Friday, 21 June 2019

Adap kanak-kanak berkunjung raya


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Imej : Caria n google

Image result for image selamat hari raya

Ibu, terbuka cakap.bahasa inggeris, apa yer ibu??? 

(Hmmm, sambil terfikir.. tertanya) Apa yang terbuka? tanya saya.

Kalau rumah terbuka, apa dia.??
Laa.. 'Open house'  ler.
Aduhaii Aqil !!

Kisahnya,  sebenarnya Aqil nak bagi tahu yang dia nak pergi beraya di  rumah terbuka lah tu. Rumah terbuka jiran hujung jalan rumah saya ini. Anaknya yang jemput Aqil, kawan satu sekolah lah tu.

"Nanti, kau datang rumah kita tau, boleh jer ajak mak ayah kau.."
Begitulah agaknya cara dia dijemput.


"Ibu, nanti Aqil nak pergi open house tu tau !, Ibu dan bapak pun boleh pergi."
Amboii.. Aqil jadi wakil menjemput pulak. 

Aduhhh, rumah Datuk Datin tu , mereka  baru buat rumah banglo besar dan cantik nun di hujung lorong lot rumah saya. Sebelum tibanya hari open house yang dijadualkan, Aqil agaknya sudah termimpi-mimpi nak pergi rumah terbuka tu. Banyak kali dah dia bercerita penuh excited.


Ada tak rasa risau nak bawak anak ke rumah terbuka atau nak biarkan dia pergi rumah terbuka jemputan kawannya tu. Tentu saya sedikit risau biarkan anak sesuka hati pergi beraya@open house di rumah jiran tanpa berpesan-pesanan terlebih dulu dengan si anak.

Anda pula, adakah anda rasa rimas dengan anak-anak yang tidak tidak boleh duduk diam ketika datang berkunjung raya? Bagaimana kerenah anak-anak kecil  ini yang ada kalanya dilihat keterlaluan nakalnya dan tidak beradap.

Salah siapa? 
Memang fitrah anak-anak suka bermain dan suka meneroka apa sahaja yang ada di persekitarannya namun tidak bermakna anak-anak tidak perlu dilatih mendisplinkan diri dan menzahirkan adap, apatah lagi jika berkunjung ke rumah orang. Teringat lagi saya ketika kecil, aduhai kalau di rumah sendiri, memang kitalah yang hebat meneroka luar dan dalam rumah. Kita yang bukan generasi 'hp' ini, maka ada sahaja projek yang kita dulunya akan buat.


Istilah menyelerak, menyelongkar, buat sepah sana sini, memang sinonim dengan kita jika di rumah sendiri. Lepas itu, tengoklah mak-mak kita, akan menjerit menjengil. Suruh kemas balik selepas habis main sebab sebentar lagi ayah kita akan balik dari kerja. Mahu melenting ayah kita nanti, bila tengok rumah yang hampir terbalik itu.
Betul tak?


Dan saya masih ingat lagi, punyalah mak-mak kita dulu pesan betul-betul kepada kita tatkala nak di bawa berkunjung ke rumah orang apatah lagi kunjungan raya.  Siap diajarnya kita menundukkan kepala merendahkan badan sedikit ketika lalu di depan orang tua-tua. Pantang sekali menyampuk atau melopong mendengar orang tua-tua bercerita.

"Duduk diam-diam nanti, jangan usik itu, usik ini pulak!, kalau tak reti nak duduk diam, tinggal rumah, tak payah ikut", siap diugutnya kita pula.

Tatkala di rumah orang, kalau kita cuba mengelat jer sikit, mak kita dah mula menjengilkan matanya sambil menjeling tajam tanda amaran. Kut kalau dia memang duduk berdekatan dengan kita, siaplah kita, diam-diam cubitan petir menyinggah ke peha kita. Tetiba jer terasa ibarat semut api datang menggigit. Sebab itu, selalu kita dengar acik-acik cakap begini;

' Alahaii.., baiknya budak ni, diam jer duduknya, nampak pemalu betul budaknya, "

Sedangkan bila di rumah sendiri, dialah yang jadi heronya. Betul tak? 

Pada pandangan saya, anak-anak sememangnya tak boleh duduk diam (itu tanda dia anak pintar dan cergas) namun anak-anak juga boleh diajar adap mudah yang baik ketika di rumah orang tak kiralah rumah sesiapapun walaupun rumah adik beradik. Macamana nak latih adap dan displin ketika di rumah orang? Caranya; pesan selalu adap yang baik itu, pesan banyak kali, ingatkan walau berjuta-juta kali sekalipun, sehinggalah anak itu faham,

'rumah orang bukan rumah sendiri'

Mama-mama, ibu-ibu sekarang, macamana? Jom ler, kita kongsi-kongsi pesanan yang boleh ibu-ibu muda ingatkan epada anak-anak tatkala bawa mereka berkunjung ke rumah orang. 

Pertama, beritahu anak, rumah terbuka itu rumah siapa? Warwarkan kehebatan tuan rumah kepada anak supaya anak akan pandang tinggi dan hormat pada tuan rumah. Jadinya, dia akan belajar kawal perangai sebab segan dengan tuan rumah. Kemudian,  mohon bagi peringatan tertentu supaya anak jaga adap ketika bertamu di rumah orang.

Ingatkan anak!
Rumah orang adalah rumah orang bukan rumah sendiri. Jangan buat sesuka hati. Jangan guna barang tuan rumah tanpa minta izin sekalipun nak ke tandas. Apatah lagi ambil barang tuan rumah.
Jangan....!
Jangan.....!
Pesanlah walau beratus kali.

Pesan pada anak, jangan mintak duit raya, jangan sama sekali. Juga jika dapat duit raya dilarang buka sampul raya di situ, pastu keluarkan duit dan berteriak..
"Alaa.. rm2 jer....!"
"Alaa.. rm 3.jer....!"
"Wahhh.... kita dapat rm10....!"


Anak-anak cerminan diri kita juga sebagai ibu bapa.  
Mohon ajar anak yer, bila sampai rumah terbuka tu, salam tuan rumah. Duduk tertib dan bila ambil makanan, sila makan elok-elok jangan gelojoh seperti lapar giler. Sebaiknya biarkan anak makan dulu sikit sebelum bawa pergi open house ini. Ini untuk elak perangai pelahap dibuatnya nanti di rumah orang. Malu weeii.!


Kalau dapat duit raya, ucap terima kasih. Sebelum balik pun ucap terima kasih dan sekali lagi salam. Kalau perlu, elok anak maklum tentang kehebatan tuan rumah, beri peluang anak merasa teruja dan kagum dengan tuan rumah. Sekurang-kurangnya kalau kita bawak anak beraya ke open house - rumah besar, beri tahu dia;

"Tengok besar rumah pakcik. ni, mesti pakcik ni bekerja keras rajin berusaha hingga hingga dapar duduk rumah banglo yang besar ini."

Dalam diam-diam anak akan belajar sesuatu dan insyAllah termotivasi sendiri. Aduhaii..! pilihan di tangan kita sebagai ibu bapa. Nak anak buat suka hati atok nenek kat rumah terbuka dan kita rilek jer...sambil hati tuan rumah poning tengok perangai anak kita  atau kita standby apa yang patut!
Kita mampu mengubahnya!. Didiklah anak jadi insan berhemah dan menghormati tuan rumah tatkala datang bertamu.

Begitu pun... 
Saya sendiri pernah melihat situasi si mama sekarang yang buat tak kisah jer bila anak-anaknya mula beraksi nakal. Bagi teguran pun tidak apatah lagi nak menjengilkan mata, dia rilek tenang jer.
Kenapa yer? Memang anak-anak kecil sekarang tak boleh dimarah ker? 

Berlari sana sini depan orang tua-tua, bukak katup tv atau radio., suka hati usik ini usik itu, buat aksi itu aksi ini tapi si mamanya tetap sabar jer sedang tuan rumah dah mula susah hati. Nak ditegur, kut terasa pulak hati tetamu, si mama tadi. Memang ada jenis orang, anak dia jangan ditegur atau dimarah. Sensitif.. . !

Sudahnya, sabar jer lah sambil berharap tetamu tersebut cepatlah beredar balik. Sepatutnya tetamu datang membawa rezeki, tetapi akhirnya ia datang mengundang keresahan.  Sesekali.. beri amaran!!
Jangan sampai tuan rumah menjadi rimas tahap gaban.  Kita tak tahu apa yang ada dalam hati tuan rumah. Kalau keadaan ini berlarutan sama, lain kali dia serik nak ajak kita datang bertandang ke rumahnya lagi. Dengar jer kita nak datang, dia dah mula poning.

Ok, fitrah anak - anak memang suka bermain tapi fitrah anak-anak juga mudah dilentur dengan adap serta displin yang baik sedari kecil dalam kehidupannya.

Salam Aidilfitri.
Bermaaf-maafan lah kita.
InsyAllah, Tuhan memberkati
Hari raya kita.
Catatan,
#Norazura
Trainer & Fasilitator.

Thursday, 9 May 2019

RPA dan SOP TASKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail




Jom, nak dapatkan koleksi aktiviti RPA dan SOP di TASKA, sila hubungi saya.


Perlukah RPA - Rancangan Pelaksanaan Aktiviti ini?
Ya, sangat perlu bagi anda jika anda merupakan seorang pendidik di TASKA. Dengan mempunyai RPA yang terancang, aktiviti bersama kanak-kanak tentunya dalam dilaksanakan dengan teratur lagi mudah, sebab semuanya telah dirancang dengan baik. kan..



Pentingkah SOP?
Ya sangatlah penting.
Dengan adanya SOP yang disediakan sendiri oleh pengusaha TASKA, pasti premis TASKA kelihatan profesional sebab setiap langkah kerjanya tersusun lagi teratur lalu memudahkan para pengasuh mengendalikan rutin operasi harian di TASKA.

Betul tak?

Anda belum mempunyai RPA dan SOP di TASKA?
Saya bantu anda untuk dapatkan ini semua, tapi ia hanya ada dalam bentuk EBOOK sahaja  di mana ia adalah softcopy yang dihantar melalui emel sahaja.

Kenapa dalam bentuk EBOOK?

Sebab, saya nak mudahkan anda untuk cuba sesuaikan RPA dan SOP ini mengikut TASKA masing-masing. Justeru ia boelh diedit.

Ok, nak tempah,
Boleh isi borang tempahan atau terus whattapp pada saya di 0167235080 /0192115642.


Harga untuk semua set EBOOK di atas hanya  RM70.00 sahaja.
Jom TEMPAH segera!
Buat bayaran ke acc Nor Azura MAYBANK 155126919215 dan hantar bukti bayaran anda beserta makluman  ke 0167235080







Wakaf Buku

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Bismillah....
Apabila saya adalah diri saya yang sebenar-benarnya; perasaan rendah diri tidak pernah tidak menemani sepanjang perjalanan kehidupan saya. Mesti ada. Dari kecil hinggalah saat usia bakal mengamit setengah abad ini, rasa diri ini kecil sahaja berbanding insan lain.
.
Saya memang begitu, jika sesiapa melihat saya punya keyakinan diri, ketahuilah saya sentiasa sedang melawan perasaan sifat hakiki dalam diri ini.
.
Apa yang paling saya cuba hindari selalu? Ya, saya paling tidak selesa berada dalam sesuatu majlis besar, rasanya seperti sedang tenggelam dalam gahnya majlis berlansung.😥😥
Teruk ehh..
Kenapa ya?
Maka apa yang tersurat serta tersirat di dalam hati ini, Allah jua yang Maha mengetahuinya.
.
Justeru...
Tatkala, nama saya adalah antara dari kalangan mereka yang lebih muda menyerlah, lebih berpotensi kelihatannya, lebih hebat dari yang disangka, sayalah insan yang terkesima. Sungguh rasa banyak perkara lagi yang perlu saya pelajari dalam penulisan yang hebat ini.
.
Tangan yang menulis bisa melenturkan hati yang keras.
Tangan yang menulis bisa mengalirkan bibit-bibit kebaikan dalam kehidupan.
.
Alhamdullillah..
Saya antara penulis dalam Siri Buku Muhasabah Diri, Bercakap Dengan Cermin ini.
Saya cuba melihat ia bukan suatu mimpi tapi realiti peluang yang diberi di saat saya masih mengapai lena dalam dunia penulisan ini.
Siri buku ini diterbitkan oleh Akademi Bonda Nor bersama Galeri Ilmu.
.
Lalu..
Saya panjangkan syukur seiring dengan keberkatan Ramadan ini. Ya, saya antara yang menulis kisah-kisah di dalam siri buku muhasabah diri ini. Kisah tulisan saya mungkin kecil sahaja nilainya namun ada banyak lagi kisah-kisah hebat perkongsian rakan penulis sekelian.
.
Saya dengan nada merendah diri, bukanlah untuk mendabik dada tatkala menunjukkan buku-buku ini yang telah terbit serta bakal. berada di pasaran kedai buku. Saya bahkan sekadar ingin mendambakan rasa ihsan anda semua kerana keberkatan Ramadan sedang bersama dengan apa jua yang kita lakukan kini.
.
Ya, projek wakaf buku untuk diserahkan kepada institusi yang perlu. Mudahan apa yang dibaca, segala nilai kebaikannya akan mengalir pula ganjaran pahalanya untuk mereka yang mewakafkannya.
.
Lalu..
Kawan-kawan, teman-teman kaum saudara saya,
Jomlah kita berwakaf..
Wakaf 9 buku, hanya Rm180@rm20 untuk setiap buku.
Atau, nak beli untuk bacaan sendiri pun boleh juga. Pilih sahaja mana-mana tajuk buku yang berkenan di hati.
Buku yang ada tulisan kecil saya?
'Sakitnya tu di sini'
Ahh.. tajuknya seperti tepat menepek dalam diari kehidupan saya.
.
Jom beli dan jom baca..
Mudahan beroleh keberkatan dari bacaan yang baik-baik ini. Setiap pembelian, pun akan disalurkan juga sebagai wakaf untuk Tabung Anak Yatim Baitul Jannah, Kodiang Kedah
.
Jangan segan, jangan malu, jangan rasa rendah diri seperti saya.
.
Nak berebut pahala wakaf sempena bulan mulia ini, whatapp saya yer, 0192115642.



Copypaste#
Apa beza wakaf dengan sedekah?
SEDEKAH
1. Dalam bentuk duit, makanan atau apa saja yang boleh memberi manfaat pada penerima.
2. Diberi kepada orang atau sekelompok orang tertentu.
.
WAKAF
1. Hanya untuk barangan yang bersifat fizikal dan tahan lama. Misalnya, tanah, buku atau bangunan. Duit atau makanan tidak boleh diwakafkan.
2. Diberi untuk kegunaan awam. Semua orang boleh guna.
*********
TIPS BERAMAL SECARA BIJAK
1. Jika kita sedekahkan buku pada seseorang, buku itu menjadi ekslusif miliknya.
Tapi kalau kita wakafkan buku, ia menjadi hak orang ramai. Ruang pahala lebih banyak kerana lebih ramai dapat manfaatnya.
2. Jika kita sedekahkan makanan, pahalanya pada sekali kenyang. Jika kita sedekahkan baju, pahalanya selagi mana baju itu digunakan.
Tapi jika kita sedekah atau wakafkan buku, pahalanya mungkin seumur hidup. Oleh kerana ia bernilai ilmu, maka selagi ilmu itu bermanfaat buat si pembaca, pahalanya berterusan!
*****
Hadis ini sangat popular dan betapa ruginya kita jika tidak terkesan dengannya!
.
Jika mati seorang manusia itu akan terputuslah catatan amalannya melainkan pada tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan baginya kebaikan.
Hadis riwayat Imam Muslim (1631)
.
.
Imam Nawawi RAH menjelaskan bahawa sedekah jariah di dalam hadis ini bermaksud wakaf. Rujuk Syarh Muslim (11/85).
*******
Tuan puan,
Sertai kami untuk projek wakaf buku siri muhasabah diri BERCAKAP DENGAN CERMIN. 1 set untuk kesemua 9 buah buku ini hanya RM180 sahaja.
Berita baiknya lagi , 100% royaltinya adalah untuk pembinaan kompleks anak yatim Baitul Jannah di Kedah.
Ayuh, sama-sama kita mengatur perancangan untuk kematian. Kumpul bekalan selagi masih berkesempatan. Perjuangkan syurgamu!



Nak berwakaf , hubungi saya 0167235080/0192115642
Norazura


Sakitnya tu di sini

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Orang yang cerdik selalu melihat kelemahan dirinya melalui teguran kata-kata atau pandangan orang lain.

Bila dengar orang berkata yang kena pada kita, sakit hati rasanya
Bila membaca sesuatu yang kena pada kita, sentap hati rasanya.

Sakitnya tu di sini.
Dalam hati yang memang sedang sakit. Sukar menerima walau kita sebenarnya telah silap.
Ego untuk mengakui.

Akurlah wahai insan akan kelemahan diri..
Terimalah ia...
Ubati segera..
Sedarlah dari lamunan...
Kerana itu juga sebenarnya teguran direct dari Allah.

Be positive.

Namun hakikatnya, memang boleh berdesing telinga, terobek rasa hati bila ditegur, bila membaca pandangan orang lain yang tepat menuju kepada kelemahan diri kita sendiri.
Allah yang tahu kan.
Betul ker kita ni?
Maka... Jadikan setiap teguran, atau apa jua pandangan dari orang lain sebagai cerminan diri kita.


Jom beli dan baca buku ini😍😍
Istimewanya buku ini.
'Sakitnya tu di sini'
Ada pelbagai tulisan kisah muhasabah diri, pelbagai ibrah di sini.
Antaranya ada kisah tulisan saya di dalamnya tau........ 😊😊
He.. He.., tu yang gigih nak promo ni.
Harga mampu beli - RM20 jer.

Jom beli.
'Sakitnya tu di sini'
*****
Saat kau teruji dengan Nikmat -Nya, pandai pula kau bersyukur.
Saat teruji dengan bencana, mengapa sukar memujuk akur.?
******


Catatan,
#Norazura
Trainer & Fasilitator
Personel Kemahiran.

Friday, 3 May 2019

Isteri itu untuk dihargai

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


ISTERI ITU UNTUK DIHARGAI, SUSAH SANGAT KE?

Hari tu, ketika singgah di RnR Gunung Semanggol, Perak, waktu tu on the way balik dari Penang ke rumah. Saya duduk betul-betul berdekatan dengan kiosk menjual kuih melayu traditional, antaranya kuih seperti kuih ketayap yang digoreng panas. Ramai pengunjung RnR nampaknya teruja meminati kuih itu. Saya lihat, ramai jugalah yang singgah membeli.


Sedang asyik memandang kosong (sebenarnya tengah tunggu anak-anak dan boss selesai solat)
Tetiba lalu sepasang suami isteri yang agak - agak berumur dalam 60an. Perbualan spontan mereka tatkala lalu di Kiosk itu, sampai ke telinga saya tanpa diminta. Terlihat si isteri cuit bahu si suami sambil mulutnya berkata, "sedap.. nak beli ketayap ni sambil jari tangannya menunjuk ke arah kuih itu.
Sambil keduanya dalam posisi sedang berjalan melepasi kiosk itu, si suami menjeling spontan seraya berkata,
" Hah.. Tak payah beli ketayap tu..
Buat apa beli, bila-bila masa pun boleh beli nanti.
Tanpa berhenti di situ, keduanya terus berlalu.
Saya sempat melihat raut wajah si isteri dengan pandangan kosong.


Tidak mahu untuk saya menilai perasaan si isteri hanya kerana perkara kecil seperti itu. Tapi, jika di lihat dari kotak wajah seorang isteri yang mungkin tiada pendapatan sendiri, laksana anak kecil, dia meminta kerana teringin. Sayang sekali kehendaknya tidak mendapat perhatian suami yang dicintainya.
Bahasa badan dan bahasa lisan isteri dan suami sangatlah berbeza. Suami jarang mahu cuba menghayati setiap bahasa badan dan bahasa lisan seorang isteri. Bak kata seorang pakar motivasi, lelaki memang jenis tidak reti menunjukkan penghargaan. Mereka mendengar sesuatu secara terus tanpa menilai maksud yang lebih mendalam disebaliknya.

Manakala isteri,  setiap respon jawapan dari suami itu, dia membacanya dari emosi hati seorang wanita.
Hmmmm, dalam kisah beli membeli keinginan sendiri ini......

Alahaii....,  sebab itu, saya suka para isteri mempunyai pendapatan duit poket sendiri waimah secara kecil kecilan pun. Kalau sekadar nak minta beli kuih yang harganya tak seberapa tu pun, suami berkira, tak nak turuti, apatah lagi jika isteri berkeinginan nak minta itu, nak minta ini, yang mungkin sahaja ia barangan keperluan diri isteri, kan?
Kau rasa, boleh dapat?
Ehmmm.. kesian jika begini lah adanya.


Walhal, walaupun isteri itu tidak menjana pendapatan keluarga bersama, tetapi lupakah suami akan setiap pengorbanan pahit getir seorang isteri dalam memastikan kesejahteraan dalam sebuah bahtera rumahtangga.  Alaaa, kut minta beli kuih jer pun, apalah salahnya ditunaikan segera permintaan isteri, pasti akan meleret senyuman manis di wajahnya.

Hmmm...
Jomlah para isteri. Dapatkan duit poket sendiri. Cer teropong-teropong bisnes apa yang boleh kita mulakan. Macam-macam bisnes online yang ada, boleh buat dari rumah jer pun. Kut nak mula buat bisnes TASKA dari rumah, meh lah tanya pada saya. Sambil jaga anak sendiri, jaga pula anak orang ikut prosedur dan jana pendapatan sendiri.


Kekadang, orang lelaki ni pun suka bini dia ada duit sendiri.  Tengoklah nanti,  tatkala si isteri beroleh pendapatan sendiri, alahaiii.... kut ramailah pula si suami yang mengambil kesempatan dan culas akan tanggungjawab. Jangan begitu yer.. 

Ingat yer,  nafkah isteri itu wajib diberi oleh suami walau dalam apa jua keadaan. Jadi,  kita suami isteri nak masuk syurga bersama kan. Pastikan lah suami  ingat selalu peranan dan amanah yang diakadnya dulu dari tangan ayah kepada isterinya kini.


Hakikatnya..
Wanita kini hebat..
Dia lah isteri di rumah..
Berkorban siang malam. tanpa henti..
Dia lah seorang ibu..
Berkorban nyawa melahir dan membesarkan zuriatnya..
Kekadang..
Dia juga turut menyumbang keringat, penat dan lelah.. Buat menambah pendapatan keluarga.
Semoga para suami menghargai isteri masing-masing.


Catatan,
#Norazura
Trainer & Fasilitator
Pendidikan Awal kanak-kanak

Anak itu ujian

Oleh : Nor Azura ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Alhamdullillah;
Saya dikurniakan Allah anak-anak yang ramai. Perit jernih, penat lelah membesarkan anak-anak seramai 8 orang ini, biarlah jadi ingatan pengalaman pahit manis kehidupan saya. Benar,  mempunyai anak yang ramai, tidak semuanya sentiasa indah, tidak semuanya pasti mudah belaka.


Lalu,  apabila saya menoleh ke arah insan-insan yang tidak dikurniakan anak, bahkan Allah jualah yang Maha Mengetahui isi hati nurani mereka. Namun,  Tatkala saya mungkin pernah berkeluh-kesah membesarkan anak-anak yang pelbagai kerenah ini, sedang mereka yang tidak punyai anak,  ternanti-nanti dalam doa mereka ingin merasai apa yang saya lalui. Tatkala selalu hati saya berbunga- bunga melihat wajah si anak kecil berlari-larian, mereka mungkin terhiris hati mendengar orang berbicara tentang anak.


Hakikatnya,  tatkala mungkin rumah saya hiruk-pikuk bersepah sana sini dek kerana anak yang ramai, sedang mereka, rumah mereka aman damai kemas sentiasa. Tatkala saya bersengkang mata, bersilang urat tak tidur malam melayan ragam anak yang buat hal tetiba, mungkin sahaja tidur mereka lena disulami bantal empok sambil diulit mimpi indah. Tatkala saya berhempas pulas bertempur hebat mencari duit untuk keperluan hidup anak-anak ini, mereka masih boleh bekerja dengan tenteram lalu menggunakan duit untuk melancung sana sini saban tahun. Tatkala waktu sukar, kerana anak itu juga suatu ujian. Hanya Allah jua yang tahu peritnya hati seorang ibu.


Ahhh.....
Kita insan makhluk Allah ini, suka sangat mengeluh. Selalu kita melihat kita yang tiada kesempurnaan..
Sedang di luar sana,  ramai insan diuji Allah lebih hebat dari kita. Ada punya anak, namun Allah pinjam seketika sahaja. Deritanya hati kerana berpisah di bumi yang nyata. Maka, bersyukur lah dengan apa yang Allah telah kurniakan kepada kita.


Ada anak pun diuji. Tiada anak pun diuji. Semuanya mehnah dari Allah. Rezeki kita tidak sama, Allah jua yang menentukannya. Maka, saya doakan kita semua dikurniakan kebahagiaan dan dirahmati Allah senantiasa. Berlapang dada selalu..
Mudahan Allah permudahkan jua segalanya yang kita hambaNYA inginkan ini.
InsyAllah.

Catatan,
#Norazura


SIAPA SAYA?
Anda boleh hubungi saya:


Nama :  Nor Azura Ismail
Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :


Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA


EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 12 tema 


HARGA RPA BERTEMA ( 50 RPA DENGAN 12 TEMA) - RM28




PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA




** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642