah berjaya memenangi hati boss dengan siapa anda sebagai seorang pekerja.
*********
Ada yang minat nak baca penuh penulisan ini? tunggu..... 😍

Norazura
Trainer & Fasilitator.
Personel kemahiran.

MAJIKAN Vs PEKERJA

Oleh : Nor Azura ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Alkisahnya....
Saya pernah jadi pekerja bawahan, pernah juga duduk di tahap pengurusan. Saya berpeluang menjadi majikan dan memiliki pekerja sendiri. Sayalah ketua, saya juga kuli.
-
Keseluruhannya saya mulakan kerjaya saya dari peringkat bawahan hinggalah jadi boleh jadi boss. Saya merasai setiap pengalaman itu.
-
Jadinya....
Apabila saya menulis dari perspektif seorang pekerja maupun dari penilaian seorang ketua@majikan, saya akan menghayati setiap bait-bait tulisan yang terilham hasil rentetan pengalaman kerjaya saya sedari dulu.
-
Namun, saya mula perasan......
Acapkali saya tulis dari segi perspektif seorang pekerja, apa yang pekerja inginkan dan harapkan dari majikannya, tentu pasti ada majikan akan berbunyi@beri komen sedikit. Samada mereka setuju atau tidak dengan tulisan saya, itulah yang para pekerja ingini.
-
Tentunya menzahirkan penghargaan dan memastikan kebajikan staf paling utama didambakan oleh para pekerja. Mereka akan sentiasa berlapang dada dengan boss@ketua yang sentiasa bersikap terbuka, memahami dan boleh berbincang secara profesional bukan yang asyik mengikut emosi dan ego seorang boss.
-
Begitu juga sebaliknya jika saya menulis dari perspektif pengharapan seorang ketua, boss atau majikan.
Pastinya ada suara-suara sipi pekerja mula berbunyi tanda menzahirkan pula rasa tidak puashati terhadap majikan masing-masing. Saya akui itu sebab saya sendiri pernah melalui dan merasainya.
-
Seorang ketua@majikan pula sangat mengharapkan mempunyai staff yang berdedikasi, bermatlamat, bersungguh, fokus, cepat, berkebolehan dan dapat mengendalikan tugasan yang diberi dengan baik.
-
Hakikatnya....samada kita adalah ketua@ majikan ataupun pekerja, jadilah individu yang terbaik dan disenangi oleh mereka yang bersama berurusan dengan kita. Fikir yang positif selalu.
InsyAllah, apa yang kita fikirkan, itulah yang akan kita gapai dan perolehi.
-
Buat ingatan diri saya juga...
Jika ingin jadi orang berjaya, selalulah intai-intai kelemahan diri kita sendiri dan perbaikinya, BUKAN selalu melihat kelemahan orang lain sahaja.
-
Ketahui kelemahan kita dari perspektif pandangan @komen mereka yang mengenali diri kita.
Mudahan-mudahan kita selalu berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari kita yang semalam.
InsyAllah.

Catatan,
#Norazura
Trainer & Fasilitator
Personel Kemahiran

Kursus Asuhan bayi dan kanak-kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Saya teruja mereka excited.
Kursus Pengenalan Asuhan Bayi dan Kanak-Kanak bersama isteri-isteri BAKAT Tentera Utara.

Alhamdullillah, bila Pengasuh di rumah telah mempunyai kesedaran untuk mencari ilmu dan kemahiran tambahan dalam pengasuhan kanak-kanak.

Baru-baru ini saya telah dijemput untuk menjadi Jurulatih@tenaga pengajar kepada isteri-isteri ahli BAKAT TUDM. Saya melihat kesungguhan dan minat mereka. Saya salute dengan kegigihan mereka untuk hadir berkursus sehari bersama saya. Kebanyakan dari mereka memang sedang mengasuh anak di rumah masing-masing.

Banyak yang telah kita dengar tentang pengasuh di rumah samada yang telah berdaftar sebagai TASKA di Rumah maupun sebaliknya. Hakikatnya masih ramai juga yang tidak tahu bahawa mengasuh anak orang di rumah sendiri, jika menepati syaratnya, wajib berdaftar dengan JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Mengikut Akta TASKA, " mana-mana premis yang menjaga anak lebih dari 4 orang yang berumur bawah 4 tahun dalam satu-satu amsa dan menerima upah" 

adalah disebut TASKA dan wajib berdaftar dengan JKM.

Manakala untuk kategori TASKA di RUMAH bilangan anak yang dijaga tidak melebihi 9 orang dalam satu-satu masa. 

Sekali lagi, Alhamdullillah, tatkala sesi Kursus yang saya kendalikan bersama para pengasuh di Rumah, sedikit sebanyak telah menambahkan ilmu dan kemahiran kepada mereka berkaitan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara professional walaupun hanya bermula di rumah sendiri.

Apa pun tahniah semua yang hadir.

Siapa saya,
Nor Azura ismail
Trainer and Fasilitator
Pendidikan Awal kanak-kanak
016 7235080

Anda boleh hubungi saya:

Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
*******************************************

Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :

Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)

Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30

RM40

TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 12 tema.

HARGA RPA BERTEMA ( 50 RPA DENGAN 12 TEMA) - RM28

PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA

** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20

Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642

Wednesday, 1 May 2019

Biar kanak-kanak menjadi kanak-kanak.

Oleh :Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Biarkan kanak-kanak yang bersama dengan kita menjadi kanak-kanak yang sebenarnya.
Bagaimana?
.
Senang sahaja..., tak usahlah kalut sangat nak bagi anak kita pandai, sepandai anak jiran sebelah yang boleh baca buku seawal umur 3 tahun.
.
Usah stress nak fikir di mana nak hantar anak kita yang umur 5 dan 6 tahun ni pergi kelas tuisyen yang terbaik.
.
Tak perlu meroyan, minta anak kita yang di TASKA TADIKA tu hafal dan tulis nombor dan perkataan hingga tak cukup mukasurat buku tulis tu.
Atau, tak usahlah membazir duit untuk bagi macam-macam program akademik kepada anak-anak kita yang baru jer sekitar umur 3, 4, 5, 6 bahkan 7 atau 8 tahun tu. Memadai sudah...
.
Tolong..., janganlah terlalu mengharapkan setinggi kesempurnaan pada diri anak - anak kita hingga kita nak segalanya bertertib, berdispin mengikut aturan yang kita kehendaki.
.
Tak perlulah kita meroyan. Sepanjang masa nak control minat dan hobi anak-anak, tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Yang boleh hanya buat apa yang kita nak sahaja.
.
Akhirnya nanti, kita yang ter 'over stress' dan kita rupanya sedang menyalurkan juga 'stress' berpanjangan kepada anak-anak kita pula.
.
Kesian...
Mereka hanyalah individu yang bergelar kanak-kanak.
Individu cilik ini memang dilahirkan begitu. Dalam dunia kanak-kanak ini, mereka hanya fikir nak buat sesuatu yang menyeronokkan sahaja.
.
Biarkan mereka menjadi kanak-kanak yang sebenar. Hak mereka hanyalah  untuk merasa seronok dan gembira BUKAN untuk berkongsi citarasa 'stress' bersama orang dewasa.
.
Hak mereka juga untuk mencuba itu mencuba ini.
Hak mereka memang untuk menunjukkan bakat, potensi dan kepandaian mereka sahaja. Kalau boleh mereka seolah nak menjerit sekuatnya memberitahu dunia tentang keriangan mereka.
.
Tentu sekali, hak mereka untuk menyuarakan keinginan dan apa yang disukai. Semua  hak kanak-kanak  ini, hanya
dapat direalisasikan semudahnya melalui memberi laluan penuh kepada fitrah dan kerja  hakiki mereka iaitu bermain.
.
Biarkan anak bermain....
Main....
Main...
dan terus main....sepuasnya.
Bermain sambil memperolehi pengalaman hidup dan kemahiran tertentu.
.
Jadinya, jika nak anak-anak belajar sesuatu, pastikan kita gunakan pendekatan bermain. Tak payahlah nak fikir pendekatan lain yang merumitkan minda seorang kanak-kanak.
.
InsyAllah, tak rugi pun untuk penuhi masa anak-anak dengan bermain. Sebab kehendak naluri  bermain itu semulajadi  ada dalam diri mereka sebaik sahaja anak lahir ke dunia.
.
Lalu..
Hanya melalui bermain, kanak-kanak  menjadi kanak-kanak yang sebenar.
Catatan,
#Norazura
Trainer & Fasilitator
Personel Kemahiran.