Sunday, 21 July 2019

Kecederaan di TASKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Saya tidak menguruskan TASKA TADIKA lagi tapi sebagai seorang yang suka berkongsi dan aktif menyelami industri ini, saya selalu juga terima keluhan dan aduan dari ibu bapa.

Ada yang whattapp, ada yang hantar emel pada saya. Baru-baru ini , ada ibu bapa kepada
 seorang bayi umur 10 bulan, dia tunjuk gambar baby dia penuh dengan bengkak-bengkak kecil di badan. Macam kena gigit sesuatu. Katanya selalu begitu.

What to say.., baby 10 bulan tu.

Katanya, selalu juga bayinya ada kesan-kesan bengkak di badan. Bila tanya pihak TASKA, jawapannya tidak perasan. Mungkin betul kena cubit dan kena gigit dengan kanak-kanak lain. Tentu yang gigit tu adalah anak umur setahun ke atas.

Saya lupa nak tanya, baby di TASKA anaknya itu, tidak diasingkan bilik bayi dengan ruang aktiviti kanak-kanak lain ker? Macamana boleh bayi dijaga bersama kanak-kanak lain?
Susah saya nak komen lebih sebab tak berapa jelas gambaran sebenarnya. Parents tu nak bawa anaknya jumpa doktor dulu. Saya nasihatkannya kalau rasa perlu, boleh buat aduan terus ke JKM atas sebab kecuaian penjagaan di TASKA.


Kes gigit dan cubit ni memang biasa berlaku di TASKA apatah lagi dalam usia tertentu terutama diperingkat umur 1, 2, mungkin hingga 3 tahun, anak-anak memang suka mencubit dan menggigit.
Pengasuh kenalah peka. Ni bila ditanya, asyik angkat bahu tanda tidak tahu. Berbincang selalu dengan ibu bapa. Sebolehnya pengasuh berjaga sepenuhnya agar tiada kejadian seperti itu. Tapi saya tahu, bab menggigit ni,  kekadang spontan jer berlaku.

Tengok tengok anak dah nangis kena gigit. Nampaknya parents yang buat aduan pada saya tu sangat kesal sebab dah banyak kali berlaku perkara ini.
Ada yang nak bagi pandangan?


Norazura

Kita boleh jadi hebat!

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Kita boleh jadi hebat!

Boleh kah?
Mudahkah?
InsyAllah, segalanya boleh, andai kita mempunyai tindakan.

Saya baru membaca sebuah buku ni. tajuknya memang best dan kalau saya, memang boleh terinspirasi dengan penulisannya.

Tajuk buku :
From Cleaner to Winner

Hebat orang dalam buku ini, si penulis buku ini sendiri. Kisah penuh inspirasi, kisah benar dalam hidup si penulis yang satu persatu kesusahan telah dilalui.

Now.. she is a winner!

Dia asalnya hanya seorang cleaner@tukang cuci di pejabat tetapi Masya-Allah jangan terperanjat, dia kini mampu menjana pendapatan berbelas ribu ringgit hingga mencecah lebih 20k sebulan dengan hanya menjual kuih kapit selepas waktu bekerjanya sebagai cleaner. Yakin segalanya boleh, tiada yang mustahil jika kita berusaha lagi bertawakal.

Apa rahsianya?
What is so special about her, this cleaner?

Saya dengar si diri penulis sendiri bercerita bahawa melalui pengalamannya bekerja sebagai cleaner, dia belajar banyak perkara positif dalam kehidupannya. Dia belajar menghayati maksud kebersihan dan mengapa persekitaran wajib dibersihkan dengan betul. Bukan asal boleh jer.

Alaaa, dia hanya cleaner jer tapi cleaner ini bukan sebarang cleaner,  bahkan dia sentiasa fokus dan bersungguh bekerja tanpa rasa malu tanpa rasa rendah diri. Sedangkan sebelum jadi cleaner dia mempunyai pengalaman juga bekerja sebagai receptionist. Tentu berbezakan kerja receptionist dan cleaner.
Rupanya....

To be a good cleaner... she always try to learn about new things.

Walaupun hanya buat kerja-kerja mencuci, dia pastikan dia tahu setiap objektif kerja pencucian yang dilakukannya. Kerana itu, dia aplikasikan konsep kerjanya dalam kerja sampingannya yang lain iaitu sebagai seller@kini stokis kuih kapit.

Kalau nak tahu macamana si cleaner ini mampu menjana pendapatan hebat sebagai seller kuih kapit, hah cari dan baca sendirilah buku tu.

Kita boleh jadi hebat!

Apa yang saya nak simpulkan ialau walau apa jua bidang pekerjaan kita, samada kita sekadar kerja pengasuh TASKA atau cikgu TADIKA maupun kita sekadar office boy di office, apatah lagi jika kita berjawatan lebih hebat dari ini. Kalau kita fokus dan buat betul-betul setiap kerja yang diamanahkan oleh majikan, insyaAllah kita pasti dapat meraih pengalaman bermakna. Lalu kemudiannya kita bakal pula melakar satu kejayaan dalam dalam apa jua kerjaya yang kita ceburi nanti. 

Sebaliknya kalau kerja kita pun selalu lemau, cincai-cincai, tidak fokus, tidak berdisplin dan tiada objektif tepat yang ingin dicapai. Hmmmm...., memang kat takat situlah tahap kepandaian@ kemahiran kita forever.
Jangan harap majikan nak salute dengan kita. Jangan mimpi kita mampu upgrade diri kita sendiri. Poning jer sebenarnya ada pekerja lemau seperti itu tetapi apa boleh buat, kekadang majikan pun tidak punya pilihan.
Hadap jer lah pekerja itu dengan hati yang selalu merintih lemah.
Akhirnya selalu juga sang majikan terpaksa menjadi lilin panas membakar diri sendiri😭😭

Ingat yer, kita boleh jadi hebat! asal sahaja kita bertindak segera ke arahnya.

Catatan,
Norazura
Trainer & Fasilitator.

Ibu bapa, jangan dekatkan anak kepada zina!

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Sportingnya ibu bapa, Ibu bapa tak kesah pun!

Wahai ibu bapa, jangan dekatkan anak dengan zina!
********
Cuba cari dalam Al-Ouran banyaknya ayat yang merujuk kepada larangan zina. Sangat Allah melaknati perzinaan ini.

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)
Surah al-Isra’, 17:32
Berkata Ibn Kathir dalam Tafsir-nya bahawa Allah melarang para hamba-Nya daripada melakukan zina dan juga perkara yang membawa dekat kepada zina seperti sebab-sebab dan seruan-seruannya. Rujuk Tafsir al-Azim (5/72).
Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW:
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا، أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا العَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ المَنْطِقُ، والقلب تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya.”
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Jelaslah maksud “jangan mendekati” dalam al-Quran menunjukkan bahawa semua sarana yang membawa kepada zina seperti pandangan mata, sentuhan dan berkhalwat adalah haram dan dijauhi, walaupun dikira sebagai dosa-dosa kecil.



Justeru, andai ibu bapa sekalian mempunyai anak-anak yang kian meningkat remaja.
Jauhi mereka dari muqadimah zina. Hindari unsur-unsur zina. Jangan sesekali biarkan mereka  cuba dekati zina atau terdedah dengan mudahnya kepada awal-awal zina. 

Peliharalah anak-anak lelaki dan perempuan kita dari awal-awal bicara zina.  Zina dan muqadimahnya membawa kemudaratan dalam kehidupan insan.

Saya dan dunia persekitaran saya yang sering dikelilingi oleh anak-anak sendiri , anak-anak rakan taulan hatta para pelajar saya yang kian meningkat dewasa.  Saya melihat anak-anak muda dan remaja di persekitaran saya dengan sedikit kerisauan. Kekadang sedih. Ada kalanya, pedih juga hati melihatnya.

Terkesima tatkala ada  ibu bapa yang rupanya antara pemberi sokongan terkuat untuk anak menghampiri zina tanpa disedari. Ibu bapa sporting era ini? Tanpa disedari...

Apa sahaja anak nak, kita bagi. Nak smartphone, kita bagi. Nak kebebasan melayari dunia tanpa sempadan, ok jer. Nak kereta, nak motor.. oohh, kita mampu belikan!.
Nak berkawan tanpa had mahram, nak dating sampai ke malam, silakan.
Nak berkawan dengan sesiapa pun, ada kita pantau??
Aduhaii, sportingnya ibu bapa.

Ibu bapa, jangan dekatkan anak kepada zina!
Tidak bimbangkah melihat mereka, anak-anak kita itu?

Tadi, saya mendengar perbualan sekumpulan remaja. Dalam mereka berbual, terlihat kepulan asap bertebaran di ruang tempat mereka berkumpul itu. . Aduhai, ada antara mereka terang-terang menghayati asap vape tanpa rasa bersalah. Muda sangat umur mereka itu, di awal belasan tahun. Kemudiannya terdengar juga bicara mereka tentang awek.

Aduhaii.. sekolah lagi dah hisap rokok@vape.
Aduhai..sekolah lagi, sudah berbicara tentang makwe.
Alahai....budak-budak sekolah semuanya.
Bimbang berdesing di hati..
Hah itu anak orang lain, bagaimana jika itu anak kita sendiri?

Teringat pula baru-baru ini , salah seorang pelajar yang saya kenali, hantar status dalam whatapp nya, sedang bergambar dengan seorang remaja perempuan di atas katil. Bangga sungguh tayang gambar.
Bila di tanya, kat mana ni,  rupanya dalam bilik tidurnya di rumahnya sendiri, di mana ibu bapa turut ada dalam rumah.
Allahu... Ibu bapa zaman ini ibu bapa sportinglah konon.
Tidak bimbangkah??
Ibu bapa, jangan dekatkan anak kepada zina!


Cuba tengok aurat anak anak perempuan kita. Bertudung singkat. Berbaju senteng, berseluar ketat, menonjol di bahagian -bahagian tertentu, tak kisah di pegang-pegang, murahnya maruah diri...
mudah sahaja dijenjeng sana sini.
Adakah kita yang merelakan? Kita ibu bapa  biarkan sahaja?
Kenapa tak marah?
Kenapa tak tegur?
Kenapa tak bimbing?
Kenapa tak jauhkan?
MasyaAllah, justeru itu tidak hairanlah ramainya terdengar kisah bayi terbuang sana sini lantaran hasil perzinaan.

Salah siapa?

Teringat lagi satu cerita lain, saya pernah kendalikan kisah seorang pelajar yang terlanjur dengan beberapa lelaki yang akhirnya tak tahu benih siapa yang dikandungnya.Sangat menakutkan, anak perempuan yang ditatang bagai emas selama ini akhirnya membuat onar.  Sebabnya, mudah sangat di ajak keluar dan di ajak mencuba. Ibu bapa pula memberi sepenuh kepercayaan.


Aduhaiii...
Tiada guna lagi tangisan ibu yang menyesali kisah tragis itu sedang si anak rilek jer.
Aduhai ibu...
Aduhai bapa..
Anak-anak itu amanah kita, bakal di tanya Allah nanti akan peranan kita sebagai ibu bapa@penjaga.

Telahkah kita bentuk asas imannya, beri dia bimbingan. Tunjukkan dia jalan yang benar.Pantau siapa kawannya. Kawal aktivitinya. Prihatin di mana dia berada.  Tidak sesekali mendedahkan dia kepada sebarang bentuk awal-awal zina.

Atau kita yang rasa bangga.Anak dara kita bergaya moden. Anak dara kita dijenjeng sana sini oleh sang lelaki yang tak keruan.

Lupa kut!  Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik-baik sahaja. Perempuan yang baik hanya layak untuk lelaki yang baik juga. Lalu, kitalah rupanya yang menjerumuskan anak kita ke arah kekhilafan dunia, tanpa kita sedari.
Sportingnya kita, tak takutkah kita kepada amarah Allah?? 😪😪
Fikir...
Tolong...
Hidup yang sekali usah dibazirkan dengan dosa.
Ibu bapa, jangan dekatkan anak kepada zina!


Catatan,
Norazura
Trainer & Fasilitator

Didik anak berdikari!

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Percaya tak?
Saya tidak  pernah belikan anak-anak handphone, game atau gadget seumpamanya. Apatah lagi untuk belikan mereka motosikal atau kereta. Yang saya adakan ialah keperluan utama mereka sahaja.

Sedari kecil, saya tidak  mewahkan mereka. Kami sentiasa bersederhana. Tidak  semua yang diingini, diperolehi semudah tiupan angin. Saya didik anak berdikari.

They have to know this!..
Huishhh.. kedekutnya saya!

Tapi Alhamdullillah, kini... jika anak-anak saya hendak  memiliki aset di atas, mereka tahu untuk usaha dan atas kesungguhan mereka sendiri. Mereka pandai simpan duit dan bila-bila ada kelapangan seperti cuti semester panjang, anak-anak ini pasti akan cari kerja-kerja part time. Sedang ketika masih belajar pun, mereka pandai cari duit.

Ajar tuisyen lah, jadi tutor ke rumah oranglah, kerja kedai makanlah dan ahh.. panjang jer lah akal mereka untuk cari duit poket yang halal. Semua yang mereka dapat,  bukan untuk bagi pada saya atau untuk tambah pendapatan keluarga tetapi cukuplah buat mengisi poket mereka sendiri.
Saya tak mintak pun.

Mereka beli apa yang ingini dengan usaha sendiri, tentu mereka pasti lebih menginsafi lagi memahami setiap titik peluh keringat yang mengalir demi untuk dapatkan duit.

Hmmm.. Begitulah penatnya ibu dan bapa bekerja buat membesarkan anak-anak

Justeru itu, mereka beli aset guna duit usaha mereka sendiri..  Saya tolong top up sahaja. Bukan tak boleh nak belikan, tapi nak bagi mereka pandai berdikari dan menyelami kehidupan.

Agar mereka sedar,  bukan semudah itu nak menjadi senang. Jika semua parents adakan;
Minta itu, dapat,  nak itu diberi. Petik jari jer, bergegas parents belikan. 

Hmmm....anak-anak tu sudah besar. Bilanya nak merasa cabaran dalam ranjau rezeki kehidupan ini. Tolong didik anak berdikari. 

Alhamdullillah..
Mudahan mereka bakal menjadi insan yang lebih menghargai segalanya. Kehidupan adalah suatu realiti pembelajaran.


Sijil Kemahran Malaysia Pendidikan Awal Kanak-Kanak , suatu pengiktirafan !

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Sijil Kemahran Malaysia Pendidikan Awal Kanak-Kanak , suatu pengiktirafan !



Lama sudah tak sembang tentang Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) - Sijil Kemahiran Malaysia. secara pengiktirafan pencapaian terdahulu (PPT) ni. ( SKM-PPT) dalam bidang Pendidikan Awal kanak-kanak. 


Tadi ada kawan tanya tentang SKM ni. Semalam pun ada pegawai kerajaan intai-intai saya, nak tanya tentang SKM ni. Minggu lepas, kawan baru saya seronok kata nak kumpul kawan-kawan untuk mohon SKM PPT ni.

Buka whatapp, ehhh!!  ... Ada orang kata, dah lama dengar SKM PPT ini, tetapi tidak tahu bagaimana  hendak memohon pengiktirafan ini.  Hari tu. ada pula orang cerita dengan saya, dia dah mohon SKM dalam group besar, pastu...  senyap jer.
Tadi pula... buka emel, orang tu pun maklumkan dia jumpa info SKM dalam. blogspot saya,
jadinya, dia nak tahu lebih lanjut.


Tahukah tuan puan, SKM ini ada juga dijalankan secara sepenuh masa di pusat latihan seluruh negeri yang diiktiraf oleh agensi berkaitan. Jika SKM secara sepenuh masa bermakna , pelatihnya akan mengikuti kelas teori dan amali secara penuh sepanjang berada di pusat latihan. Yuran ? Hah, memamg adalah yuran latihan yang dikenakan, dalam beberapa ribu juga. Tempoh pun agak panjang juga. Sesuailah dengan bekal pelatihnya yang memang kosong pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini.


Jadi, kepada mereka yang telah agak lama berkecimpung dalam industri ini, untuk dapatkan SKM , tak perlulah ikut kelas@ program sepenuh masa ini. Dapatkan sahaja persijilan ini secara pengiktiran melalui pencapaian pengalaman kita yang terdahulu.  Calon-calon sangat perlu mengemukan bukti kukuh tentang pengalaman berkaitan, bukan bukti tipu-tipu yer.


Saya ada sahaja  calon-calon yang sedang memohon SKM di bawah bimbingan saya tapi saya memang tapis calon-calon itu dan hanya pastikan yang benar-benar layak dan berkualiti jer yang memohon.
Ehh....awak personel yang cerewet ker??


Ehhh.. Saya kan personel Kemahiran yang evergreen dan tegar, maka menjadi tanggungjawab sayalah untuk memastikan kualiti persijilan SKM ini. Tak mahulah asal boleh jer.

Lagipun....
Saya yang menjalankan program persijilan SKM secara sepenuh masa ni., sangat tahulah perit dan mencabarnya sehinggalah seseorang pelajar sepenuh masa mampu dipersijilkan.
Tak kan SKM PPT nak dipermudah-mudahkan jer? Kalau ke tahap Diploma Kemahiran , lebih-lebih lagi lah. Tak kan mudahnya mengapai sesuatu yang tidak difahami secara jelasnya.

Hmmm...
Usah kata calon, nak jadi personel kemahiran ni pun banyak ler cabarannya. Ada orang suka. Ramai juga yang kurang senang. Pegawai Penilai lah kata kan...
😜😜


Matlamat saya!
Paling penting ialah untuk bersama menjaga kualiti persijilan ini.


Apa itu SKM?
Ni antara soalan cepu emas yang saya selalu tanya pada calon dan sangat terkejut bila ada juga yang tak tahu apa itu SKM, apa itu PPT dan kenapa mereka memohon persijilan ini.
Mana tak haru hati dan perasaan saya😭😭😭


Jadi, kut ada yang nak dapatkan SKM, pastikan dapat info yang terang dan jelas yer.

Ok..
Dah mempunyai pengalaman yang lama dalam sesuatu bidang?
SKM mampu mengiktiraf pengalaman anda itu.
InsyAllah.


Sijil Kemahran Malaysia Pendidikan Awal Kanak-Kanak , suatu pengiktirafan !
Hubungi saya di 0167235080 atau emel sahaja untuk maklumat lanjut.


Catatan,
#Norazura
Trainer & Fasilitator
Personel Kemahiran

Bina hubungan dengan ibu bapa

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Bina 'Rapport'! - Bina hubungan dengan ibu bapa

Masa first time saya dengar perkataan Rapport ni pun, mengaru juga kepala saya memahaminya..
Teringat semalam,  Kebetulan ada parents nak daftar anaknya belajar program kemahiran Pendidikan Awal kanak-kanak di kolej tempat saya bekerja.  Banyak betul persoalan yang dia nak tahu. Semuanya kelihatan masih samar-samar.


Saya pun dijemput mengadap parents itu. Biasalah tu kan, sudah menjadi   sebahagian tugas saya sebagai pengurus program kemahiran ini.  Teringat pula dulu-dulu ketika saya uruskan operasi TADIKA dan TASKA, memang inilah kerja rutin saya.
'Deal with parents'


Parents nak daftar anak, saya kena 'explain' dan pastikan 'close deal'. Parents nak buat aduan, pun kita juga yang kena hadap, walau merah padam muka kita kena sindir, kena perli kena marah dek kerana amukan perasaan parents. Pastikan 'settle case'. 


Haih...pengurus@pengusaha dengan ibu bapa ibarat lagu dan irama, tidak  boleh dipisahkan. Mesti senada, seirama, mesti sehaluan, mesti boleh duduk dalam kotak fikiran yang sama. Kalau tidak, alamatnya akan terjadilah 'breakdown' communication', silap-silap boleh meletus perang suara dan emosi.


Jadinya, jika anda berada di posisi yang perlu berhadapan dengan parents ataupun 'client', sediakan diri dengan ilmu yang mantap, kemahiran berbicara yang positif lagi berkesan. Sebelum itu.. pastikan anda tahu bagaimana membina 'Rapport'
Apa pulak benda ni yer??


'Rapport' adalah jambatan untuk kita mula membina hubungan baik dengan seseorang.
Bina 'instant Rapport' yakni secara segera kita wujudkan hubungan baik dengan orang yang kita jumpa apatah lagi jika baru 'first time' jumpa. Belajar wujudkan keselesaan dan dapatkan kepercayaan orang itu terhadap kita.
Camner pulak nak buat tu??


Cuba seminima mungkin. untuk sama dengan 'client' kita. Cer fikirkan kesamaannya. Mungkin dari segi bercakap, pastikan topik anda boleh masuk dalam fikiran dia. Jaga gaya tubuh. Jadi pendengar setia
Wujudkan rasa harmoni. Tanpa disedari, kemudiannya tetiba jer client itu suka borak dan rasa selesa duduk dengan kita, seolah macam dah lama kenal pulak. Ketika itu juga kan, kita cerita apa juga insyAllah dia ok jer dengan kita.
'mission complete'


Kenapa orang boleh percaya atau terinspirasi?
Cuba lah guna tip 'Rapport' ini dengan lebih kreatif.


Kepada para pengusaha atau pendidik di TASKA TADIKA, hubungan yang baik dengan ibu bapa merupakan antara aspek yang penting dalam membantu perkembangan pembelajaran anak-anak di TASKA TADIKA. Ibu bapa yang selesa dengan TASKA TADIKA akan sentiasa mempunyai tanggapan yang selesa terhadapa apa jua aktiviti atau program yang dilaksanakan. Secara tidak langsung, melalui rapport dan hubungan baik ini, dapat menjamin kestabilan emosi yang berpanjangan antara kedua-dua pihak.

Penting ni tau!
hanya mereka yang bergelumang dengan operasi TASKA TADIKA sahaja yang tahu !


Catatan,
#Norazura
Trainer & Fasilitator
Personel Kemahiran.



Friday, 21 June 2019

Adap kanak-kanak berkunjung raya


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Imej : Caria n google

Image result for image selamat hari raya

Ibu, terbuka cakap.bahasa inggeris, apa yer ibu??? 

(Hmmm, sambil terfikir.. tertanya) Apa yang terbuka? tanya saya.

Kalau rumah terbuka, apa dia.??
Laa.. 'Open house'  ler.
Aduhaii Aqil !!

Kisahnya,  sebenarnya Aqil nak bagi tahu yang dia nak pergi beraya di  rumah terbuka lah tu. Rumah terbuka jiran hujung jalan rumah saya ini. Anaknya yang jemput Aqil, kawan satu sekolah lah tu.

"Nanti, kau datang rumah kita tau, boleh jer ajak mak ayah kau.."
Begitulah agaknya cara dia dijemput.


"Ibu, nanti Aqil nak pergi open house tu tau !, Ibu dan bapak pun boleh pergi."
Amboii.. Aqil jadi wakil menjemput pulak. 

Aduhhh, rumah Datuk Datin tu , mereka  baru buat rumah banglo besar dan cantik nun di hujung lorong lot rumah saya. Sebelum tibanya hari open house yang dijadualkan, Aqil agaknya sudah termimpi-mimpi nak pergi rumah terbuka tu. Banyak kali dah dia bercerita penuh excited.


Ada tak rasa risau nak bawak anak ke rumah terbuka atau nak biarkan dia pergi rumah terbuka jemputan kawannya tu. Tentu saya sedikit risau biarkan anak sesuka hati pergi beraya@open house di rumah jiran tanpa berpesan-pesanan terlebih dulu dengan si anak.

Anda pula, adakah anda rasa rimas dengan anak-anak yang tidak tidak boleh duduk diam ketika datang berkunjung raya? Bagaimana kerenah anak-anak kecil  ini yang ada kalanya dilihat keterlaluan nakalnya dan tidak beradap.

Salah siapa? 
Memang fitrah anak-anak suka bermain dan suka meneroka apa sahaja yang ada di persekitarannya namun tidak bermakna anak-anak tidak perlu dilatih mendisplinkan diri dan menzahirkan adap, apatah lagi jika berkunjung ke rumah orang. Teringat lagi saya ketika kecil, aduhai kalau di rumah sendiri, memang kitalah yang hebat meneroka luar dan dalam rumah. Kita yang bukan generasi 'hp' ini, maka ada sahaja projek yang kita dulunya akan buat.


Istilah menyelerak, menyelongkar, buat sepah sana sini, memang sinonim dengan kita jika di rumah sendiri. Lepas itu, tengoklah mak-mak kita, akan menjerit menjengil. Suruh kemas balik selepas habis main sebab sebentar lagi ayah kita akan balik dari kerja. Mahu melenting ayah kita nanti, bila tengok rumah yang hampir terbalik itu.
Betul tak?


Dan saya masih ingat lagi, punyalah mak-mak kita dulu pesan betul-betul kepada kita tatkala nak di bawa berkunjung ke rumah orang apatah lagi kunjungan raya.  Siap diajarnya kita menundukkan kepala merendahkan badan sedikit ketika lalu di depan orang tua-tua. Pantang sekali menyampuk atau melopong mendengar orang tua-tua bercerita.

"Duduk diam-diam nanti, jangan usik itu, usik ini pulak!, kalau tak reti nak duduk diam, tinggal rumah, tak payah ikut", siap diugutnya kita pula.

Tatkala di rumah orang, kalau kita cuba mengelat jer sikit, mak kita dah mula menjengilkan matanya sambil menjeling tajam tanda amaran. Kut kalau dia memang duduk berdekatan dengan kita, siaplah kita, diam-diam cubitan petir menyinggah ke peha kita. Tetiba jer terasa ibarat semut api datang menggigit. Sebab itu, selalu kita dengar acik-acik cakap begini;

' Alahaii.., baiknya budak ni, diam jer duduknya, nampak pemalu betul budaknya, "

Sedangkan bila di rumah sendiri, dialah yang jadi heronya. Betul tak? 

Pada pandangan saya, anak-anak sememangnya tak boleh duduk diam (itu tanda dia anak pintar dan cergas) namun anak-anak juga boleh diajar adap mudah yang baik ketika di rumah orang tak kiralah rumah sesiapapun walaupun rumah adik beradik. Macamana nak latih adap dan displin ketika di rumah orang? Caranya; pesan selalu adap yang baik itu, pesan banyak kali, ingatkan walau berjuta-juta kali sekalipun, sehinggalah anak itu faham,

'rumah orang bukan rumah sendiri'

Mama-mama, ibu-ibu sekarang, macamana? Jom ler, kita kongsi-kongsi pesanan yang boleh ibu-ibu muda ingatkan epada anak-anak tatkala bawa mereka berkunjung ke rumah orang. 

Pertama, beritahu anak, rumah terbuka itu rumah siapa? Warwarkan kehebatan tuan rumah kepada anak supaya anak akan pandang tinggi dan hormat pada tuan rumah. Jadinya, dia akan belajar kawal perangai sebab segan dengan tuan rumah. Kemudian,  mohon bagi peringatan tertentu supaya anak jaga adap ketika bertamu di rumah orang.

Ingatkan anak!
Rumah orang adalah rumah orang bukan rumah sendiri. Jangan buat sesuka hati. Jangan guna barang tuan rumah tanpa minta izin sekalipun nak ke tandas. Apatah lagi ambil barang tuan rumah.
Jangan....!
Jangan.....!
Pesanlah walau beratus kali.

Pesan pada anak, jangan mintak duit raya, jangan sama sekali. Juga jika dapat duit raya dilarang buka sampul raya di situ, pastu keluarkan duit dan berteriak..
"Alaa.. rm2 jer....!"
"Alaa.. rm 3.jer....!"
"Wahhh.... kita dapat rm10....!"


Anak-anak cerminan diri kita juga sebagai ibu bapa.  
Mohon ajar anak yer, bila sampai rumah terbuka tu, salam tuan rumah. Duduk tertib dan bila ambil makanan, sila makan elok-elok jangan gelojoh seperti lapar giler. Sebaiknya biarkan anak makan dulu sikit sebelum bawa pergi open house ini. Ini untuk elak perangai pelahap dibuatnya nanti di rumah orang. Malu weeii.!


Kalau dapat duit raya, ucap terima kasih. Sebelum balik pun ucap terima kasih dan sekali lagi salam. Kalau perlu, elok anak maklum tentang kehebatan tuan rumah, beri peluang anak merasa teruja dan kagum dengan tuan rumah. Sekurang-kurangnya kalau kita bawak anak beraya ke open house - rumah besar, beri tahu dia;

"Tengok besar rumah pakcik. ni, mesti pakcik ni bekerja keras rajin berusaha hingga hingga dapar duduk rumah banglo yang besar ini."

Dalam diam-diam anak akan belajar sesuatu dan insyAllah termotivasi sendiri. Aduhaii..! pilihan di tangan kita sebagai ibu bapa. Nak anak buat suka hati atok nenek kat rumah terbuka dan kita rilek jer...sambil hati tuan rumah poning tengok perangai anak kita  atau kita standby apa yang patut!
Kita mampu mengubahnya!. Didiklah anak jadi insan berhemah dan menghormati tuan rumah tatkala datang bertamu.

Begitu pun... 
Saya sendiri pernah melihat situasi si mama sekarang yang buat tak kisah jer bila anak-anaknya mula beraksi nakal. Bagi teguran pun tidak apatah lagi nak menjengilkan mata, dia rilek tenang jer.
Kenapa yer? Memang anak-anak kecil sekarang tak boleh dimarah ker? 

Berlari sana sini depan orang tua-tua, bukak katup tv atau radio., suka hati usik ini usik itu, buat aksi itu aksi ini tapi si mamanya tetap sabar jer sedang tuan rumah dah mula susah hati. Nak ditegur, kut terasa pulak hati tetamu, si mama tadi. Memang ada jenis orang, anak dia jangan ditegur atau dimarah. Sensitif.. . !

Sudahnya, sabar jer lah sambil berharap tetamu tersebut cepatlah beredar balik. Sepatutnya tetamu datang membawa rezeki, tetapi akhirnya ia datang mengundang keresahan.  Sesekali.. beri amaran!!
Jangan sampai tuan rumah menjadi rimas tahap gaban.  Kita tak tahu apa yang ada dalam hati tuan rumah. Kalau keadaan ini berlarutan sama, lain kali dia serik nak ajak kita datang bertandang ke rumahnya lagi. Dengar jer kita nak datang, dia dah mula poning.

Ok, fitrah anak - anak memang suka bermain tapi fitrah anak-anak juga mudah dilentur dengan adap serta displin yang baik sedari kecil dalam kehidupannya.

Salam Aidilfitri.
Bermaaf-maafan lah kita.
InsyAllah, Tuhan memberkati
Hari raya kita.
Catatan,
#Norazura
Trainer & Fasilitator.